window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi?

Haris · Nov 9, 2020 08:00 PM

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 01

Proton Suprima S

Proton Suprima S yang hadir bersama-sama Proton Preve sebagai sebuah model global. Namun yang demikian, prestasi kereta Proton sebelum itu ternyata mengaburi nilai yang mampu ditawarkan oleh Proton Suprima S justeru menjejaskan penjualan hatchback segmen C ini.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbeza dengan Proton Preve yang mahu memecahkan dominasi (dan sentimen) sedan segmen C buatan Jepun, Proton Suprima S pula dilihat mahu menyaingi pasaran hatchback conti, antaranya Ford Focus dan Volkswagen Golf

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 01

Dilengkapi enjin 1.6 liter CamPro Turbo dengan padanan transmisi Punch CVT sahaja, ia gandingan spesifikasi yang membantutkan sambutan terhadap Proton Suprima S. Hadir setahun selepas pelancaran Proton Preve dengan jumlah unit terjual yang sedikit, adakah Proton Suprima S sebuah kaca atau permata?

Generasi Proton Suprima S

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 02

Proton Suprima S mempunyai varian dan jangka hayat yang agak mudah difahami. Ia tidak menerima sebarang facelift sepanjang hayatnya, menunjukkan betapa kurangnya perhatian terhadap model ini.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 03

Lebih menarik lagi, dalam usaha untuk menjadikan Proton Suprima S benar-benar mampu milik bukan sahaja di Malaysia malah pasaran global, kehadiran varian Standard agak mengecewakan. Proton Suprima S Standard hanya memiliki 2 beg udara hadapan, ISOFIX dan ABS dengan EBD. Apa yang tiada pada varian ini lebih mengejutkan.

  • Tiada ESC
  • Tiada traction control
  • Tiada brake assist 
  • Tiada hill hold assist
  • Tiada beg udara sisi

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 04

Perbezaan ketara dengan varian di atasnya dengan 6 beg udara dan kesemua ciri-ciri yang dinyatakan tadi. Walaubagaimanapun, tinjauan kereta terpakai mendapati bahawa varian Standard jarang ditemui, hampir tiada jadi pastinya rakyat Malaysia lebih celik keselamatan dari apa yang dijangkakan oleh eksekutif-eksekutif gagal di tampuk pengurusan.

Masalah dan ragam Proton Suprima S

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 05

Kami merujuk mekanik dan pengguna sebenar Proton Suprima S. Antaranya adalah Encik Mohammad Firdaus (nama panggilan Mard) adalah pemilik bengkel MAP Garage, pakar enjin CamPro dan CFE. Menurut beliau, masalah yang kadang kala dialami pada Proton Suprima S adalah perumah lampu hadapan yang tebal dan kabur, menjadikan pancaran cahaya pada waktu malam kurang tembus dan terang. 

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 06

Kualiti binaan dalaman juga antara masalah pada Proton Suprima S ini dengan beberapa tempat seperti tombol gear patah dan papan pemuka (dashboard) yang nipis jadi hati-hati apabila melakukan sebarang tugas-tugas yang melibatkan panel tersebut dibuka. 

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 07

Meter digital pada kluster meter juga boleh gagal pada suatu tahap tetapi ini mudah untuk dibetulkan. Kotak fius (fusebox) juga antara kelengkapan yang boleh gagal di samping masalah BCM (Body Control Module). BCM mengawal pergerakan automatik seperti pengelap cermin (wiper), lipat cermin sisi dan lampu hadapan automatik.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 08

Bagi masalah wear and tear dan perlu selalu diperikasa pula, ia lebih mirip kepada Proton Preve. Antaranya adalah masalah OCH (Oil Cooler Hose) yang keras dan boleh mengakibatkan kerosakan enjin jika masih dipandu dalam keadaan tersebut.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 09

Gambar dari MHN Auto

Selain itu, terdapat juga masalah Turbo (merujuk kepada Turbocharger) yang kerap rosak dan kotak gear CVT yang membelenggu kebanyakan model Proton yang menggunakan transmisi ini. Masalah lain adalah masalah air cepat kering/hilang akibat getah yang haus pada sistem water cooling dan oil pump ring gasket yang haus.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 10

Panduan harga alat ganti kepada masalah yang disebutkan (bergantung pada bengkel dan penjual) adalah:

  1. Headlamp: RM 750 - RM 1,000 Sebiji
  2. Panel Dashboard: RM 700 - RM 800
  3. Gear Knob: RM 50 - RM 70
  4. Fusebox: RM 300 - RM 450
  5. Fan Harness: RM 100 - RM 200
  6. BCM: RM 550 - RM 700
  7. OCH: RM150 - RM 200
  8. Turbocharger: RM 1800 - RM 2,200
  9. Pipe inlet turbo: RM 120 - RM 150
  10. Pipe return turbo: RM 180 - RM 200
  11. Diverter Valve: RM 550 - RM 700
  12. Kotak gear CVT: RM 2,000 - RM 3,000 untuk baik pulih, RM 4,000 - RM 5,000 untuk baru

Tips membeli dan membela Proton Suprima S

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 11

Antara tips yang dikongsikan oleh pemilik Proton Suprima, Henry Koay, periksa masalah kotak gear dengan meletakkan tombol pada gear D dan biarkan ia bergerak tanpa menekan minyak. Jika kereta berjalan dengan lancar, berkemungkinan besar kotak gear tersebut tidak bermasalah dan sebaliknya akan berlaku jika ia bermasalah.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 12

Selain itu, anda juga perlu kerap memeriksa sistem water cooling. Jaga servis dengan baik seperti yg disarankan dan jangan terlajak servis.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 13

Untuk menjaga turbocharger, penggunaan minyak semi sintetik hanya mencecah 5 ke 6 bulan manakala minyak sintetik penuh (full synthetic) pula boleh menjangkau sehingga ke 8 bulan.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 14

Oil Cooler Hose (OCH) perlu ditukar setiap 35k - 40k jarak perbatuan atau jika mampu, 6 - 12 bulan sekali.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 15

Untuk menjaga kotak gear CVT, pandu secara berhemah dan jangan tergesa-gesa. Letak gear ke posisi D/R dan biar gear terasa sentak (engage) dahulu atau baru lah kita bergerak atau menekan pedal minyak.

Adakah anda patut mempertimbangkan Proton Suprima S?

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 16

Mungkin ada yang terkejut dengan senarai ‘masalah’ yang dihadapi oleh Proton Suprima S tetapi harus diingatkan bahawa ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Bukan semua kereta sempurna dan kereta yang anda idamkan itu tidak semestinya mempunyai masalah seperti yang disebutkan. Cuma, sediakan payung sebelum hujan.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 17

Proton Suprima S menawarkan pengendalian pemanduan yang mantap dan rekaan yang menarik mata yang tahu menghargai aspek reka bentuk kereta. Pada harga terpakai sekitar RM 30k, anda boleh memiliki sebuah kereta tempatan rekaan Itali dengan talaan Proton Ride and Handling. Nak buat kereta santai hujung minggu? Lagi bagus.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 18

Proton Suprima S dengan nombor plat W1N

Ia mungkin kurang dihargai di sini tetapi ia tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Proton Suprima S memberi keseimbangan antara prestasi dengan praktikaliti keluarga dan kini, ia boleh didapati pada harga terpakai. Hanya pastikan, anda juga mampu membayar kos-kos penyelenggaraan yang dinyatakan.

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi? 19

Pakar dalam penyelenggaraan enjin CamPro dan CFE, MAP Garage boleh ditemui melalui laman Facebook Marmad Auto Performance dan bertempat di Sungai Buloh. Hubungi Encik Mard di talian +6016-514 9074.

Terima kasih juga kepada kumpulan pemilik Suprima S, SUPRIMOC. Ikuti kumpulan pemilik ini untuk sebarang soalan atau sokongan.

Proton Suprima S gallery

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Suprima S Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda