window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L)

Faisal · Mar 3, 2021 04:00 PM

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 01

Perodua Ativa (D55L) bakal dilancarkan dalam beberapa jam sahaja lagi. SUV segmen B ini mendatangkan pelbagai ciri yang pertama buat Perodua. Antaranya seperti platform DNGA dan transmisi CVT. Selain itu, Perodua Ativa (D55L) juga adalah model Perodua pertama yang datang dengan enjin turbo.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 02

Teknologi sebegini sudah pasti menimbulkan rasa teruja di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun enjin 1.0L 1KR-VET yang didatangkan hanya menghasilkan 98 PS dan 140 Nm tork sahaja, pecutan 0-100 km/j (spec AWD di Jepun) yang dicatat oleh pengeluar adalah sama dengan Proton X50 Flagship. Menarik kan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 01

29 Ogos 1994: Permulaan yang bersejarah buat jenama Perodua.

Tetapi tahukah anda bahawa sebelum adanya Perodua Ativa (D55L), terdapat 7 model Daihatsu yang sudah datang dengan enjin ‘turbo’.

Tanpa melengahkan masa, mari kita kembali ke tahun 1980.

Daihatsu Charade De Tomaso – hothatch Jepun dengan sentuhan Italian

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 02

Daihatsu Charade generasi pertama merupakan kereta bandar yang cukup laris. Di Malaysia, jualannya memasuki carta 10 tangga teratas sepanjang tahun 70-an dan 80-an. Hatchback licik ini juga telah memenangi anugerah 1979 Japan Car of the Year.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 03

Kemudian di Tokyo Motor Show 1981, Daihatsu mempertontonkan kereta konsep dengan nama Charade De Tomaso. Walaupun hanya sebagai konsep, ia datang dengan enjin turbo. Inilah titik permulaan mereka.

Daihatsu Charade Turbo

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 04

Pada tahun 1983, Daihatsu melancarkan Charade generasi kedua. Kali ini, ia dikenali sebagai Charade Turbo. Ia datang dengan enjin 1.0L turbo dan 1.0L turbodiesel. Untuk maklumat anda, ini adalah antara enjin diesel yang terkecil pernah dihasilkan.

Tetapi apa yang lebih menarik ialah versi De Tomaso Turbo.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 05

Versi ini hanya eksklusif untuk pasaran Jepun. Ia datang dengan enjin 1.0L (993cc) yang menghasilkan 80 PS dan 118 Nm tork. Tetapi apa yang lebih menyerlah ketika itu ialah aksesorinya.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 06

Sebagai sebuah hothatch yang istimewa, Daihatsu Charade De Tomaso Turbo hadir dengan rim aloi magnesium Campagnolo, tayar Pirelli P8, stereng Momo, dan kerusi bucket fabrik sekali dengan lencana “De Tomaso” di bahagian sandar.

Daihatsu Charade GTti

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 07

Versi Gtti pada Daihatsu Charade generasi keempat.

Walaupun Charade De Tomaso Turbo cukup ‘panas’, pengeluar kereta Itali itu tidak bekerjasama untuk Daihatsu Charade generasi seterusnya. Tetapi, mereka kembali untuk Daihatsu Charade generasi keempat.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 08

Mungkin disebabkan inilah sambutan buat Charade GTti agak hambar. Untuk pengetahuan anda, Charade generasi ketiga dikenali sebagai Charade Aura di Malaysia. Secara teknikal, ia telah dinaik taraf ke saiz dan rekaan yang hampir sama dengan hatchback lain ketika itu seperti Suzuki Swift, Nissan Pulsar dan Honda Civic EF.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 09

Tidak seperti De Tomaso Turbo, Charade GTti sebenarnya turut dijual di luar Jepun, tetapi bukan di Malaysia. Hothatch ini datang dengan enjin 1.0L turbo 12-injap DOHC yang menghasilkan 105 PS dan 130 Nm tork. Uniknya, Charade GTti adalah kereta 1.0L pertama yang menghasilkan lebih dari 100 PS.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 10

Apa yang lebih menarik ialah versi GT-XX. Dengan ciri seperti bumbung suria, power window, penyaman udara, spoiler belakang, dan rim aloi Speedline, ia diibarat seperti hothatch yang lebih mewah. Malah, ia lebih rare daripada Charade GTti.

Kereta Kei

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 11

Selain itu, Daihatsu juga menggunakan enjin turbo pada beberapa model kereta Kei. Antara yang paling dikenali di Malaysia ialah Mira TR-XX dan Move Aero Down RS. Kedua-dua model ini sering dirujuk oleh pemilik Kancil dan Kenari untuk sebarang modifikasi.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 12

Asalnya, ia bermula dari Daihatsu Mira Turbo. Model ini diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1983 tetapi ia hanyalah sekadar tujuan komersil. Ia dikuasakan oleh enjin 0.5L (550 cc) 2 silinder yang menghasilkan 41 PS dan 56 Nm tork.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 13

Pada generasi kedua (L70), Daihatsu Mira TR-XX diperkenalkan. Enjin 550 cc yang terdahulu dinaik taraf untuk menghasilkan 64 PS dan 76 Nm tork.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 14

Kemudian pada tahun 1990, disebabkan oleh piawaian kereta Kei yang diperbaharui, enjin 550 cc yang lama perlu dipertingkatkan ke 0.6L (660 cc). Enjin ini menghasilkan 61 PS dan 84 Nm tork.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 15

Untuk pengetahuan anda, era 90-an terkenal dengan kelahiran pelbagai kereta Kei. Antara model baru yang diperkenalkan ialah Daihatsu Move.

Dari generasi pertama hingga ke generasi sekarang, Daihatsu Move sentiasa ditawarkan dengan varian turbo, iaitu Move Custom.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 16

Dari kiri belah atas: Daihatsu Wake, Copen, Terios Kid, dan Naked.

Sehingga ke hari ini, Daihatsu masih menawarkan enjin turbo untuk kebanyakan kereta Kei mereka. Antaranya seperti Daihatsu Wake, Copen, Terios Kid, dan Naked.

Zaman turbo

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 17

Bermula era 2000-an, Daihatsu berubah arah dengan memberi fokus terhadap pasaran Jepun berbanding eksport. Tetapi pada masa yang sama, mereka perkenalkan Daihatsu YRV. MPV ini turut ditawarkan dengan varian Turbo. Varian ini menggunakan enjin 1.3L turbo K3-VET yang menghasilkan 140 PS dan 177 Nm tork.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 18

Enjin yang cukup berbisa walaupun hanya peminat Perodua sahaja yang tahu. (Kredit)

Kalau anda nak tahu, enjin ini juga diguna pada Daihatsu Terios generasi pertama di sesetengah pasaran. Kalaulah Perodua Kembara datang dengan enjin ini, sudah tentu nama ‘Kembara’ akan jadi lebih ikonik.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 19

Selain YRV Turbo, terdapat satu lagi lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo. Malah ia datang dengan format hothatch yang berpacuan 4WD. Dikenali sebagai Daihatsu Storia X4 dan Daihatsu Boon X4, kedua-dua hatchback Daihatsu ini dianggap sebagai kereta spec lumba yang berharga mampu milik.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 20

Daihatsu Storia X4 dikuasai oleh enjin 0.7L (713 cc) JC-DET. Ia menghasilkan 120 PS dan 128 Nm tork. Daihatsu Boon X4 pula menggunakan enjin 0.9L (936 cc) KJ-VET. Enjin ini menghasilkan 133 PS dan 132 Nm tork. Untuk maklumat anda, kedua-dua kereta ini dibangunkan sebagai kenderaan homologasi untuk perlumbaan kelas 1.0L.

7 lagenda Daihatsu yang guna enjin turbo sebelum Perodua Ativa (D55L) 21

Inilah beberapa legenda Daihatsu yang menggunakan enjin turbo selain Daihatsu Rocky. Walaupun enjin turbo pada Perodua Ativa (D55L) tidak berinspirasikan prestasi, ia sebenarnya menyambung legasi model turbo Daihatsu yang cukup terkenal pada zaman sebelum ini. Antara kesemua model ini, yang mana paling anda minat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda