Minivan dengan 4 baris penumpang popular Malaysia iaitu Hyundai Grand Starex ditemui sedang dipandu uji atas jalan. Beberapa intipan sudah dilakukan namun samaran yang digunakan agak baik, sehingga sukar untuk melihat apa yang berubah.
Hyundai Grand Starex masih mengekalkan badan yang panjang dan lebar, sesuai dengan statusnya sebagai MPV 4 baris penumpang. Ciri ‘van’ yang masih dikekalkan dapat dilihat pada cermin sisi yang bersambung di bahagian cermin tiang A (A-pillar).
Pada bahagian belakang pula, agak menarik apabila melihat lampu belakang yang menegak disepadukan dengan bingkai pintu belakang. Hyundai Grand Starex generasi sekarang mempunyai lampu yang sedikit bulat di tempat yang sama.
Selain daripada itu, tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai Hyundai Grand Starex ini kerana samaran yang dilakukan agak baik dengan meliputi keseluruhan badan. Hyundai juga dalam perancangan untuk mengeluarkan MPV 3 baris penumpang iaitu Hyundai Custo.
Tiada sebarang khabar angin tarikh pelancaran yang didedahkan justeru ini mungkin suatu penantian yang panjang. Di samping itu, Kia Grand Carnival iaitu pesaing Hyundai Grand Starex 2021 ini sudah pun menerima kemaskini terbaru, mungkin cukup untuk Hyundai mempertimbangkan membawa kemaskini Hyundai Grand Starex lebih awal.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Hyundai Grand Starex Executive Plus
Upgrade
Add your car