window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k?

Haris · Nov 13, 2020 06:00 PM

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 01

Polestar adalah sebuah jenama kereta elektrik hasil kerjasama Volvo dan Geely. Kereta elektrik kini mula mendapat tempat dalam pasaran Malaysia dan buktinya, Polestar 2 kini sudah pun mendarat di Malaysia.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Polestar 2 ini dibawakan khas oleh Vision Motorsport. Lebih spesifik lagi, Vision Motorsport membawa masuk Polestar 2 ke Malaysia secara parallel import dari UK.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 01

Oleh yang demikian, Polestar 2 ini adalah berdasarkan spesifikasi UK. Pandangan awal terhadap Polestar 2 ini, ia sangat premium dan cantik. Pada hemat kami, ia kelihatan berbeza dengan rekaan Tesla yang lebih melengkung, Polestar 2 nampak lebih tajam dan bersegi.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 02

DNA Volvo masih jelas kelihatan pada Polestar 2. Hal ini kerana Polestar 2 dibangunkan berasaskan platform yang sama dengan Volvo XC40. Ia dijana oleh 2 motor elektrik dengan gabungan kuasa kuda sebanyak 407 PS atau 300 kW.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 03

Vision Motorsport menjelaskan bahawa versi yang dibawakan ini menggunakan bateri berkapasiti tinggi iaitu sebanyak 78 kWj. Sebagai menterjemahkan kapasiti bateri ini, Polestar 2 mampu bergerak sehingga jarak 470 km untuk sekali cas.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 04

Adakah ia sebuah sedan, SUV atau crossover? Kesemuanya nampak benar. Oleh kerana status kereta elektrik belum lagi termaktub, Polestar mengambil kesempatan untuk menghasilkan kenderaan yang menyentuh kesemua batasan. Polestar 2 dicipta dengan sangat menarik.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 05

Dari sisi, ia kelihatan seperti sebuah sedan. Posisi pemanduannya pula lebih mirip kepada sebuah SUV. Apabila anda membuka but belakang, ia nampak seperti sebuah hatchback. Seiring dengan apa yang kami maksudkan sebelum ini.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 06

Kadar pengecasan adalah seperti berikut:

  • Pengecasan pantas DC : 150 kW 
  • Pengecasan AC: 11 kW

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 07

Hanya Android Auto sahaja yang tersedia buat masa ini dan sambungan dapat dilakukan melalui kabel USB C. Polestar 2 versi akan datang (atau kemaskini perisian akan datang) bakal menerima Apple CarPlay.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 08

Sifat pengecasan boleh ditetapkan

Ia datang daripada Volvo dan mirip Volvo jugalah ia direka. Polestar 2 nampak elegan secara keseluruhan, sesuatu yang biasa kita bayangkan tentang Volvo.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 09

Dinamik pemanduan boleh dilaraskan pada Polestar 2 ini. Seperti kebanyakan kereta elektrik lain, kawalan boleh ditentukan secara elektronik melalui sebuah skrin besar di tengah-tengah konsol.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 10

Cukai jalan (Road Tax) bagi Polestar 2 ini adalah sekitar RM 5,000 setahun. Sebuah harga yang mudah dibayar oleh pemiliknya. Harga cukai jalan bagi kenderaan elektrik agak berbeza.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 11

Harga masih belum dapat diputuskan oleh Vision Motorsport kerana masih dalam perbincangan pihak berkuasa. Kemungkinan besar, harganya jatuh di bawah RM 500k.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 12

Antara model kereta elektrik yang sudah pun dipasarkan di Malaysia adalah MINI Cooper SE dan Porsche Taycan. Berbanding Polestar 2, kedua-dua model yang disebutkan telah di bawa masuk oleh pengedar rasmi masing-masing. Hal ini bermakna, anda dapat memilik MINI Cooper SE dan Porsche Taycan dengan bayaran secara sewa beli kereta seperti biasa.

Polestar 2 kini di Malaysia, SUV elektrik dengan 407 PS, jarak 470 km, harga bawah RM 500k? 13

Untuk Polestar 2 pula, biarlah cara bayarannya kekal menjadi misteri kepada kita. Apa-apa pun, terima kasih kerana membawa Malaysia selangkah ke masa hadapan. Masa depan adalah elektrik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda