window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama!

Haris · Dec 11, 2021 08:00 PM

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 01

Prestasi dan kepantasan adalah ciri-ciri yang menjadi penanda aras bagi peminat kereta sejati tetapi realiti sebenar bagi pengguna biasa, secara umumnya akan cenderung memilih sebuah kenderaan yang selesa dan tahan lama. Kenderaan yang selalu disyorkan oleh peminat kereta selalunya makan minyak, sukar ditemui dan tidak praktikal. Jadi apa pilihan jika anda mahukan sebuah kenderaan biasa, bosan kurang menarik perhatian pencuri dan cukup sesuai untuk dipandu harian?

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 02

Beberapa pilihan kereta terpakai dalam pasaran masih lagi mempunyai ketahanan yang menakjubkan. Namun ia selalunya berada di bawah radar pembeli justeru meletakkan harganya sedikit rendah sehingga ada yang meragui mengenai kualitinya. Perlu diingatkan, pasaran bergerak seiring dengan emosi pembeli justeru jika beberapa perkara dapat dihiraukan, kenderaan yang disenaraikan ini patut menjadi pertimbangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 01

Selain itu, kenderaan yang disenaraikan ini juga perlu tidak lebih dari 10 tahun dalam pasaran justeru masih layak untuk melakukan pinjaman untuk pembayaran. Wapcar juga meletakkan had RM 100k untuk kenderaan berikut supaya ia lebih kompetitif pada harga tersebut.

Apa kata kita mulakan senarai ini dengan model jenama Korea, yang selalu dipandang serong dengan stigma nilai jualan terpakai rendah.

2014-17 Hyundai Sonata LF – Dari RM 51k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 02

Dua puluh tahun yang lalu, Hyundai Sonata adalah pesaing kuat terhadap saloon (sedan) segmen D Jepun yang lebih terkenal hari ini. Walaupun kelihatan sangat mirip seperti sebuah Mercedes-Benz ciplak tanpa segan silu, Hyundai Sonata EF pernah mengancam Toyota Camry, Nissan Cefiro, dan Honda Accord.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 03

Bukan Mercedes-Benz

Akhirnya selepas beberapa generasi, Hyundai kehilangan imej peniru murahan kerana model mereka semakin cantik dengan rekaan yang unik tetapi populariti mereka di Malaysia masih sedikit terjejas. Agak sedih apabila mengetahui bahawa Hyundai Sonata LF tidak dapat dijual dengan baik ketika ia dilancarkan.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 04

Dijual antara 2014 dan 2017, Hyundai Sonata generasi ketujuh adalah saloon yang lebih tertumpu kepada pasaran Amerika Syarikat berbanding generasi terdahulu. Oleh itu, ia lebih mengutamakan keselesaan dan salun besar Korea melakukannya dengan baik.

Walaupun terdapat persepsi mengenai kereta Korea, generasi Sonata ini hampir sempurna apabila ia datang dari segi kebolehpercayaan.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 05

Kabin dalaman Hyundai Sonata kurang mempersonakan dengan hampir keseluruhan upholsteri berwarna hitam namun anda akan mendapat ruang kaki belakang yang luas dan mungkin salah satu yang terbaik dalam kelasnya (ketika itu). Hyundai Sonata LF juga mempunyai pemanduan yang beralun tetapi selesa dengan tahap NVH minimum.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 06

Secara tuntasnya, Hyundai Sonata lebih sesuai dipanggil "kereta Continental yang tidak mudah rosak". Harga terpakai bermula dari sekitar RM 50,000 yang agak murah apabila mengambil kira bahawa pembeli akan menerima penjelajah lebuh raya yang lebih baik daripada Camry, Accord, atau malah Passat.

2015-19 Nissan Teana L33 – Dari RM 50k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 07

Nissan Cefiro bermula daripada sebuah sedan prestasi RWD yang diminati peminat drift dalam generasi A31 kemudian bertukar kepada saloon yang lebih berorientasikan keselesaan untuk generasi A32 dan seterusnya. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti satu langkah ke belakang, Nissan Cefiro yang memfokuskan keselesaan lebih popular berbanding model generasi sebelum.

Baca: 6 sebab kenapa Nissan Cefiro A31 lebih gah berbanding Honda Accord & Toyota Corona di Malaysia

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 08

Karakter tersebut berterusan walaupun Nissan telah menukar nama sedan mercunya kepada Teana. Sayangnya, enjin V6 yang lancar akhirnya dihentikan dan digantikan dengan sepasang enjin 4 silinder aspirasi semula jadi – 2.0L MR20DE (136 PS/190 Nm) dan 2.5L QR25DE (173 PS/234 Nm). Nissan Teana mengekalkan kelancaran dan keselesaan Cefiro sehingga generasi terakhirnya di Malaysia.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 09

Dijual antara 2015 dan 2019, Nissan Teana L33 mempunyai rupa yang sangat moden untuk pembeli sasaran yang lebih berumur. Malah, kebanyakan daripada kami di Wapcar bersetuju bahawa Nissan Teana mempunyai karakter keselesaan yang terbaik dalam kelasnya. Jika diberi pilihan memandu pulang Mazda 6 atau Nissan Teana, ramai antara kami yang akan memilih Nissan Teana.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 10

Nissan Teana L33 juga bermurah hati apabila ia datang dengan ciri kelengkapan 6 beg udara dan kawalan jelajah yang tersedia sebagai standard manakala varian 2.5 XV yang paling tinggi didatangkan dengan bumbung suria, tempat duduk kulit 'Zero Gravity' dan sistem audio Bose dengan 9 pembesar suara. Kesemuanya ciri yang masih relevan sehingga kini dan benar-benar sebuah kereta untuk ahli perniagaan SME.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 11

Tengok pun dah tahu selesa

Kini anda boleh mendapatkan Nissan Teana pada harga kurang daripada RM 50,000. Secara umumnya, Nissan Teana L33 adalah sebuah kereta yang baik. Sudah tentu, ia tidak mempunyai beberapa ciri keselamatan moden memandangkan usianya tetapi apabila bercakap tentang keselesaan, ia kekal sebagai salah satu sedan terbaik dan antara yang paling halus.

Baca: Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli?

2014-17 Nissan Sylphy B17 – Dari RM 39k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 12

Nissan benar-benar cemerlang dalam soal keselesaan kerana ia adalah satu-satunya jenama dalam senarai ini yang mempunyai lebih daripada satu model. Dari segi rekaan pula, mungkin lebih subjektif kerana ia lebih banyak dinilai dari segi emosi.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 13

Luar setinggan, dalam macam kondo

Nissan Sylphy diposisikan di bawah Nissan Teana dan menggantikan Nissan Sentra lama pada tahun 2008. Walaupun Nissan Sylphy G11 kelihatan kurang menarik dari segi rekaan, model generasi B17 yang menggantikannya ternyata tampil lebih tajam dari segi rupa.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 14

Enjin 1.8 liter MR18DE

Selain daripada perubahan gaya yang drastik, model generasi B17 turut hadir dengan enjin yang lebih kecil berbanding generasi terdahulunya. Tiada lagi enjin 2.0 liter MR20DE (133 PS/191 Nm) dan digantikan dengan enjin 1.8 liter MR18DE (131 PS/174 Nm).

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 15

Walaupun dengan enjin bersaiz kecil, Nissan Sylphy B17 masih menawarkan keselesaan yang mendahului pesaing lain. Jika diikutkan, ramai yang memilih Honda Civic FB atau Toyota Corolla Altis E170 kerana nilai jualan semula kedua-dua model yang kukuh tetapi keselesaan Nissan Sylphy tetap tiada tandingan.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 16

ETCM juga tidak kedekut dengan aspek keselamatan Nissan Sylphy, menawarkan sehingga 6 beg udara sebagai standard. Sama seperti model Teana yang lebih besar, Nissan Sylphy adalah kenderaan jelajah yang santai dan harganya dalam pasaran kereta terpakai pastinya menarik jika anda mencari sebuah sedan segmen C yang mampu terapung di atas jalan.

2013-15 Lexus ES XV60 – Dari RM 100k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 17

Baiklah, kami akui terpaksa keluar sedikit dari bajet hanya untuk model ini. Namun, jika anda ingin mengalami tahap keselesaan tertinggi dengan ketahanan yang boleh dipercayai, hanya ada satu jenama untuk digunakan dan itu adalah Lexus.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 18

Seperti yang diwar-warkan oleh slogannya yang terkenal, Lexus sentiasa mengejar kesempurnaan tanpa henti. Tanpa segan silu, Lexus ES sebenarnya adalah sebuah Toyota di sebalik gril Lexus, namun tiada apa salah mengenai hal ini. Lexus ES XV60 berkongsi platform yang sama dengan Toyota Avalon, model tertinggi Toyota di pasaran Amerika Utara yang diposisikan di atas Toyota Camry.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 19

Bukan sekadar itu, Lexus ES juga lebih daripada sebuah Toyota Camry yang dipertingkat. Ia adalah sebuah kereta 'pakcik-pakcik' yang ditambah baik dengan segala 'jajan-jajan' yang meletakkannya di paras premium.

Baca: Toyota Camry Hybrid terpakai kini RM 80k - sama harga Vios, apa masalah biasa dan kos baik pulih?

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 20

Menginjak masuk ke dalam Lexus ES dan anda akan disambut dengan kemewahan premium daripada upholsteri kulit lembut dengan beberapa trim kayu sebenar pada beberapa bahagian, termasuk kad pintu. Namun, tempat duduk yang anda patut duduk adalah di baris belakang.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 21

Jika dibandingkan dengan Mercedes-Benz S-Class yang lebih besar dan mahal, Lexus ES masih memberikan keselesaan dan ruang kaki yang mencukupi di bahagian belakang. Ia mungkin kekurangan ciri moden seperti kerusi urut dan sebagainya, tetapi ini juga bermakna Lexus ES adalah juara dari segi nilai.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 22

Enjin 2.5 liter 2AR-FE dalam Lexus ES 250 dikongsi dengan Toyota Camry 2.5

Sekurang-kurangnya, mereka tidak perlu risau tentang ketahanan kerana trenkuasa yang digunakan pada varian Lexus ES XV60 yang dijual di sini adalah sama dengan spesifikasi varian tertinggi Toyota Camry XV50. Pada harga sekitar RM 100k, hanya versi pra-facelift Lexus ES XV60 yang boleh didapati namun jika ada bajet lebih, apa salahnya.

2013-18 Mazda Biante – Dari RM 60k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 23

Mazda bukanlah jenama yang terlintas di fikiran anda apabila bercakap mengenai keselesaan. Jenama ini digelar 'BMW Jepun' disebabkan oleh tahap penglibatan pemandu yang ditawarkan.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 24

Tetapi dalam semua falsafah "jinba ittai" yang difokuskan (zoom) dalam aspek pemasaran mereka, Mazda memang ada menghasilkan salah satu MPV paling selesa dalam kelasnya. Mazda Biante mungkin mempunyai rupa yang sedikit pelik tetapi ia adalah penjelajah lebuh raya selesa yang benar-benar mesra keluarga.

Baca: SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia!

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 25

Sebagai pesaing rapat dengan Nissan Serena, Mazda Biante menawarkan reka bentuk berkotak Jepun yang unik yang mampu memuatkan sehingga 8 penumpang dengan selesa. Ketika Nissan Serena memenangi angka jualan, Mazda Biante dianggap sebagai pilihan kedua (Toyota Voxy/Noah tak banyak masa itu, walaupun dalam kalangan pengedar recond).

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 26

Walaupun sebagai pilihan kedua, Mazda Biante sebenarnya beraksi lebih cemerlang dalam hampir keseluruhan aspek berbanding Nissan Serena. Ia memandu dengan lebih baik, lebih selesa dan lebih diperhalusi. Mazda Biante juga lebih lincah di selekoh di mana pemanduan dan pengendalian Mazda masih dikekalkan pada van keluarga ini.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 27

Namun, harga Mazda Biante yang sangat tinggi semasa baharu menyaksikan pembeli lebih ramai memilih Nissan Serena. Kini dengan harga sekitar RM60,000, ia masih lagi sebuah pilihan kedua namun harganya menjadikannya sangat menarik. Hanya jauhari mengenali manikam.

2013-19 Subaru Forester SJ – Dari RM 50k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 28

Apabila bercakap mengenai ketahanan, adalah suatu jenayah jika melupakan jenama Subaru. Jenama itu mungkin kurang dihargai di sini tetapi apa yang terjamin adalah Subaru sangat tahan lasak dan dibina untuk bertahan dalam keadaan yang sangat teruk.

Baca: 7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini?

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 29

Subaru Forester generasi ke-4 berkembang menjadi SUV yang lebih konservatif dan mesra keluarga, jauh berbeza daripada generasi pertama dan kedua yang kelihatan lebih bersemangat. Namun, generasi Forester ke-4 inilah yang membantu jenama Subaru perlahan-lahan berkembang popular di Malaysia.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 30

Dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter NA 'boxer' (150 PS/198 Nm) atau enjin yang sama dengan pengecas turbo (241 PS/350 Nm), Subaru Forester SJ memberikan keselesaan dan ketahanan dalam jenama yang dipandang baik dalam kalangan peminat kereta.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 31

Enjin boxer mungkin kedengaran seperti gimik tetapi realitinya, rekaan enjin ini membantu dalam ketangkasan dan pengendalian SUV. Kedudukan enjin boxer juga membantu mengurangkan bunyi dan gegaran enjin lebih baik berbanding enjin konvensional.

Baca: Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo?

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 32

Selain itu, Subaru Forester juga merupakan antara SUV paling selesa dalam kelasnya dengan talaan suspensi yang lembut. Ini sebahagiannya hasil daripada gegelung dan peredam yang dipertingkatkan daripada generasi sebelumnya. Secara peribadi, ini adalah antara pengalaman pemanduan SUV yang tidak boleh dilupakan.

2016-20 Mitsubishi Outlander – Dari RM 80k

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 33

Penyertaan terakhir kami adalah saingan kepada Subaru Forester dan walaupun ia masih dijual, anda boleh mendapatkannya dengan sedikit tambahan bajet. Mitsubishi Outlander generasi ketiga telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016 yang merupakan model yang lebih sempurna berbanding model awal tahun 2012.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 34

Sejak diperkenalkan, Mitsubishi Outlander tidak berubah dengan banyak manakala pesaingnya dilihat berubah menjadi lebih moden dan padat dengan lebih banyak ciri yang membantu dalam pemanduan, keselamatan dan hiburan.

Baca: 5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli?

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 35

Tidak dinafikan, Mitsubishi Outkander terasa lapuk dalam kalangan saingannya tetapi SUV 7-penumpang ini sebenarnya adalah salah satu dan mungkin sekali SUV terbaik dalam aspek keselesaan. Malah, walaupun menggunakan rim 18-inci, keselesaan SUV ini masih sangat mengagumkan.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 36

Di jalan yang teruk, Mitsubishi Outlander menyerap semua ketidaksempurnaan jalan dengan mudah tanpa mengorbankan pengendalian. Ia adalah SUV yang selesa dan mampu memuatkan sehingga 7 penumpang bersaiz sederhana lebih baik daripada model yang lebih mahal seperti Volkswagen Tiguan Allspace atau Mazda CX-8.

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 37

Ditawarkan sebagai tambahan

Terdapat beberapa kelemahan dengan Mitsubishi Outlander antaranya sistem pendingin hawa yang kurang sejuk. Oleh yang demikian, corong udara ditawarkan sebagai tambahan dan boleh dipasang pada bahagian atas bumbung dalam model terkini. Selain daripada itu, Mitsubishi Outlander masih lagi sebuah SUV jelajah yang berorientasikan keselesaan.

Baca: RalliArt akan dihidupkan melalui Mitsubishi Outlander 2022, digelar Outlander Evo?

7 kereta terpakai bawah RM 100k - dijamin selesa dan tahan lama! 38

Model-model yang disenaraikan ini kebanyakannya adalah model yang dilupakan, tersakiti dan bukan pilihan utama. Namun ia masih lagi layak dipertimbingkan atas 2 aspek; selesa dipandu dan tahan lasak. Adakah ada model lain yang kami terlepas pandang? Nyatakan di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda