window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta!

Mersita · Oct 30, 2020 08:00 PM

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang menerima tempahan untuk Mitsubishi Xpander 2020 yang ditunggu ramai. SUV segmen B 7 tempat duduk ini akan tiba untuk menyaingi SUV lain seperti Honda BR-V dan Perodua Aruz. Tapi, kami pasti yang 5 perincian ini akan menjadikannya pilihan popular berbanding pesaing kenderaan 7 tempat duduk yang lain.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 02

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

All Round Monitor (ARM) – sudut pandang keseluruhan dari atas

Selain daripada Toyota Rush, Xpander ialah salah satu antara dua kereta segmen B dengan 7 tempat duduk yang didatangkan dengan kamera parkir 360 darjah. Honda BR-V, Perodua Aruz, dan juga Proton Exora hanya ada satu kamera undur.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 01

Xpander mempunyai 4 buah kamera yang memaparkan sudut pandang ‘birds-eye’ 360 darjah sekitar kereta. ARM ini dipadankan pula dengan sensor parkir yang membuatkannya mudah untuk dikemudi masuk ke dalam ke dalam petak letak kereta.

Tapi, kelengkapan ini termasuk dalam pakej aksesori tambahan oleh pengedar sah MMM yang juga merangkumi ‘dashcam’ dibina-dalam serta tempat duduk kulit.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 02

Ruang kaki dan ruang kepala – pastinya lebih banyak dari saingannya

Salah satu masalah biasa yang sering ditemui dalam SUV 7 tempat duduk ialah ruang kaki dan kepala yang sempit untuk penumpang barisan ketiga. Bagi sesetengah pengilang, mereka membuat rekaan tempat duduk yang lebih pendek untuk meluaskan ruang kaki penumpang.

Xpander mempunyai panjang keseluruhan iaitu 4,475 mm dan jarak roda 2,775 mm. SUV ini juga mempunyai ruang pelepasan tanah seluas 205 mm – anda tak perlu terlalu bimbang ketika meredah banjir dengan ketinggian sebegini.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 03

Untuk perbandingan, Aruz mempunyai ukuran panjang 4,435 mm dan jarak rosda 2,685 mm manakala BR-V pula berkepanjangan 4,475 mm serta jarak roda 2,662 mm. Menurut perbandingan ini, Xpander nyata lebih panjang dan ini membolehkan ruang kaki lebih luas untuk penumpang barisan ketiga.

Berdasarkan pandu-uji dan rebiu WapCar, anda masih mempunyai keluasan sebiji bola tenis antara lutut dan tempat duduk di hadaapan serta antara atas kepala walaupun anda duduk di tempat duduk barisan belakang sekali.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 04

Tempat duduk barisan ketiga paling selesa dalam kelasnya

Selain daripada ruang kakinya yang luas, tempat duduk berisan ketiga di dalam Xpander juga adalah yang paling selesa dalam kelasnya.

Ini mungkin disebabkan oleh jarak rodanya yang panjang yang membolehkan jurutera untuk mereka ruang yag lebih selesa bagi sokongan kaki penumpang.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 05

Apple CarPlay dan Android Auto – Infotainmen paling moden dalam kelasnya

Ruang dalaman Xpander menonjolkan paparan skrin sentuh infotainmen yang besar bersaiz 9 inci serta menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 06

Ini meletakkan sistem infotainmennya jauh di hadapan meninggalkan saingannya; Aruz hanya ada SmartLink (Mirrorlink) untuk Android manakala BR-V hanya ada sambungan Bluetooth. Skrin sentuh dalam Aruz dan BR-V juga lebih kecil saiznya berbanding skrin sentuh Xpander.

Memandangkan MMM merupakan salah satu pengguna terawal bagi Apple CarPlay dan Android Auto apabila mereka melancarkan Mitsubishi Outlander pada tahun 2017, kami tidak terkejut yang Xpander juga didatangkan dengan perincian ini.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 07

Ruang simpanan khas untuk kasut – Perincian digemari kaum wanita

Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita yang gemar meninggalkan kasut mereka di dalam kereta. Ada yang sampai membeli kotak kasut khas dari ECO semata-mata untuk menyusun atur kasut supaya tampak kemas di dalam kereta.

5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta! 08

Tapi dengan Xpander, anda dah tak perlu membeli kotak kasut sendiri kerana ia juga didatangkan dengan ruang simpanan khas yang tertutup kemas untuk menyimpan kasut! MMM menggelarkannya ‘cargo floor box’ dengan penutup di ruang but, serta laci kasut tambahan di bawah tempat duduk yang terlindung rapi.

Perincian dan kelengkapan Mitsubishi Xpander 2020 ternyata yang terbaik dalam kelasnya. Anda boleh lihat sendiri Mitsubishi Xpander nanti apabila ia tiba di pusat pengedar berhampiran anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda