window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi!

Faisal · Jun 7, 2021 02:00 PM

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 01

Selain lampu kereta jenis 'pop-up', lampu kembar juga adalah antara ciptaan yang unik. Dengan beransurnya teknologi yang lebih canggih seperti LED, sentuhan yang hangat pada era 90-an ini semakin pupus.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 02

 Proton Waja pun gunakan lampu kembar.

Asalnya, lampu kembar dihasilkan untuk menempatkan lampu tinggi. Tetapi dengan teknologi yang semakin canggih, lampu biasa dan lampu tinggi dapat digabungkan kepada satu unit. Begitu juga dengan teknologi lampu adaptif yang mana ia kini digantikan dengan LED.

Juga bacaLampu Halogen vs. LED: Mana satu lebih bagus?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 01

Menariknya, lampu kembar menampilkan unsur estetik yang menawan untuk dilihat. Tanpa melengahkan masa, inilah 9 ikon lampu kembar yang paling diingati sepanjang zaman.

1. Alfa Romeo Alfetta

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 02

Walaupun namanya tidak sepelik Ferrari LaFerrari, Alfa Romeo Alfetta sebenarnya membawa maksud “bayi Alfa”.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 03

Dari jauh, Alfetta yang ditawarkan dengan badan sedan 4 pintu dan fastback 2 pintu dapat dicam melalui gril segi tiga yang berada di antara sepasang lampu kembar.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 04

Disebabkan terlalu menawan, Alfa Romeo Alfetta diambil sebagai kereta James Bond untuk filem Octopussy. Oleh kerana digilai ramai, sentuhan lampu kembar dibawa semula pada Alfa Romeo GTV yang dikeluarkan pada tahun 1990.

2. BMW tahun 80-an

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 05

Kalau anda perasan, BMW mempunyai elemen reka bentuk yang tersendiri. Antaranya seperti gril kidney (buah pinggang) dan lekuk Hofmeister di tiang C. Tetapi ciri BMW yang paling ikonik sebenarnya ialah lampu kembarnya.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 06

Reka bentuk tahun 80-an.

Untuk maklumat anda, tahun 80-an merupakan kemuncak reka bentuk lampu kembar BMW. Kesemua model BMW ketika itu yang hanya terdiri dari 3 Series, 5 Series, 6 Series, dan 7 Series menggunakan lampu kembar.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 07

Yang mana satukah 3, 5, 6 & 7 Series?

Malah, 3 Series generasi E30 yang sering menjadi sebutan juga berada dalam era yang sama.

3. Buick Riviera 1965 – 1969

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 08

Rakyat Malaysia tidak begitu meminati kereta Amerika kecualilah muscle car. Bercakap mengenai muscle car, Buick Riviera tidak berapa mengghairahkan walaupun dengan enjin V8. Menariknya, ia tampil dengan lampu kembar yang cukup mengancam.

Untuk pengetahuan anda, Buick Riviera generasi pertama (1965 -1966) dan kedua (1966 – 1969) menerapkan elemen lampu kembar yang tersorok.

Untuk generasi pertama, lampu kembar Buick Riviera mempunyai perumah yang akan buka apabila lampu dinyalakan. Generasi kedua pula menggunakan mekanisma pada unit lampu itu sendiri yang mana keseluruhan lampu akan disorok apabila tidak dinyalakan. Gempak kan?

4. Cizeta-Moroder V16T

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 09

Jentera Cizeta-Moroder V16T ini adalah hasil apabila penerbit musik yang terkenal dalam penghasilan gelombang musik sintetik digabungkan dengan sekumpulan bekas pekerja Lamborghini yang tidak berpuas hati dengan majikan yang terdahulu.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 10

Reka bentuk kereta ini dicipta oleh Marcello Gandini yang mana beliau juga merupakan pereka Lamborghini Diablo. Tetapi apa yang membezakannya dengan Diablo ialah lampu kembar jenis pop-up!

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 11

Malangnya, produksi V16T yang terhad hampir buatkan orang ramai lupa akan legenda di tahun 80-an ini. Kalau anda nak tahu, kereta yang berharga $850,000 (sekitar RM 3.5 juta) ini hanya dihasilkan sebanyak 12 unit sahaja.

5. Honda Integra

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 12

Pada awalnya, lampu kembar Honda Integra sebenarnya mengundang sedikit kontroversi.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 13

Sewaktu diperkenalkan pada tahun 1993, ia seringkali digelar sebagai “spider eyes”. Namun begitu, sentuhan lampu ini hanya dikeluarkan sehingga tahun 1995 sahaja. Selepas itu, ia digantikan dengan lampu melintang yang lebih konvensional.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 14

Uniknya, pasaran antarabangsa cukup gemar dengan lampu kembar tersebut. Malah, Honda Integra versi Type R untuk pasaran global ketika itu turut dikekalkan dengan sentuhan lampu kembar.

6. Mercedes-Benz E-Class

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 15

Lampu kembar telah menjadi identiti Mercedes-Benz E-Class sejak generasi W210 lagi. Di Malaysia, Mercedes-Benz W210 digelar sebagai “Mercedes mata belalang”.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 16

Namun apabila elemen ini digugurkan pada E-Class facelift generasi W212, pelbagai pihak meluahkan rasa kecewa kerana sentuhan tersebut cukup sebati dengan kereta eksekutif ini.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 17

Walaupun unsur tersebut beransur sehingga ke E-Class W213 pra-facelift, impaknya tetap tidak sama. Disebabkan itu, elemen tersebut digugurkan sepenuhnya pada model facelift, begitu juga dengan tiang kemegahan ‘hood ornament’ yang cukup ikonik pada kereta Mercedes-Benz.

Juga bacaMercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja!

7. Mitsuoka Orochi

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 18

Walau tidak begitu cantik, Mitsuoka Orochi sebenarnya cukup bergaya. Malah, ia mendapat gelaran “Fashion Super Car” semata-mata sebab lampu kembarnya.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 19

Diinspirasikan oleh naga fiksyen Yamata no Orochi yang berkepala 8, supercar ini mempunyai wajah yang agak menakutkan tetapi ini cukup unik.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 20

Tidak kisahlah kalau Mitsuoka Orochi dikira hodoh ataupun menakutkan sekalipun, lampu kembarnya tetap menghasilkan satu personaliti, sama seperti ular dalam cerita Jungle Book.

8. Nissan Cefiro A31

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 21

Antara kereta biasa yang paling cantik pernah ada di pasaran Malaysia ialah Nissan Cefiro generasi pertama. Sedan ini juga dianggap antara model Nissan yang paling canggih ketika itu.

Juga bacaKereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Reka bentuk futuristik yang diketengahkan turut dilengkapkan sekali dengan lampu yang canggih. Untuk maklumat anda, Cefiro A31 adalah antara model Nissan terawal yang datang dengan lampu automatik. Malah, lampu tersebut adalah jenis projektor.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 22

Lampu yang mempunyai elemen kembar ini mempunyai 3 suluhan. Yang paling di luar adalah lampu suluhan biasa. Yang di tengah pula adalah untuk suluhan tinggi dan yang paling dekat dengan gril pula berfungsi sebagai lampu kabus.

9. Toyota Celica

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 23

Walaupun Toyota Celica generasi keenam terkenal dengan lampu kembarnya, elemen tersebut sebenarnya ada sejak model pertama lagi.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 24

Toyota Celica generasi pertama.

Disebabkan trend, sentuhan lampu kembar turut beransur pada Celica generasi kedua. Generasi ketiga pula mengenakan teknologi pop-up yang mana ia satu kehangatan ketika itu.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 25

Apabila tibanya Celica generasi keenam, sentuhan lampu kembar dikembalikan semula sebagai unsur nostalgia. Menariknya, pesaing seperti Hyundai Coupe dan Honda Integra ketika itu turut hadir dengan lampu kembar.

Bonus: Nissan Skyline GT-R

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 26

Senarai legenda kereta yang berlampu kembar tidak akan lengkap tanpa Nissan GT-R.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 27

Atas: GT-R Hakosuka, Bawah: GT-R Kenmeri.

Mula dilihat pada Skyline Hakosuka, sentuhan lampu kembar pada Nissan Skyline GT-R sebenarnya beransur pada setiap generasi sehingga ke R35 yang ada sekarang. Tidak cukup dengan itu, Nissan Skyline varian biasa sehingga generasi R34 turut hadir dengan elemen ini.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 28

Jadi, inilah 9 kereta yang paling terkenal dengan lampu kembarnya.

9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi! 29

Dengan kereta moden yang cuba menerapkan unsur ikonik, wajarkah sentuhan estetik seperti lampu kembar dikembalikan semula?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda