Boleh jahanam fuel pump kalau pandu sampai lampu minyak menyala!

Haris · Oct 20, 2020 01:00 PM

Boleh jahanam fuel pump kalau pandu sampai lampu minyak menyala! 01

Honda Malaysia telah memuatnaik sebuah video ringkas yang memaparkan informasi mengenai tabiat pemandu yang suka memandu dengan tangki yang hampir kosong. Tentu ada dalam kalangan pembaca yang mengenali seseorang yang mempunyai tabiat seperti ini.

3 sebab mengapa anda tidak digalakkan untuk memandu dengan tangki yang hampir kosong adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan jangka hayat fuel pump

Boleh jahanam fuel pump kalau pandu sampai lampu minyak menyala! 01

Apabila minyak hampir habis dalam tangki, fuel pump tidak menerima kerja-kerja pelinciran dengan sempurna. Apabila tugas pelinciran tidak dilakukan dengan sempurna, jangka hayat fuel pump akan semakin singkat.

2. Masalah kotoran minyak

Boleh jahanam fuel pump kalau pandu sampai lampu minyak menyala! 02

Setiap formulasi minyak tetap mempunyai bahan-bahan yang boleh terkumpul dan menjadi mendapan pada bahagian bawah tangki. Apabila mendapan ini disedut, ia mampu merosakkan fuel pump dan enjin.

3. Menyedut udara di samping minyak

Boleh jahanam fuel pump kalau pandu sampai lampu minyak menyala! 03

Pelbagai masalah akan timbul apabila fuel pump dan komponen lain terdedah kepada udara terlalu lama. Oleh itu, tidak digalakkan untuk memandu dalam keadaan tangki minyak yang kosong.

Video penuh boleh dilihat di bawah:

Kebelakangan ini, memang banyak pengeluar yang melakukan panggilan semula terhadap produk mereka yang berkenaan dengan masalah fuel pump. Honda telah melakukannya pada Jun 2020 yang lepas, Perodua pada bulan Ogos 2020 dan yang terbaru sekali adalah Mazda.

Boleh jahanam fuel pump kalau pandu sampai lampu minyak menyala! 04

Tidak dinafikan, masalah tersebut merupakan isu yang harus ditangani oleh pihak pengeluar secara proaktif namun rutin penjagaan dan tabiat memandu yang baik adalah lebih penting untuk kenderaan anda. Selain daripada fuel pump, penyuntik bahan api (fuel injector) mungkin bermasalah. Ketahui 6 tanda penyuntik bahan api anda bermasalah di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru