window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus?

Haris · Nov 2, 2020 08:00 PM

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 01

Proton bermula daripada asas yang dibekalkan oleh Mitsubishi. Oleh yang demikian, agak menyegarkan apabila selepas kehadiran Proton Waja, Proton Gen 2 dan Proton Saga (generasi kedua), Proton kembali merujuk bersama Mitsubishi demi kelangsungan hidup dalam industri automotif yang mencabar.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 02

Foto dari NST oleh Abdullah Yusof

Hasil daripada gandingan ini, Proton memperolehi ‘lesen’ untuk membangunkan sebuah lagi model berasaskan model Mitsubishi. Sudah tentu, Proton memilih model paling hangat zaman itu, Mitsubishi Lancer melalui Mitsubishi Lancer GS untuk memenuhi keinginan golongan muda yang inginkan sebuah sedan sporty.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 01

Tagline promosi: Smart Guys Get It

10 tahun selepas pelancarannya, Proton Inspira masih lagi mendapat tempat dan sambutan baik oleh peminat kereta berjiwa kelajuan. Boleh didapati dalam julat harga bermula RM 20,000, baik beli Proton Inspira terpakai atau langkau terus beli Mitsubishi Lancer terpakai?

Generasi Proton Inspira

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 02

Pilihan PDRM

Berikut adalah generasi Proton Inspira sepanjang dilancarkan pada tahun 2010 hingga tamat pengeluaran pada tahun 2015:

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 03

Berdasarkan daripada rajah di atas, Proton Inspira mempunyai jangka hayat yang agak pendek. Hal ini kerana, sudah tiba masanya untuk Mitsubishi Lancer GT (kereta asal) yang telah berada di Malaysia sejak 2007 dihentikan pengeluaran.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 04

Sebelum tamat pengeluaran, Proton Inspira 2.0 Super Premium ditawarkan dengan harga melepasi paras RM 100k. Model ini, seperti kebiasaan Proton pada ketika itu, hanyalah sebuah tambahan kosmetik sahaja.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 05

Proton Inspira R3 pula, walaupun mempunyai lambang R3, tidak mendapat sambutan yang hangat seperti model R3 yang lain. Baca alasannya di sini.

Masalah Proton Inspira

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 06

Perkara pertama yang perlu ditegaskan, Proton Inspira adalah sebuah Mitsubishi Lancer GT dengan talaan Proton Ride & Handling pada sistem suspensi. Enjin dan casis yang sama dikongsi antara kedua-dua pengeluar oleh itu, kurang masalah yang dihadapi secara umum.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 07

Walaubagaimanapun, tiada kereta yang sempurna. Antara masalah yang ditimbulkan adalah masalah sistem suspensi (bump stopper, shock absorber), masalah fit and finish seperti gegaran dan bunyi kabin yang agak bising akibat daripada kualiti binaan atau pemasangan.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 08

2 tarik balik produk telah dilakukan pada tahun 2015 tentang masalah drive belt pulley manakala tahun 2016 pula mengenai masalah lampu signal. Pastikan pemilik lama telah menguruskan masalah tersebut dengan pusat servis Proton rasmi.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 09

Jangkakan juga masalah wear and tear untuk kereta terpakai yang perlu anda hadapi. Anggaran harga kos penyelenggaraan masalah berkenaan wear and tear agak tinggi jika anda memilih untuk menggunakan alat ganti Mitsubishi dari Jepun.

Kos penyelenggaraan Proton Inspira

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 10

Gambar dari G Car Care

Proton Inspira menggunakan transmisi CVT tetapi bukan Punch CVT yang ‘terkenal’ tu. Jika kereta yang anda beli mempunyai sedikit masalah tersengguk-sengguk, mungkin anda perlu melakukan pemeriksaan kotak gear. Sedikit sebanyak mengenai transmisi CVT daripada Mitsubishi ini adalah:

  • Minyak CVT ditukar pada jarak tempuh 100,000 km (saranan Proton). Lebih baik dilakukan lebih awal.

  • Memerlukan sebanyak 6 liter. Satu tong minyak ATF adalah sebanyak 4 liter pada harga RM 180 - RM 200 mengikut tempat

  • Harga V-Belt + Tensioner original mencecah RM 850 ke paras RM 1,000

  • Kesemua harga yang disebutkan tidak termasuk upah

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 11

Jika berlaku sebarang kerosakan pada transmisi CVT, kos overhaul boleh mencecah sehingga RM 14,000. Untuk penukaran kotak gear secara keseluruhan pula, harganya mencecah sehingga RM 24,000. Kedua-duanya harga adalah yang disebut oleh Mitsubishi.

Jika anda mempunyai mekanik yang berpengalaman, kos tersebut boleh berkurang separuh mengikut budi bicara bengkel.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 12

Bagi varian manual, antara masalah yang selalu dikemukakan adalah masalah clutch pump bocor. Anggaran kos untuk membaiki masalah ini agak mahal dengan ada sebut harga yang melepasi paras RM 1,000.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 13

Penggunaan tayar juga sedikit lebih mahal jika anda memilih model yang lebih terkini kerana menggunakan rim 17 inci. Anggaran kos tayar adalah sebanyak RM 380 ke atas. Baca panduan mengenai tayar di sini.

Harga Proton Inspira terpakai

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 14

Proton Inspira generasi pertama tahun 2010 boleh didapati dalam lingkungan harga bermula RM 20,000 ke atas. Harga paling tinggi yang boleh ditemui adalah sehingga RM 45,000 untuk model sekitar tahun 2014 - 2015.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 15

Sebenarnya, agak sukar untuk menemui Proton Inspira terpakai kerana model ini agak kurang karenahnya berbanding model Proton lain. Walaupun terdapat beberapa pemilik yang kurang bernasib baik, agak jarang untuk menemui sebuah Proton Inspira pada harga terpakai yang setimpal.

Kesimpulan

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 16

Sumber: Proton Inspira Owners Club Northern Region

Walaupun dilancarkan 2 tahun lebih awal berbanding Proton Preve, Proton Inspira mampu mengekalkan harga jualan terpakai yang agak tinggi. Dalam banyak-banyak model Proton yang diulas, model ini sememangnya masih menjadi permintaan ramai.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 17

Sebagai sebuah sedan segmen C, rebadge dari jenama terkemuka dengan enjin bersesaran 1.8 liter dan 2.0 liter, kos penyelenggaraan dan penukaran alat ganti yang tinggi adalah dijangkakan.

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 18

Model yang disarankan, mengejutkan, adalah model Proton Inspira CVT. Jika anda mengharapkan Proton Inspira manual, rujuk masalah clutch pump yang kami kemukakan sebentar tadi. Tetapi kalau anda peminat 3 pedal tegar, apa salahnya?

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus? 19

Proton Inspira merupakan sebuah pembelian yang berbaloi tetapi anda digalakkan untuk memandu uji terlebih dahulu. Hal ini kerana masalah-masalah yang dihadapi adalah berkisarkan masalah kualiti binaan dan penggunaan kelengkapan dan pemasangan tempatan berbanding masalah teknikal dan mekanikal.

Jika anda berminat dengan model Proton yang lebih kecil, baca panduan Proton Preve terpakai kami di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda