window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya?

Zamil Syaheer · Nov 5, 2020 08:00 PM

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 01

Sebut saja nama Toyota Camry, mesti imej ‘uncle’ akan terpacar bak mentari di dalam minda anda. Setelah sekian lama membawa konotasi begitu, Toyota Camry generasi ke-8 (XV70) yang dilancarkan pada tahun 2019 ini merubah segalanya.

Ini mempunyai pengendalian yang lebih baik daripada Mazda 6 dan mempunyai stereng yang lebih komunikatif daripada beberapa BMW baru-baru ini. Biar betul ni Toyota Camry? Dengan itu, mari kita ketahui apa yang best dan tak best pasal Toyota Camry 2.5V ini.

Kebaikan Toyota Camry 2019

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 01

Dua amoi tu pun lawa...

1. Rupa ala Lexus

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Reka bentuk Toyota Camry ini memang nampak elegan dan premium berbanding mana-mana Camry terdahulu. Kalau dulu ramai ‘complaint’ reka bentuk Toyota ‘boring’ dan tiada apa yang menarik, sebab tu ramai beli Honda.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 01

Bukaan lebar di bamper depan bawah, lampu depan yang nipis, dan tiang C yang tebal memberikan aura mewah. Lampu belakang LED dan but belakang dengan ‘ducktail’ yang diintegrasikan tampak elegan. Ia membuatkan Camry kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 02

2. Pemanduan yang dinamik dan komunikatif

Seperti semua model Toyota platform TNGA, Camry tidak mengecewakan. Ia sangat syok untuk dipandu, sampai kami terlepas pandang bahawa ia dikuasakan oleh enjin siri 2AR yang sudah tua.

Sterengnya mempunyai berat secukup rasa dan bertindak balas secara semula jadi terhadap input. Masuk ke selekoh saja, anda dapat merasakan pengalihan berat (weight transfer) Camry ini yang sangat halus.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 03

3. Sistem audio JBL sedap sungguh

Dalam kelas dan segmen ini, kami berpendapat sistem audio JBL yang ada pada Camry ini jauh lebih baik daripada jenama Bose dalam Mazda 6 dan Audio 20 pada Mercedes-Benz C-Class. Bunyinya halus, merdu, dan seimbang. Bass pada audio JBL ini juga padu dan tidak keterlaluan. Pendek kata, ditala secukup rasa.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 04

4. Tahap keselesaan pemanduan yang baik

Keupayaan Camry untuk mencapai keseimbangan yang sangat baik antara kawalan badan dan talaan suspensi sangat mengagumkan. Ia menyerap segala liku dan lubang di jalan raya dengan begitu lembut tanpa mengganggu tahap kawalan Camry.

Senang cerita, ia terasa seperti anda sedang menaiki kapal layar Star Cruise. Sekali lagi, platform TNGA membuktikan yang ia bukan kejuteraan yang calang-calang.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 05

5. Tempat duduk yang selesa macam sofa

Tempat duduk belakang dan depan Camry direka seperti sebuah sofa empuk yang mahal. Tempat duduk depan memegang anda dengan selesa, dan kain kulit yang digunakan mempunyai anti-slip yang baik. Ini bermakna baik jauh atau dekat perjalanan anda, Camry tidak akan membuatkan anda rasa penat.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 06

6. Kabin yang senyap

Pada kelajuan 110 km/j, kabin Camry mencatatkan bacaan 67 dB sahaja, termasuklah bahkan di jalan yang lebih kasar di sepanjang lebuhraya MEX yang dikelilingi oleh lalu lintas yang sederhana.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 07

Penebat bunyi dalam Camry menebat bunyi tayar dan bahagian mekanikal dengan baik, walaupun angin kecil dapat didengar pada kelajuan lebuh raya. Ia setanding dengan ciri ‘Teutonik’ pada Volkswagen Passat.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 08

7. Kualiti binaan setanding harga

Bahan binaan dan kualiti setara dengan wang, dengan titik sentuhan berkualiti tinggi termasuklah penggunaan bahan lembut dan kemasan kulit.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 09

8. Kebolehpercayaan Toyota

Dah nama pun Toyota, betul tak? Toyota Camry ini menggunakan enjin 2.5 liter 4 silinder aspirasi natural 2AR-FE yang sama seperti generasi sebelumnya. Ia menghasilkan kuasa maksima 184 PS @ 6,000 rpm dan tork puncak 235 Nm @ 4,100 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Walaupun ia enjin yang tua, ini bermakna enjin ini telah diuji ketahanannya. Maka anda tidak perlu risau dalam jangka masa yang panjang tentang sebarang masalah besar yang bakal dihadapi.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 10

9. Ciri keselamatan yang mantap

Toyota Camry datang dengan 7 beg udara, ABS dengan EBD, TRC, ESC, dan ISOFIX sebagai standard. Ia juga datang dengan Toyota Safety Sense (TSS) ADAS yang merangkumi:

  • Pre-collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) with Steering Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Blind Spot Monitor (BSM) with Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)

Keburukan Toyota Camry

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 11

1. Tren kuasa yang tua

Memang enjin 2AR-FE ini tahan lasak dan terbukti ketahanannya, tapi enjin ni tua. Ia masih lagi menggunakan port-injection dan bukannya direct-injection ataupun bercas turbo yang jauh lebih efisyen seperti kebanyakkan kereta baru.

Mungkinkah kemas kini Camry bakal tiba dengan enjin 2.5 liter ‘Dynamic Force’ (sama seperti Toyota RAV4 yang dijual di Malaysia) yang menghasilkan 209 PS dan 250 Nm? Jika benar, memang lagi padulah Camry ini.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 12

2. Minyak taklah jimat sangat

Setelah melakukan perjalanan sejauh 116.5 km meliputi 50% lebuh raya dan 50% pemanduan di bandar, jumlah minyak yang diperlukan untuk mengisi tangki adalah 12.2 liter.

Setelah mengira, angka yang diberi adalah 10.5 liter/100 km. Sebagai perbandingan, Honda Accord mengembalikan 8.8 liter/100 km sementara Volkswagen Passat paling jimat dengan hanya menggunakan 6.5 liter/100 km!

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 13

3. Taklah luas sangat

Terutama sekali di ruang kaki tempat duduk belakang. Bukan nak kata ianya sempit, tapi anda lihat sajalah gambar di atas berbanding Honda Accord. Bonggol di bahagian tengah juga agak tinggi.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 14

Ruang but Accord - 570 liter (atas)
Ruang but Camry - 493 liter (bawah)

4. Tidak begitu praktikal

Bab ini memang tak boleh lawan juara praktikaliti iaitu Honda. Walaupun ruang di sisi pintu agak kecil, tapi ruang di tempat rehat lengan dan kotak sarung tangan agak besar. Ruang but pun hanya 493 liter, kecil berbanding Accord dengan 570 liter, dan Passat dengan 586 liter.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 15

5. Tiada Apple CarPlay dan Android Auto

Sistem audio JBL dah gempak, tapi sayangnya tiada fungsi Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk kenderaan gah macam ni, kelengkapan sebegini patut didatangkan sebagai standard.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 16

6. Hanya satu saja fungsi Smart Entry

Untuk menggunakan kaedah tanpa kunci untuk mengunci / membuka kunci pintu Camry, anda hanya boleh melakukannya di sebelah pemandu sahaja. Untuk semua pintu lain, anda harus menguncinya/membuka kunci dengan cara kuno iaitu dengan menggali poket anda dan untuk mengeluarkan kunci.

Bagi kami, ini tidak boleh diterima, bukan pada kereta bernilai RM 188,763 (tanpa SST).

Konklusi

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 17

Toyota Camry 2.5V 2019 menawarkan keselesaan perjalanan yang terbaik di kelasnya, dinamik pemanduan yang mengagumkan, dan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang baik.

Tetapi ia kurang dari segi ruang dan praktikaliti jika dibandingkan dengan pesaingnya, apatah lagi ia tidak begitu menjimatkan minyak.

Kebaikan dan Keburukan: Toyota Camry 2.5V 2019, sedan paling selesa dan dinamik dalam kelasnya? 18

Sekiranya anda mencari sedan segmen D yang memberikan keseimbangan yang mengagumkan antara kawalan badan dan keselesaan perjalanan, tak banyak yang mampu tandingi Toyota Camry.

Anda boleh baca perbandingan diantara Mercedes-Benz C-Class dan BMW 3 Series disini, atau perbandingan di antara Accord di laman ini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda