window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin Proton X50 1.5L Turbo menang anugerah - tetapan 3 silinder berteknologi tinggi

Mersita · Nov 11, 2020 07:00 PM

2020 Proton X50 1.5 Engine Award

Dahulu, orang ramai sering kaitkan “Made in China” dengan pelbagai persepsi seperti kualiti rendah, tak tahan lama, produk celup dan macam-macam lagi. Tapi, persepsi ini terhapus dengan kemajuan negara Tanah Besar itu sebagai sebuah hab teknologi yang besar di peringkat global.

Huawei, Alibaba (bagi yang tak tahu, mereka ialah syarikat teknologi), dan juga Geely kini sudah menjadi nama yang biasa kita dengar dan dikenali di seluruh pelusuk dunia. Walaupun Geely baru sahaja menempa nama di Malaysia pada tahun 2017 dengan pengambil-alihan 49.9% pegangan di Proton, nama itu cukup mengagumkan ramai orang dengan model-modelnya yang hebat dan mengancam.

Enjin Proton X50 1.5L Turbo menang anugerah - tetapan 3 silinder berteknologi tinggi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak itu, gabungan Geely-Proton bergerak pantas dalam sektor automotif di negara kita dengan kelengkapan teknologi hebat seperti sambungan internet 4G, arahan suara pintar, Advanced Driving Assistance System (ADAS) dengan kelengkapan pemanduan separa-autonomi, dan juga sistem penyucian udara kabin yang kini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Proton X50 menjadi model pengenalan untuk enjin 1.5 liter berpengecas turbo dengan 3 silinder yang baharu. Enjin ini merupakan yang pertama sekali dalam jenisnya yang boleh menjana kuasa tinggi dari sistem 3 silinder (sehingga 177 PS dan 255 Nm) dalam pasaran Malaysia.

2020 Proton X50 1.5TGDi Engine Award

Ada saja yang tak yakin dengan tetapan 3 silinder. Tapi, inilah dia kombinasi tren kuasa (1.5TD + 7DCT) yang dinobatkan dengan Automotive Industry Science and Technology Award.

Anugerah ini untuk apa?

China Automotive Industry Science and Technology Award ialah satu majlis anugerah yang diasaskan oleh Society of Automotive Engineers China pada 1999 – diiktiraf dan dipersetujui oleh kerajaan China.

2020 China Automotive Industry Science and Technology Award Geely

Anugerah ini meraikan individu dan organisasi penting yang telah memberi sumbangan besar dalam kemajuan teknologi dalam sektor automotif di China – lebih kurang seperti Nobel Prize untuk industri automotif di sana.

Tahun ini, sebanyak 170 inovasi yang bertanding untuk anugerah berprestij ini dan tren kuasa 1.5TD + 7DCT Geely berjaya merangkul anugerah tertinggi atau Highest Honours.

2020 China Automotive Industry Science and Technology Award Geely

Kenapa ia dianugerahkan kepada enjin 1.5TD + 7DCT ini?

Tren kuasa 1.5TD + 7DCT ini yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo diiktiraf sebagai satu solusi hebat untuk tiga cabaran utama dalam pembangunan tren kuasa dalam industri itu – sebuah tren kuasa yang mempunyai seni bina kompak tapi modular, berprestasi tinggi dengan kecekapan bahan api yang tinggi, serta prestasi tinggi dengan kebolehtahanan yang hebat.

Sebagai ICE (internal combustion engine) yang asli, enjin 1.5TD boleh menjana sehingga 179 PS dan 265 Nm tork apabila dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7 kelajuan.

Geely 1.5TD Engine Roadmap

Kombinasi tren kuasa ini boleh diadaptasikan kepada 5 konfigurasi berbeza – petrol, MHEV (hibrid sederhana), HEV (hibrid), PHEV (hibrid ‘plug-in’), serta REEV (pelebar julat/’range extender’).

Buat masa ini, Geely menawarkan 6 variasi untuk 1.5TD. 2 antara 6 varian ini, iaitu 1.5T MPI (150 PS/226 Nm) dan 1.5 TGDi (177 PS/255 Nm), boleh didapati di dalam Proton X50. Kami telah huraikan perbezaan antara kedua-dua enjin X50 ini di sini.

2020 Proton X50 1.5 Turbo Engine Power Torque Curve

Prestasi hebat dari enjin 3 silinder 1.5 liter

Bagaimana pula dengan 7 DCT?

Enjin 1.5TD dipadankan secara eksklusif dengan transmisi dwi-klac 7 kelajuan (7 DCT) untuk kecekapannya dan ciri keseronokan pemanduannya.

7 DCT ialah transmisi jenis klac basah dan ia digunapakai di dalam Proton X50 dan Proton X70 CKD, walaupun ada sedikit perbezaan antara dua model ini.

2020 Proton X50 7-speed DCT gearbox

Geely mengatakan yang 7 DCT ini mempunyai kecekapan transmisi 97.2% yang mendahului industri itu dan ia boleh melaksanakan peralihan gear dalam masa 0.2 saat. Jenis 7 DCT ini juga dibangunkan khas supaya mampu bertahan dengan tork tinggi sehingga 450 Nm. Enjin 1.5TD paling berkuasa oleh Geely mampu menjana 425 Nm dan ia boleh didapati dalam model PHEVnya bernama Borui.

“Tapi, enjin 3 silinder tak best!” Tapi, yang ini lain...

Apabila Geely dan Volvo memilih platform 3 silinder ini, mereka sedar enjin yang mempunyai jumlah silinder dalam nombor ganjil pastinya akan jadi tak seimbang dan akan menghasilkan gegaran yang kurang menyenangkan.

2020 Geely 1.5TD Engine

Namun, unit 3 silinder membolehkan mereka untuk menghasilkan pakej yang kompak dan ringan. Ini membolehkan jurutera mereka menjimatkan ruang yang boleh digunakan untuk elektrifikasi dan yang paling penting, membolehkan tren kuasa ini untuk dimuatkan di dalam banyak lagi jenis kereta yang datang dari saiz dan segmen berbeza-beza.

2020 Geely 1.5TD Engine in Car

1.5T dalam Sedan, MPV, dan SUV

Bagi menghilangkan gegaran enjin, Geely telah menyediakan lebih daripada 120 kaedah optimisasi dan mereka 12 komponen-komponen spesifik untuk mengurangkan NVH ('noise, vibration, harshness'). Komponen-komponen ini antaranya ialah aci pengimbang tunggal, pam bahan api bertekanan tinggi yang senyap, ‘flywheel’ jisim-berganda dengan ‘damper’ penyerap hentakan ‘centrifugal pendulum’, rekaan VVT ‘non-circular’ dan macam-macam lagi – semuanya untuk mengurangkan gegaran enjin.

2020 Proton X50 1.5 Turbo Engine NVH

Apabila ditanda-aras dengan enjin turbo 1.5 liter 4 silinder dari Jepun, ketika enjin dihidupkan dan dimatikan, Geely Binyue (Proton X50) mempunyai gegaran tempat duduk yang lebih rendah – sehingga 48% dan 45% masing-masing.

Menurut pengalaman kami dengan Proton X50 dalam beberapa pandu-uji, kami dapati tiada gegaran dapat dirasai di dalam kabin. Teknologi enjin pastinya sudah maju dengan pesat sehinggakan enjin 3 silinder generasi baru kini telah diperhalusi dengan cukup baik sekali seperti unit enjin 4 silinder.

2020 Proton X50 1.5TGDi Engine Bay

Ruang enjin yang tertutup rapi

Bagaimana pula dengan kebolehtahanannya?

Volvo dan Geely mereka unit 1.5TD ini untuk bertahan selama sekitar 15 tahun atau dengan jarak tempuh 350,000 km – kedua-duanya jauh lebih tinggi berbanding standard industri iaitu 10 tahun atau 200,000 km.

Unit 1.5TD untuk pasaran Malaysia, khasnya, telah diuji dengan jarak tempuh lebih 1.9 juta kilometer.

2020 Proton X50 1.5 Turbo Engine R&D Testing

Setakat ini, kombinasi 1.5TD + 7DCT boleh ditemui dalam lebih 1.6 juta buah kereta yang terjual di lebih 21 negara termasuklah Sweden, UK, Rusia, Malaysia, dan Filipina. Ia juga digunapakai di dalam Volvo XC40 dan semua model Lynk & Co.

Penghasilan 1.5TD + 7DCT ini menjadi kenyataan melalui pelaburan Geely sebanyak CNY 100 bilion (RM 62 bilion) untuk mencipta sebuah platform tren kuasa yang berkuasa tinggi yang juga sangat cekap dan modular.

2020 Proton X50 Volvo XC40 Lynk & Co 06

Anugerah China Automotive Industry Science and Technology Award ini menjadi satu simbol pengesahan dari pakar-pakar industri yang berpendapat tren kuasa ini adalah satu pencapaian amat besar dan teknologi dan inovasi industri. Membanding-bandingkan tren kuasa 3 silinder yang satu ini dengan enjin-enjin 3 silinder lain adalah satu usaha sia-sia dan tak relevan dengan usaha jurutera-jurutera berbakat yang sudah bertungkus-lumus dalam pembangunannya.

Tapi, jika kita nak katakan yang Proton X50 ialah ‘Volvo dengan lencana Proton’, ia jadi satu tanggapan yang kurang tepat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda