8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB)

Mersita · Feb 27, 2021 06:00 PM

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 01

Bila nak beli kereta baru, ada pembeli yang dah siap pasang angan-angan nak kelengkapan dan kemudahan tertentu. Antara kelengkapan yang popular masa kini ialah ADAS (Advanced Driver’s Assistance System). Lain jenama kadangkala mempunyai nama tersendiri untuk sistem ini – contohnya Perodua dengan A.S.A. 2.0, Honda dengan Honda Sensing, dan Toyota dengan Toyota Safety Sense.

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 02

Autonomous Emergency Braking (AEB) atau Brek Kecemasan Berautonomi ialah satu sistem yang berkebolehan untuk mengaktivasikan sepenuhnya brek kenderaan berkenaan sebelum perlanggaran berlaku. Jika anda masih menekan pedal pacuan dan tidak sempat beralih ke pedal brek untuk memberhentikan kereta, sistem ini akan bertindak lebih pantas untuk memberhentikan kereta anda sebelum perlanggaran berlaku.

Secara amnya, AEB berfungsi untuk memberhentikan kereta secara automatik bagi mengelakkan perlanggaran hadapan ataupun mengurangkan impak dari perlanggaran – bergantung pada kelajuan kenderaan terlibat.

Fungsi ini bergantung kepada alat pengesan yang dipasang pada kereta – samada kamera, laser, dan/atau pengesan magnetik. Beberapa jenis AEB mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dalam cuaca hujan, namun ia sangat berguna bagi membantu anda memandu dengan lebih selamat secara amnya.

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 03

A.S.A 2.0 Perodua Axia

Berita baiknya adalah teknologi canggih ini semakin mudah didapati di dalam kereta bawah RM 90,000! Kereta jenama nasional, Perodua, mendominasi senarai ini namun ada juga model-model lain dari Toyota dan Nissan yang menawarkan AEB dalam pakej mampu-milik.

Semua harga dinyatakan di bawah dikecualikan SST, sah sehingga 30 Jun 2021 untuk Semenanjung Malaysia.

1. Perodua Axia 1.0 AV (RM 41,427)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 04

Jangan main-main, kereta ‘entry-level’ semurah Axia pun ada AEB! Inilah satu-satunya varian Axia yang dilengkapi dengan Advanced Safety Assist (A.S.A) 2.0, di samping fungsi keselamatan lain seperti ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TRC).

A.S.A 2.0 di dalam model-model Perodua menggunakan kamera stereo sebagai alat utama untuk fungsi-fungsi keselamatan seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking (PCB/AEB), Front Departure Alert, serta Pedal Misoperation Control. PCB dalam A.S.A 2.0 juga mampu mengesan pejalan kaki apabila kereta dipandu dalam kelajuan 4 – 50 km/jam.

2. Perodua Myvi 2020 AV, H, dan X (RM 46,959 - 52,697)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 05

Salah satu peningkatan besar yang diperoleh Myvi generasi terbaru ialah kelengkapan A.S.A 2.0 dalam pelbagai varian serendah hampir RM 47k. Satu pakej mampu-milik yang hebat dengan kelengkapan yang memuaskan.

3. Perodua Bezza 1.3 AV (RM 48,356)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 06

Model Perodua yang amat digemari dikalangan pemandu e-hailing kerana kecekapan minyak dan ruang butnya yang luas. Sama seperti Axia, A.S.A 2.0 bagi Bezza hanya boleh didapati di dalam varian tertinggi sahaja.

4. Perodua Aruz 1.5 AV (RM 73,226)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 07

SUV pertama Perodua ini boleh didapati dalam 2 varian sahaja dan hanya varian teratas yang dilengkapi dengan AEB. Fungsi ini juga boleh didapati di dalam kereta asasnya iaitu Toyota Rush. Perodua Aruz bakal disaingi dengan 'adiknya' nanti iaitu D55L yang akan dilancarkan tak lama lagi.

5. Perodua D55L

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 08

Lakaran oleh Arif Chan

SUV terbaru dari Perodua ini dijangka akan hadir dengan A.S.A 3.0 yang menampilkan ciri-ciri Level 2 Autonomous Driving. Spesifikasi awal yang dikeluarkan menunjukkan yang syarikat itu akan memperkenalkan beberapa perincian terbaru dalam barisan model Perodua, antaranya lampu hadapan LED adaptif. Nantikan pelancarannya pada 3 Mac nanti!

6. Nissan Almera 2020 – semua varian VL, VLP, VLT (bermula dari RM 79,906 - 91,310)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 09

Nissan Almera serba baharu dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Intelligent Forward Emergency Braking (IFEB) – secara amnya fungsi AEB. Yang menariknya, fungsi ini didatangkan standard bagi semua varian! Inilah kereta dari jenama bukan nasional paling murah yang dilengkapi dengan AEB.

7. Toyota Yaris 1.5E dan 1.5G (RM 80,380 dan RM 84,808)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 10

Toyota Yaris varian G dan E adalah antara kereta dari jenama bukan nasional paling murah yang dilengkapi dengan AEB. Kelengkapan keselamatannya lebih sedikit berbanding Almera, antaranya tambahan 'dashcam'/DVR bina-dalam serta 7 beg udara (berbanding 6 di dalam Almera). 

Toyota menggelar fungsi ini sebagai Sistem Pra-Perlanggaran atau Pre-Collision System (PCS) - sebahagian daripada suite Toyota Safety Sense (ADAS Toyota).

8. Toyota Vios 2020 1.5G dan 1.5E (RM 82,593 dan RM 87,584)

8 kereta bawah RM 90,000 dengan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) 11

Sama seperti Toyota Yaris, Vios dilengkapi dengan PCS dan boleh didapati di dalam dua varian tertinggi. Vios menawarkan kelengkapan keselamatan yang paling banyak dalam kelasnya – lebih banyak berbanding Honda City walaupun harganya lebih kurang sama.

Rumusan

Perlu diingatkan yang sistem ADAS hanyalah untuk membantu pemandu dan tanggungjawab bagi pemanduan yang selamat sepanjang masa terletak sepenuhnya di bahu pemandu kenderaan itu sendiri. AEB, misalnya, hanyalah untuk membantu anda dikala perkara tidak diingini berlaku namun pemandu haruslah mengambil-alih kawalan kereta sejurus selepas dibantu atau diberi amaran oleh fungsi-fungsi ADAS.

Komen

tradeInTool.upto20

2018 Perodua Axia Standard E 1.0 MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru