window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak?

Haris · Nov 5, 2020 08:00 PM

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 01

Nissan Almera Turbo adalah antara sedan segmen B yang menyegarkan. Ia hadir dengan pembaharuan dari segi rekaan dan enjin turbo. Ia turut dikatakan mempunyai penjimatan minyak yang agak bagus kerana itulah tujuan enjin 1.0 liter turbo tersebut direka.

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga Nissan Almera Turbo bermula dari RM 79,906 hingga RM 91,310. Didatangkan dalam 3 varian, Nissan Almera Turbo mempunyai kelebihan tersendiri, khususnya fungsi Brek Kecemasan Automatik yang sangat-sangat penting. Fungsi ini tidak terdapat pada sedan mahupun SUV dalam segmen yang sama.

Oleh itu, berapakah harga untuk melamar Nissan Almera Turbo ini?

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 01

Model: Nissan Almera Turbo VL (spec asas)

Harga: RM 79,906

Kadar Faedah

Tempoh (Tahun)

Ansuran bulanan 

2.7%

9

RM 920

*Ansuran bulanan tanpa bayaran muka.

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 02

Mengikut panduan yang lebih realistik, bayaran bulanan kereta sepatutnya tidak melebihi daripada ¼ gaji. Hal ini bermakna, gaji bulanan minimum untuk memiliki Nissan Almera Turbo adalah sekitar RM 3,680.

Nissan Almera Turbo VL hanya dilengkapi dengan 2 beg udara, berbanding 6 beg udara pada varian atasnya, VLP dan VLT. Ia masih mencukupi tetapi jangkakan kelengkapan yang sangat asas seperti radio FM, 4 speaker dan sebagainya.

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 03

Model: Nissan Almera Turbo VLP (spec pertengahan)

Harga: RM 85,715

Kadar Faedah

Tempoh (Tahun)

Ansuran bulanan 

2.7%

9

RM 997

*Ansuran bulanan tanpa bayaran muka.

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 04

Mengikut panduan yang lebih realistik, bayaran bulanan kereta sepatutnya tidak melebihi daripada ¼ gaji. Hal ini bermakna, gaji bulanan minimum untuk memiliki Nissan Almera Turbo VLP adalah sekitar RM 3,988.

Nissan Almera Turbo VLP merupakan suatu peningkatan yang agak berbaloi. Varian ini penuh dengan ciri seperti 6 beg udara, stereng dan kerusi kulit dengan sistem infotainment 8 inci Apple Carplay. Tempat duduk pun jenis bucket, sistem infotainment dengan Apple Carplay sahaja sudah mencecah ribuan ringgit di kedai aksesori.

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 05

Model: Nissan Almera Turbo VLT (spec tinggi)

Harga: RM 91,310

Kadar Faedah

Tempoh (Tahun)

Ansuran bulanan

2.7%

9

RM  1,050

*Ansuran bulanan tanpa bayaran muka.

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 06

Mengikut panduan yang lebih realistik, bayaran bulanan kereta sepatutnya tidak melebihi daripada ¼ gaji. Hal ini bermakna, gaji bulanan minimum untuk memiliki Nissan Almera Turbo VLP adalah sekitar RM 4,200.

Untuk varian paling atas, hanya beberapa tambahan kelengkapan yang canggih diberikan. Antaranya adalah kamera 360 darjah, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Cruise Control. Secara kosmetik, hanya spoiler belakang berwarna hitam yang membezakannya.

Tempoh bayaran 5 tahun

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 07

Antara saranan tempoh bayaran yang selalu disyorkan adalah 5 tahun. Oleh hal yang demikian, berikut adalah jadual untuk pembayaran 5 tahun pula.

Varian

Harga

Kadar Faedah

Tempoh (Tahun)

Ansuran Bulanan

VL

RM 79,906

2.7%

5

RM 1,511

VLP

RM 85,715

2.7%

5

RM 1,621

VLT

RM 91,310

2.7%

5

RM 1,727

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 08

Jika anda memilih untuk membayar sekitar 5 tahun sahaja untuk Nissan Almera Turbo, julat gaji anda harus berada sekitar RM 6,044 hinggalah RM 6,908.

Harus diingatkan bahawa harga yang dibayar adalah berdasarkan komitmen bulanan yang besar. Dengan enjin bersesaran kecil, anda mungkin membayar road tax yang setaraf dengan Perodua Axia

Gaji RM 3k boleh lepas loan untuk Nissan Almera Turbo 2020 tak? 09

Walaubagaimanapun, berdasarkan maklum balas Adrian, Nissan Almera VLP dan VLT menggunakan tayar yang sedikit besar. Sebagai konteks, tayar yang digunakan pada sedan segmen B ini selalu digunakan pada sedan segmen C. Ikuti pandang pertama Adrian mengenai Nissan Almera Turbo di bawah.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda