window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

70% pekerja Nissan sudah ‘cucuk’ vaksin menerusi PIKAS!

Mersita · Aug 3, 2021 11:00 AM

70% pekerja Nissan sudah ‘cucuk’ vaksin menerusi PIKAS! 01

Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 TC untuk para pekerjanya di seluruh negara, mendokong usaha untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK).

Dengan jumlah pemberian vaksin yang meningkat dari hari ke sehari, TCMH telah memulakan kerjasama di bawah pelbagai program vaksinasi termasuklah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). PIKAS ialah program vaksinasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pekerja-pekerja sektor pengilangan.

70% pekerja Nissan sudah ‘cucuk’ vaksin menerusi PIKAS! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sehingga ke hari ini, 70 peratus daripada jumlah pekerja Tan Chong seluruh negara telah menerima suntikan vaksin mereka (samada 1 atau 2 dos) manakala yang lain pula sudah menerima tarikh temujanji vaksinasi mereka. Program ini akan bermula pada Ogos 2021 menerusi klinik-klinik tempatan atau di premis-premis milik Tan Chong.

Baca juga: Lindung Semua: Proton mulakan program vaksinasi untuk semua kakitangan

“Dalam usaha bersama kami untuk menentang pandemik COVID-19, kesihatan dan keselamatan rakan sekerja, pelanggan, serta komuniti di sekeliling kami kekal menjadi keutamaan kami. Kumpulan syarikat sudahpun menggesa kepentingan dalam menjaga serta mematuhi protokol-protokol kesihatan dan keselamatan dengan kerap bagi mengelakkan sebarang kemunculan semula virus tersebut,” kata En. Daniel Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad.

70% pekerja Nissan sudah ‘cucuk’ vaksin menerusi PIKAS! 01

“Dengan program vaksinasi ini, kami berharap untuk mencapai tenaga kerja yang divaksin sepenuhnya menjelang penghujung bulan September dan pada masa sama melindungi mereka supaya mereka boleh kembali bekerja dengan selamat apabila dibenarkan nanti.”

Usaha berterusan ini adalah untuk memperkasakan lagi sasaran imunisasi baharu yang ditetapkan oleh kerajaan dimana semua orang dewasa perlu divaksin sepenuhnya menjelang bulan Oktober 2021.

Baca juga: Cycle & Carriage pacu program vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda