window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan!

Faisal · Aug 26, 2020 10:10 AM

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 01

Iklan Honda City 2020 oleh Honda Malaysia setakat ini sangat rancak diperkatakan sehingga menimbulkan keterujaan kerana elemen acah yang dipertonton oleh syarikat itu amat berani.

Betul-betul main api Honda kali ni. Jika anda sudah jatuh cinta dengan City baru ni, kami akan menjelaskan beberapa fakta yang anda harus tahu mengenai pahlawan segmen B ini.

1. Kenapa City baru menjadi sebutan? Enjin baru ke?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara gosip yang hangat diperkatakan ialah tren kuasa yang mempunyai tork yang tinggi.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 01

Ia dijana oleh motor elektrik yang menghasilkan 109 PS/253 Nm tork dan enjin yang menghasilkan 98 PS/127 Nm tork. Jumlah ini tidak boleh ditambah terus kerana motor dan enjin berputar pada kelajuan yang berbeza. Oleh itu, kita harus menunggu sewaktu pelancaran untuk mengetahui gabungan kuasa secara keseluruhan.

Penggabungan motor elektrik dan enjin petrol adalah bijak kerana ia tidak memerlukan kotak gear! Anda boleh mengetahui bacaan kami yang lebih mendalam tentang teknologi ini.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 02

Unit i-MMD pada Honda Fit e:HEV di Jepun

Namun begitu, teknologi ini hanya didatangkan pada varian RS. Trim V dan kebawah akan menerima enjin baru 1.5 liter aspirasi natural, DOHC yang mula digunakan pada Honda City di India.

Enjin ini menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork (berdasarkan spesifikasi di India).

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 03

Ia akan dipadankan dengan CVT 7 kelajuan kerana transmisi manual sudah tidak relevan untuk pasaran kita.

2. Enjiin turbo apa cerita? Kenapa tidak masuk Malaysia?

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 04

Honda City Turbo RS spesifikasi Thailand

Untuk pengetahuan anda, enjin tersebut direka khusus untuk menembusi pasaran Thailand yang memberi perlepasan cukai untuk kenderaan yang mematuhi piawaian EcoCar. Negara Malaysia tidak mempunyai sebarang insentif terhadap enjin kecil yang cekap dalam penggunaan bahan api seperti ini. Oleh itu, enjin 1.5 liter i-MMD lebih sesuai untuk pasaran kita.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 05

Sebagai rujukan, enjin i-MMD digunakan pada Honda Jazz di Jepun. Ia mencatatkan angka penggunaan bahan api sebanyak 3.47 liter/100 km.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 06

Untuk enjin biasa pula, Honda mencatatkan angka penggunaan bahan api sebanyak 5.4 liter/100 km. Ini satu peningkatan yang baik berbanding enjin SOHC yang lama dimana ia mencatatkan penggunaan sebanyak 5.7 liter untuk jarak yang sama.

3. Mutu keselesaan dan pengendalian pula bagaimana?

Pengulas daripada India dan Thailand mengatakan bahawa City baharu memberikan penambahbaikan yang ketara berbanding model terdahulu.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 07

Sebagai permulaan, ulasan media di India mengatakan bahawa transmisi CVT pada City baharu adalah antara yang terbaik yang pernah mereka uji. Ulasan Autofun juga mengatakan bahawa tranmisi CVT kali ini terasa sangat halus dan berkualiti.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 08

Dari segi pengendalian, kedua-dua pengulas berkongsi pendapat bahawa City terasa agak membuai apabila mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh talaan suspensi yang mementingkan keselesaan dimana ia telah diubahsuai untuk menjadi lebih empuk.

4. Bagaimana pula dengan bahagian kabin?

Pada mulanya ramai pengulas mengatakan bahawa ia dibina berdasarkan pembelajaran dan kelebihan daripada model terdahulu. Walau bagaimanapun, Autofun berpendapat bahawa ia nampak dan terasa agak murah terutama di bahagian papan pemuka.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 09

Dengan beberapa tambahan pada bahan pengedap bunyi, kadar NVH sepatutnya lebih bagus daripada model sebelumnya.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 10

Bahagian tengah pada papan pemuka pula didatangkan dengan skrin sesentuh 8 inci yang terletak dekat dengan penumpang hadapan. Ia menguruskan sistem infotainment yang dilengkapi dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto (berdasarkan spesifikasi Thailand dan India).

Pada masa yang sama, bahagian kluster instrumen dilengkapi dengan 2 meter analog yang mempunyai paparan informasi digital di antaranya.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 11

Berdasarkan ulasan Autofun, kerusi terasa lembut dan empuk. Namun demikian, sokongan untuk mengambil selekoh hanyalah biasa kerana ia bukan sebuah kerusi sport.

5. Bagaimana dengan rupa paras?

Berdasarkan acah oleh Honda Malaysia, kita boleh mengetahui bahawa terdapat varian yang dilengkapi lampu jenis LED pada bahagian lampu hadapan dan belakang.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 12

Varian RS dibezakan dengan varian V oleh trim sentuhan hitam, gril yang bercorak lain, dan rim 16-inci yang unik. Lampu hadapan juga kelihatan berbeza dimana lampu projektor halogen pada varian V diganti oleh unit LED.

Reka bentuk yang bakal kita perolehi sepatutnya mirip kedua-dua ini.

6. Apakah ciri keselamatan yang akan didatangkan?

Honda Malaysia telah mengesahkan bahawa varian RS akan didatangkan dengan ciri LaneWatch.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 13

Honda City varian RS di Thailand juga didatangkan dengan 6 beg udara dan 4 beg udara untuk varian V.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 14

Selain itu, kesemua varian di Thailand dilengkapi dengan sistem ABS, EBD, ESC dan HSA. Varian RS pula menerima ciri tambahan seperti sistem kamera 360 darjah.

7. Bilakah ia akan mula dijual?

Honda akan mempertontonkan City baharu mulai 29 Ogos di beberapa lokasi berikut:

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 15

Namun ia hanya akan mula dijual pada suku keempat tahun ini. Mungkin dalam bulan Oktober.

8. Adakah harga sudah diumumkan?

Honda City sekarang dengan pengecualian cukai jualan SST berharga daripada RM 75,295.36 (S) hingga RM 87,709.73 (V). Dengan beberapa ciri dan fungsi tambahan, mungkin terdapat sedikit penambahan pada harga model baharu ini.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 16

Honda Malaysia belum mengeluarkan sebarang harga tetapi anda akan diberitahu sejurus kami mendapat harga yang sah daripada mereka.

9. Siapakah pesaing yang terdekat?

Antaranya ialah Nissan Almera baharu dan Toyota Vios yang baru sahaja dikemaskini.

9 fakta penting yang anda harus tahu sebelum Honda City 2020 serba baharu dilancarkan! 17

Kenderaan segmen B di Malaysia bakal diselubungi oleh barisan pemain hebat apabila mereka tiba di pasaran pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Tambahan:

Sementara itu, anda boleh ikuti bacaan rebiu Honda City Turbo RS di Thailand yang lebih terperinci dan ikuti penggambaran oleh Adrian pada Honda City yang baharu ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda