window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 kenderaan terbakar di PPR Pantai Ria, ada unsur khianat dengan kesan simbahan petrol

Mersita ยท Feb 18, 2021 02:00 PM

7 kenderaan terbakar di PPR Pantai Ria, ada unsur khianat dengan kesan simbahan petrol 01

Enam buah kereta dan sebuah van musnah terbakar di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai tengahari semalam (Rabu, 17 Febuari 2020). Menurut laporan Harian Metro, kenderaan yang terlibat termasuklah sebuah van jenis Mitsubishi Delica dan kereta Perodua Myvi yang kedua-duanya musnah terbakar 100 peratus.

Enam kereta lain yang parkir berhampiran dan turut dijilat api termasuklah Perodua Bezza (terbakar 80 peratus), Toyota Vios (terbakar 40 peratus), Perodua Kelisa dan juga Perodua Myvi yang masing-masing terbakar 20 peratus.

Sebuah Perodua Bezza berwarna merah yang ditinggalkan pemandunya yang panik dan lari meninggalkan kenderaan beliau hangus di bahagian belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Komander Operasi Kanan Sharul Azwan Ibnu Sahad memberitahu tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan. Namun, pemeriksaan lanjut mendapati kejadian ini ada unsur khianat dan pihak polis sudahpun membuka kertas siasatan.

7 kenderaan terbakar di PPR Pantai Ria, ada unsur khianat dengan kesan simbahan petrol 01

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata pihak forensik Bomba menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca kebakaran.

Beliau menambah sebanyak lima spesimen dari lokasi kebakaran itu sudah diambil dan akan dibawa ke makmal bagi menganalisa punca sebenar kebakaran tersebut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

7 kenderaan terbakar di PPR Pantai Ria, ada unsur khianat dengan kesan simbahan petrol 02

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan laporan kejadian pada 12.46 PM sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh dikejarkan ke lokasi. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.59 PM dengan kekuatan 21 anggota.

Dari pelbagai rakaman video yang tular di media sosial, kebakaran tersebut dilihat bermula dari van dan Myvi di sebelahnya. Kereta-kereta yang parkir bersebelahan dan berhampiran van itu mula dijilat api selepas angin meniup api marak ke arah kereta-kereta berkenaan.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda