window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Haris Β· Oct 29, 2020 06:00 PM

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 01

Toyota Camry

Terdapat sedikit jangka masa pendek antara 2011 hingga 2013 ketika pembeli kereta Malaysia menikmati promosi terhebat - duti import dan eksais digugurkan sepenuhnya untuk model hibrid yang diimport sepenuhnya dengan kapasiti enjin di bawah 2,000 cc. Promosi tersebut telah membawa kepada lambakan model hibrid Jepun seperti Toyota Prius, Honda Insight dan Honda CR-Z di sini.

Sekitar tahun 2009 hingga 2010, ada pengecualian duti juga tetapi pada tahap yang lebih rendah iaitu pengecualian duti import 100% dan potongan 50% duti eksais.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 01

Ketika itu, Toyota Camry 2.5V yang dipasang di luar negara dengan kelengkapan hanya 4 beg udara dan tanpa kawalan kestabilan elektronik. Manakala, Toyota Prius buatan Jepun menawarkan 7 beg udara, kawalan kestabilan elektronik, Heads-Up Display dan lampu depan LED, dengan harga RM 145,000 (varian premium). Toyota Prius ini masih lebih murah berbanding Toyota Camry 2.0E (RM 149,900) dengan 2 beg udara.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 02

Apa kompromi untuk promosi ni? Pembeli 'terpaksa' menjadi β€˜tikus makmal’ teknologi hibrid yang agak baru. β€˜Baru’ dalam konteks Malaysia. Kereta hibrid versi pengeluaran massa yang pertama mula dijual pada tahun 1997, hampir 25 tahun yang lalu, jadi ia bukanlah sesuatu baru.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 03

Soalan biasa dari pembeli yang berminat dengan kereta hibrid selalunya: Berapa lama bateri hibrid dengan voltan tinggi ini akan bertahan? Adakah jangka hayat teknologi ni macam telefon pintar? Berapakah kos ganti bateri?

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 04

Oleh kerana persepsi pasaran umum terhadap teknologi hibrid yang kurang menyenangkan, kereta hibrid terpakai dapat diperolehi dengan harga yang sangat rendah. Dengan harga sekitar RM 40,000, anda mempunyai pilihan Toyota Prius 7 beg udara dengan ruang dalamn yang luas, atau Toyota Corolla Altis dengan spesifikasi asas iaitu dua beg udara dan tiada kawalan kestabilan elektronik. Kedua-dua model ini berdasarkan model tahun 2013.

Boleh percaya ke hibrid di Malaysia?

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 05

Jangan dengar cakap cakap orang. Dengar cakap pengguna sendiri.

Di Singapura dan Bangkok, syarikat teksi sering menggunakan kereta hibrid Toyota. Kereta yang dijadikan teksi ini sudah tentu mempunyai jarak tempuh yang lebih tinggi apatah lagi dalam keadaan iklim yang sama dengan Malaysia.

Trenkuasa elektrik akan menjadi kebiasaan dan dengan lebih banyak kenderaan hibrid di jalan raya, akan ada lebih banyak pakar kenderaan hibrid yang muncul. Kos penyelengaraan dan baikpulih teknologi hibrid sebenarnya masih mudah. Cuma masalah utama adalah mencari orang yang tepat untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 06

Teksi di Singapura

Toyota Prius paling awal kini memasuki tahun ke-11 perkhidmatannya di Malaysia. Honda pula hadir lebih awal lagi, bermula pada tahun 2007 dengan Honda Civic Hybrid generasi FD. Namun model Honda ini hanya sedikit yang terjual.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 07

Selagi anda memilih hibrid dari Toyota atau Honda - kedua-duanya pelopor dalam teknologi hibrid, anda baik-baik saja. Jauhkan diri daripada Audi A6 Hybrid atau Mercedes-Benz E300 Bluetec hybrid.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 08

Dalam usaha mencari kereta terpakai, sedikit usaha perlu dilakukan. Tak ada dua kereta terpakai yang sama.

Toyota dan Honda kedua-duanya menawarkan jaminan jarak tempuh 8 tahun / tanpa had untuk bateri hibrid tetapi tertakluk kepada pemilik sebelum yang mematuhi terma dan syarat. Sekiranya kereta masih dalam jaminan, pemeriksaan lengkap, termasuk pemeriksaan kesihatan bateri yang dilakukan oleh pusat servis yang sah sangat penting untuk mengesahkan jaminan pengeluar.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 09

Odometer yang sudah diubah

Sekiranya anda membeli dari pengusaha kereta terpakai, hati-hati dengan kereta yang telah diubah odometer. Sekiranya penjual tidak bersetuju dengan pemeriksaan di pusat servis yang sah, jalan terus, senarai hitam tempat tersebut dan beritahu kawan-kawan.

Inilah sebabnya mengapa adalah lebih baik dan disarankan untuk membeli terus dari pemilik, yang kemungkinan besar mempunyai rekod perkhidmatan penuh kenderaan. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan terkejut dengan caj yuran pemprosesan tersembunyi yang mengarut.

Berapa kos untuk menggantikan bateri hibrid?

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 10

Bateri voltan tinggi biasanya mempunyai jangka hayat yang cukup lama - sekitar 8-10 tahun, bergantung kepada tabiat memandu. Toyota menggunakan bateri jenis NiMh (untuk Malaysia), sementara Honda mengunakan bateri jenis Li-ion.

Bateri hibrid baru untuk Prius dan Prius C masing-masing berharga sekitar RM 7,000 dan RM 5,500, sementara bateri Toyota Camry Hybrid berharga sekitar RM 8,000 ke atas. Kesemuanya tidak termasuk upah pemasangan dan tenaga kerja (menelan belanja tambahan beberapa ratus Ringgit).

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 11

Pakar hibrid bebas seperti Tee & Tee Auto Electrical Services akan menjual bateri baru (dengan jaminan 1 tahun) dan bateri yang dibaikpulih dengan harga lebih murah.

Bengkel ini memberikan rujukan harga seperti berikut:

  • Prius 1.8L (RM 5k + original baru, RM 2.8k untuk bateri baikpulih)
  • Prius c 1.5L (RM 4k + original baru, RM 2.2k untuk bateri baikpulih)
  • Camry Hybrid 2.5L (RM 6k + original baru)

Tip profesional: Toyota Camry Hybrid yang dipasang tempatan lebih baik kerana penyesuaian tambahan kepada perisian pengurusan bateri untuk membolehkannya mengatasi cuaca panas dan lembap iklim Malaysia dengan lebih baik. Antara Toyota Prius yang diimport dan Toyota Camry Hybrid yang dipasang tempatan, Camry lebih dipercayai.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 12

Jika anda benar-benar berminat dengan model hibrid, congak bajet anda dengan teliti. Ini bermaksud, sediakan anggaran yang merangkumi keseluruhan kos pemilikan baru.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 13

Bagi model hibrid Honda, bateri yang digunakan oleh model IMA dan i-DCD Honda lebih dipercayai daripada bateri Toyota. Agak mengejutkan? Perkara ini disahkan oleh pemilik bengkel David Tee yang mendakwa bahawa dia jarang melakukan penggantian bateri untuk model Honda.

Walaubagaimanapun, sebagai rujukan, kos penggantian bateri Honda adalah seperti di bawah (tidak termasuk upah tenaga):

  • Honda Insight: Kurang daripada RM 5k
  • Honda Civic Hybrid dan Jazz Hybrid (IMA): Kurang daripada RM 6k

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 14

Model hibrid penuh i-DCD yang lebih terkini seperti Honda Jazz Hybrid, Honda City Hybrid, dan Honda HR-V Hybrid akan berharga kurang dari RM 6k, tidak termasuk upah tenaga (beberapa ratus Ringgit).

Tetapi seperti yang dinyatakan, model hibrid Honda jarang memerlukan tukar ganti bateri. Sebaliknya, mereka melihat lebih banyak masalah berkaitan inverter, sebaliknya pula dengan model Toyota. Inverter yang dibaikpulih untuk Civic Hybrid berharga kira-kira RM 4k hingga RM 5k atau RM 7k ditambah untuk unit baru.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 15

Toyota menawarkan jaminan 15 tahun untuk inverter. Penggantian jarang berlaku tetapi jika anda adalah salah satu daripada beberapa pemilik yang tidak bernasib baik, Toyota memberi sebut harga sekitar RM 7k untuk menggantikannya (dulu lebih mahal, harga turun), tetapi Tee & Tee Auto Electrical Services akan menjual unit yang dibaikpulih kepada anda dengan jaminan 1 tahun dengan harga sekitar RM 2k.

Inverter adalah peranti yang menukar arus DC dari bateri ke arus AC untuk motor.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 16

Perhatikan bahawa jangka hayat bateri adalah berdasarkan fungsi kitaran cas / nyahcas dan bukan jarak tempuh. Oleh itu, unit jarak tempuh rendah sebenarnya mungkin mempunyai hayat bateri yang lebih pendek daripada unit lain.

Pecutan kuat dan brek kuat juga menambah tekanan pada bateri selain tidak menggunakan penghawa dingin (kereta perokok).

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 17

Selain itu, kebimbangan terbesar sepatutnya bukan pada bateri tetapi lebih kepada mekanikal yang haus ditelan waktu.

Untuk pengetahuan anda, masalah yang paling biasa dengan model hibrid tidak banyak berkaitan dengan komponen hibrid tetapi lebih kepada aspek mekanikal.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 18

Sebagai contoh, masalah terbesar dengan Prius dan Camry Hybrid terpakai bukanlah bateri tetapi rak stereng yang berbunyi dengan kos penggantian berharga lebih dari RM 7k. Masalah ini tiada kaitan dengan trenkuasa hibrid, ia mempengaruhi semua model Toyota permium dengan rak stereng kuasa elektrik.

Oleh itu, jika anda menemui rak stereng yang sudah diganti, ia merupakan bonus yang baik untuk anda. Jadi, model mana yang hendak dibeli?

Toyota Camry Hybrid 

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 19

Toyota Camry Hibrid 2.5L dengan kelebihan bateri hibrid yang disesuaikan dengan iklim tempatan tetapi harganya juga hampir sama dengan Honda Accord 2.4L bukan hibrid pada tahun pengeluaran yang sama.

Mungkin kerana tanda nama Camry tersebut, Toyota Camry Hibrid kurang mengalami kesan dalam aspek nilai jualan semula, walaupun hibrid.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 20

Ia menawarkan prestasi hebat (output gabungan 205 PS), ruang dan keselesaan, tetapi sebagai sebuah kereta terpakai, harganya masih agak tinggi. Model 2015 boleh dimiliki dengan harga sekitar RM 90k. Cukai jalan sedikit tinggi juga kerana enjin 2.5L.

Toyota Prius

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 21

Toyota Prius 1.8L menawarkan nilai yang jauh lebih baik. Gaya uniknya gagal menerima sambutan ramai peminat. Walaubagaimanapun, Prius menang pada jarak roda seperti sedan segmen D yang luas, praktikaliti sebuah hatchback dan tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 untuk memuatkan kargo tinggi dan panjang dengan lebih baik.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 22

Masalah pada model ini adalah ia mempunyai jarak kelegaan tanah yang sangat rendah. Dengan empat orang dewasa di dalamnya, bumper bawah dan depan sering tersagat dengan bonggol yang tinggi, jadi periksa bahagian bawah untuk sebarang calar mahupun kerosakan.

Generasi terakhir Toyota Prius 2013 boleh didapati pada berharga sekitar RM 40,000 - sama harga dengan Toyota Corolla Altis tetapi dengan prestasi dan ciri keselamatan yang jauh lebih baik.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 23

Harga Toyota Prius C 1.5L yang lebih kecil berharga kurang RM 10k hingga RM 15k, sekitar RM 25k hingga RM 30k.

Mudah diparkir, dilengkapi dengan 7 beg udara dengan kawalan kestabilan elektronik dan sangat menjimatkan minyak. Ia kurang selesa untuk pemanduan jarak jauh tetapi jika anda mencari kereta yang murah, boleh dipercayai dan menjimatkan minyak untuk pergi balik kerja, ia cukup sempurna.

Honda Civic Hybrid 

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 24

Sekiranya anda mencari model hibrid Honda, Honda Civic Hybrid 1.5L adalah pilihan utama, khususnya model generasi FB. Bukan Honda Insight atau Honda Jazz Hybrid (model IMA). Nak tahu kenapa?

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 25

Generasi awal hibrid Honda adalah generasi mild hibrid (IMA, Intelligent Motor Assist). Tidak seperti hibrid penuh dua motor Toyota, model mild hibrid IMA Honda seperti Honda Insight, Honda CR-Z dan Honda Jazz tidak mempunyai compressor penyaman udara yang dikendalikan secara elektrik.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 26

Hal ini menyebabkan, apabila enjin melahu (idle) dalam keadaan pegun, penyaman udara akan menjadi kurang sejuk. Fungsi ini bukan satu perkara yang sesuai lagi-lagi untuk iklim tempatan Malaysia.

Honda Civic Hybrid walaubagaimanapun, menggunakan mild hibrid IMA tetapi ia mempunyai compressor penyaman udara yang dikendalikan secara elektrik, jadi aircon tetap berfungsi jika kereta tidak bergerak.

Honda CR-Z Hybrid 

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 27

Honda CR-Z 1.5L masih memegang nilai jualan dengan sangat baik, terutamanya varian manual 6-kelajuan. Generasi terakhir pada tahun 2013 mempunyai harga sekitar RM 50k. Boleh tahan untuk kereta yang dijual dengan harga sekitar RM 115k pada tahun 2011 sehingga RM 123k pada tahun 2013.

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 28

CR-Z adalah kereta kompak yang bagus dan mudah dipandu. Casisnya dapat mengendalikan tenaga dengan lebih mudah. Ini adalah antara kereta sporty dua pintu yang lebih terkini, lebih murah dan jarang bermasalah yang boleh dibeli tanpa membayar harga tinggi.

Kelemahannya? tiada compressor penyaman udara elektrik.

Selain aspek mekanikal

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 29

Perkara lain yang memerlukan pemeriksaan adalah compressor penyaman udara elektrik (Honda Civic Hybrid dan semua model Toyota hybrid), serta modul pemangkin brek (brake booster) atau ABS (model hybrid Toyota).

Semua maklumat berkaitan Toyota Prius yang dibincangkan turut berlaku untuk Lexus CT 200h. Hal ini kerana, model Lexus CT 200h mirip dengan Toyota Prius secara mekanikal (atau elektrikal).

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja? 30

Pembeli hibrid terpakai / pemilik semasa yang berminat untuk mencari pakar kenderaan hibrid bebas boleh menghubungi David Tee dari Tee & Tee Auto Electrical.

Sekiranya anda membeli kereta terpakai, jangan lupa untuk mengunjungi pusat servis yang sah sekurang-kurangnya sekali untuk mengemas kini maklumat anda. Hal ini penting untuk memastikan bahawa anda dimaklumkan mengenai sebarang isu panggil balik produk (product recall).

Selain daripada aspek yang dibincangkan, ingat bahawa terdapat sejumlah model Honda lama yang memerlukan penggantian beg udara Takata, Selain itu, Toyota Prius juga mempunyai beberapa isu panggil balik produk, jadi periksa sama ada tukar ganti ini telah dilakukan (percuma).

Toyota Camry gallery

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda