window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia!

Zamil Syaheer · Feb 26, 2022 02:00 PM

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 01

Lama dan baru

•  Dilancarkan di Malaysia pada 1994 tetapi di tempat lain sejak 1979

•  Camry adalah lebih daripada “kereta uncle”

•  Berikut adalah beberapa perkara menarik yang anda (mungkin) tidak tahu tentang Camry

Toyota Camry telah dijual hampir 30 tahun di Malaysia (lebih tepat lagi, 28 tahun) apabila generasi XV10 dilancarkan pada tahun 1994. Kini dengan facelift baru yang merangkumi penggunaan enjin Dynamic Force moden, nampaknya segmen ini masih boleh bertahan didalam era SUV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 01

Camry menggantikan Corona di Malaysia yang merupakan model yang sangat popular, dan penampilan sulungnya menyaksikan beberapa tindak balas negatif daripada segelintir peminat. Bagaimanapun, kontroversi itu cepat reda apabila Camry mendaki carta jualan dan menjadi salah satu model yang paling dikenali di negara ini.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 02

Camry adalah salah satu kereta pemasangan tempatan pertama yang dilengkapi dengan ABS

Okay, cukup mengenai asal usul Camry di Malaysia. Walaupun Camry hanya diperkenalkan di sini pada tahun 1994, is sebenarnya telah dilancarkan di pasaran lain di luar negara pada tahun 1982 dengan nama yang asalnya muncul pada tahun 1979.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah 7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry.

1. Namanya mempunyai konotasi diraja

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 03

Beberapa model kereta penumpang pertama Toyota mempunyai skema penamaan biasa yang mana ia dikaitkan dengan royalti. Contoh - Crown dan Corona - kedua-duanya adalah perkataan Inggeris dan Latin untuk topi tinggi diraja.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 04

Nama Camry diambil daripada perkataan Jepun untuk mahkota, kanmuri. Topi kepala tradisional hanya dipakai oleh Keluarga Diraja Jepun dan oleh pegawai kerajaan pada majlis-majlis khas seperti perkahwinan dan kenaikan maharaja baharu. Sekurang-kurangnya, Camry bukan eksklusif untuk pesanan tertinggi seperti Century.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 05

Malah varian Camry mengekalkan analogi diraja dengan trim Atara Australia mengambil nama daripada perkataan Ibrani (Hebrew) untuk mahkota manakala versi JDM "badan lebar" Camry dipanggil Scepter (yang akan dihuraikan sebentar saja lagi).

2. Generasi pertama adalah 'varian' Celica

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 06

Model pertama yang menggunakan nama Camry bukanlah Camry dan bukan juga Celica. Toyota Celica Camry ialah varian sedan bagi Celica tetapi ia tidak mempunyai sebarang persamaan dengan kereta sport itu selain daripada namanya.

Juga baca: 9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi!

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 07

Carina (atas) dan Celica Camry (bawah), tak nampak macam kembar pun

Sebaliknya, Celica Camry ialah Toyota Carina yang lebih panjang dan berada di hierarki yang lebih tinggi daripada Corona tetapi berkongsi saiz yang sama. Maklumlah, segmentasi pasaran tidak wujud pada tahun 70an.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 08

Camry generasi pertama juga dikenali sebagai V10 ditunjukkan

Mengetepikan kekeliruan, Celica Camry tidak akan berada dalam pasaran untuk masa yang lama, hanya bertahan selama beberapa tahun antara 1980 dan 1982. Celica Camry dianggap sebagai pendahulu kepada Camry sebenar yang akan dilancarkan pada tahun 1982, menggantikan susan atur pacuan roda belakang (RWD) untuk tetapan pacuan roda hadapan (FWD) yang lebih konvensional.

Juga baca: Toyota Avanza 2022 guna ‘tarik depan’ & bukan lagi ‘tarik belakang’ – susah angkat barang berat?

3. Ia dipecahkan kepada model ‘narrow’ dan model ‘wide-body’

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 09

Toyota melangkau tiga generasi Camry di Malaysia sebelum penampilan pertamanya pada tahun 1994

Di banyak pasaran termasuk Amerika Utara, Jepun dan Australia, Camry telah diperkenalkan pada 1982, 12 tahun sebelum ketibaannya di Malaysia. Pada mulanya, Camry adalah model tunggal, sehinggalah XV10 diperkenalkan yang menyaksikan Camry berpecah kepada dua versi berbeza.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 10

Global Camry (atas) dan Camry JDM (bawah)

Walaupun seluruh dunia sudah biasa dengan Camry yang lebar, pasaran Jepun pula menerima versi badan ‘narrow’ diperkenalkan yang direka menurut undang-undang cukai Jepun. Camry yang ‘narrow’ ini berbeza daripada model luar negara dari segi reka bentuk.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 11

Toyota Vista 'hardtop'

Ini hanya akan bertahan selama 2 generasi sebelum Toyota menyelaraskan model Camry JDM dengan seluruh dunia. Terdapat juga satu lagi varian Camry JDM yang dipanggil Vista. Ia hanya tersedia di rangkaian pengedar Toyota berbeza yang dipanggil Toyota Vista, pendahulu kepada pengedar Toyota Netz.

4. Camry dijual sebagai model Holden dan Daihatsu

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 12

Camry bukan sahaja ditawarkan sebagai Toyota. Sejak 1998, Camry dijual di Jepun sebagai Daihatsu Altis yang telah kami bincangkan sebelum ini. Anehnya, Altis (jangan dikelirukan dengan Corolla yang dijual di sini) lebih mahal daripada Camry walaupun Daihatsu lebih terkenal dengan model kompak mampu milik.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 13

Tetapi Daihatsu Altis bukanlah ‘rebadge’ yang pelik memandangkan kedua-dua Toyota dan Daihatsu adalah rakan kongsi. Anugerah untuk ‘rebadge’ Camry yang pelik milik Holden Apollo. Lebih menarik lagi ialah Holden adalah cabang Australia General Motors yang merupakan saingan Toyota.

Walaupun persaingan antara kedua-duanya sengit, kedua-dua GM dan Toyota bekerjasama bukan sahaja di Australia tetapi Amerika juga di bawah jenama Geo. Dalam kes Holden Australia, alasan untuk bergabung dengan Toyota adalah disebabkan oleh rancangan automotive penuh kontroversi yang dipanggil pelan Button.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 14

Pelan itu pada mulanya dibangunkan untuk menjadikan kereta buatan Australia tempatan lebih berdaya saing dan akhirnya mengurangkan tarif import. Hasilnya, Holden telah ‘rebadge’ dua model Toyota - Camry serta Corolla yang dipanggil Holden Nova.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 15

Daripada memupuk persaingan di kalangan kereta buatan tempatan dan import asing, hasilnya adalah bencana bagi industri automotif Australia. Holden Apollo dan Nova gagal dek kerana para pembeli lebih cenderung membeli model Toyota yang ori, oleh kerana terdapat beberapa penawaran varian terhad.

5. Camry pernah ditawarkan engine V6

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 16

Toyota telah menawarkan enjin V6 pada setiap generasi Camry sejak generasi V20 tetapi ia ditawarkan di Malaysia untuk dua generasi - XV10 dan XV20. Dengan populariti Cefiro dan Perdana berkuasa V6, Toyota berpendapat memperkenalkan enjin 6-silinder pada segmen D yang berjaya boleh menarik perhatian yang amat diperlukan.

Juga baca: Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude!

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 17

Enjin 1MZ-FE V6

Berbanding varian 4-silinder Camry yang dipasang secara tempatan (CKD), Camry V6 diimport sepenuhnya (CBU) dan setiap generasi hanya ditawarkan dengan satu varian. Model XV10 V6 dikuasakan oleh unit 3VX-FE V6 3.0 liter (188 PS/256 Nm) manakala XV20 V6 dijana oleh enjin 1MZ-FE V6 3.0 liter (182 PS/267 Nm). Oleh kerana ini adalah ‘cruiser’, kedua-dua unit dipasangkan dengan transimisi automatik 4-kelajuan.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 18

Satu-satunya tanda bahawa ini adalah Camry V6 tanpa membuka bonet depan adalah lencana

Pada tahun 1998, apabila Camry V6 XV20 dilancarkan, ia berharga daripada RM 163,500 (RM 271,410 pada 2022) yang meletakkannya sangat hampir dengan BMW atau Mercedes-Benz aras mula. Nissan Cefiro 3.0 V6 pula bermula daripada RM 137,000 (RM 227,420 pada 2022) dan pembeli lebih suka mengikut dompet mereka.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 19

UMW Toyota (UMWT) secara senyap-senyap akan menghentikan jualan Camry V6  dan hanya memberi tumpuan kepada model 4-silinder sepanjang hayat Camry di Malaysia. Dengan UMWT memfokuskan pada hibrid, masa Camry V6 di Malaysia mungkin tidak akan kembali.

Juga baca: Respon rakyat Malaysia dengan Toyota Corolla Cross Hybrid amat baik, menyumbang lebih 40% kepada jualan!

6. TRD Australia meletakkan supercharger di Camry!

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 20

Sebelum wujudnya Gazoo Racing (GR), terdapat Toyota Racing Development atau TRD. Tiga huruf ini yang membangkitkan mana-mana peminat lama Toyota telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1976 dan seperti namanya, tumpuan utamanya adalah pada sukan permotoran.

Juga baca: Toyota Corolla TRD 2000: 10 unit sahaja di dunia! Rare atau gagal?

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 21

Aurion standard yang sama seperti model Camry di Malaysia

Banyak model biasa dengan lencana TRD hanya diberikan kit badan dan sedikit peningkatan prestasi, tetapi ada beberapa model unik seperti TRD Aurion. Aurion adalah nama Australia yang diberikan kepada Camry yang dijual di Malaysia.

Juga baca: Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai

Malah, Camry berspesifikasi Australia biasa adalah berdasarkan model spesifikasi Amerika Utara dan Jepun. TRD Aurion dibangunkan dan dibina di Australia dan merupakan jawapan Toyota kepada Ford Falcon FPV dan Holden Commodore HSV.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 22

Dikuasakan oleh enjin 2GR-FE 3.5 liter V6 yang dipasang pada supercharger Eaton, Camry yang dicucuk steroid ini menghasilkan 328 PS dan 400 Nm, menjadikannya salah satu kereta FWD paling berkuasa pernah dibuat. Berbeza dengan karektor 'muscle car' seperti Falcon FPV dan Commodore HSV, TRD Aurion sebenarnya lebih kepada ‘cruiser’ santai.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 23

Sayangnya, pencabar Toyota untuk Falcon dan Commodore hanya bertahan selama dua tahun pada 2007 dan 2008 dengan hanya 600 yang dibuat.

7. Terdapat ‘group’ Facebook khusus untuk 'Camry Dent'

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 24

Tidak termasuk trak dan SUV, kereta terlaris di Amerika sejak 21 tahun lalu ialah Toyota Camry. Walaupun generasi sekarang dianggap sebagai generasi yang paling dinamik dan menarik, ramai rakyat Amerika menganggap Camry sebagai 'membosankan'.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 25

Kesan kemek ini dikira sebagai lencana yang dihormati (Kredit: Toyota Camry Dent Club)

Sama seperti Myvi di Malaysia, Camry ada di mana-mana di Amerika Syarikat, sehinggakan ia menjadi meme. Salah satu 'ciri' yang paling pelik dalam kalangan pemilik Camry Amerika ialah 'Camry Dent' yang merupakan lekuk menonjol yang biasanya dilihat pada sudut bampar Camry.

Juga baca: Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit!

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 26

Malah generasi sekarang tidak terlepas daripada 'Dent'

Gambar kemek ini dimuat naik dan dikongsi dalam pelbagai 'group' Facebook and forum yang didedikasikan untuk sudut bampar Camry yang bengkok ke dalam. Adakah ini bermakna pemilik Camry di Amerika lebih terdedah kepada kemalangan daripada negara lain?

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 27

Ini mungkin kerana sesetengah pembeli melihat Camry hanya sebagai perkakas untuk pergi dari A ke B. Oleh itu, mereka mungkin tidak menjaga kereta dengan betul atau malas nak ‘repair’ kerana ia tidak menjejaskan kereta.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 28

Ditumbuk oleh Goku ke?

Memandangkan Camry agak popular di sana, inilah sebab kenapa ia menerima lebih banyak liputan daripada katakan, 'group' Honda Accord atau Volkswagen Passat. ‘Group’ Facebook Camry Dent adalah pada dasarnya, versi Amerika bagi “Myvi Buat Hal Apa Hari ini ?”.

7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry, antara sedan otai di Malaysia! 29

Itulah 7 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Toyota Camry. Walaupun pasaran untuk kereta sebegini tidak lagi besar seperti dahulu, Camry pastinya masih menarik perhatian bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjadi bos tanpa berbelanja besar pada jenama mewah.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda