window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual!

Zamil Syaheer · Nov 19, 2020 11:30 AM

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 01

Subaru baru sahaja melancarkan Subaru BRZ 2021 di liter lumba Thermal Club California, AS. Ia masih lagi mengekalkan formula sportscar tradisional dengan enjin depan, pacuan roda belakang dengan berat dan pusat gravity yang rendah.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 02

Subaru BRZ serba baharu ini 30 mm lebih panjang (4,264 mm) dan 10 mm lebih rendah (1,310 mm) berbanding model sebelumnya. Jarak roda pula 5 mm lebih panjang (2,575 mm).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berat BRZ ini masih belum diketahui tetapi Subaru berkata ia akan berada dibawah 1,315 kg, 50kg lebih berat berbanding sebelum ini.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 01

Gril heksagon kini lebih rendah dan lebar daripada sebelumnya. Ventilasi sisi berfungsi (bukan palsu) untuk mengurangkan seretan dengan menyalurkan udara dari bawah bonet dan fender.

Udara yang dilepaskan diarahkan ke spoiler sill sisi yang memberi tekanan udara pada kelajuan tinggi. Sirip kecil di bahagian belakang lengkungan roda belakang juga membantu aliran udara untuk meningkatkan tahap kestabilan.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 02

Subaru BRZ 2021 menggunakan enjin 2.4 liter aspirasi natural ‘boxer’ baru yang menghasilkan 231 PS dan 249 Nm tork.

Enjin ini boleh rev sehingga 7,000 rpm dan kini mempunyai 15% lebih tork kerana ada peningkatan pada anjakan (cc), meningkatkan kecekapan pengambilan / ekzos dan mengurangkan geseran.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 03

Enjin 2.4 liter ini dipadankan dengan kotak transmisi 6 kelajuan manual ataupun automatik baru. Kotak transmisi 6 kelajuan automatic ada mod Sport yang membenarkan penukaran gear yang lebih cepat dengan ‘throttle blipping’ automatik dan menggunakan sensor yaw untuk menahan posisi gear rendah ketika mengambil selekoh dengan bersemangat.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 04

Dengan memanfaatkan pengetahuan dan teknik yang dipelajari dari pembinaan Subaru Global Platform, badan baru ini memberikan peningkatan 60% dalam ketegaran lenturan lateral depan dan 50% peningkatan kekakuan kilasan.

Badan yang lebih keras menyumbang kepada tindak balas stereng yang lebih baik, pengendalian yang lebih lincah dan daya tarikan yang lebih baik.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 05

Suspensi depan menggunakan MacPherson strut sementara sistem double wishbone di bahagian belakang dikatakan memberikan penyerapan bump yang luar biasa untuk meningkatkan cengkaman tayar pada permukaan yang bervariasi.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 06

Penggunaan aluminium untuk bumbung, fender depan dan bonet meminimumkan kenaikan berat enjin yang lebih besar.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 07

Model yang dilengkapi dengan roda aloi aluminium 18 inci ini menggunakan tayar Michelin Pilot Sport 4 berukuran 215/40 R18.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 08

Pada bahagian interior pula, Subaru BRZ serba baru mempunyai dalaman serba baharu juga, kecuali stereng yang diambil terus dari pendahulunya.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 09

Terdapat kluster instrumen digital 7 inci yang boleh diubah untuk menunjukkan pelbagai maklumat pemanduan seperti suhu air atau g-meter.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 10

Sistem infotainmen skrin sentuh 8-inci mempunyai sambungan Apple CarPlay / Android Auto.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 11

Dari segi keselamatan pula, model yang dilengkapi transmisi automatik 6 kelajuan dilengkapi dengan Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight.

Subaru BRZ 2021 baharu dilancarkan - 2.4 NA, 231 PS, 249 Nm & 6 kelajuan manual! 12

Fungsinya termasuk brek pra-perlanggaran (AEB) dan kawalan pelayaran adaptif.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2017 Subaru BRZ 2.0 6AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda