window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya?

Haris · Nov 19, 2020 06:00 PM

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 01

Honda Civic generasi ke 11 prototaip sudah pun ditayangkan tetapi model tersebut masih lama lagi untuk tiba ke Malaysia. Pilihan yang masih ada adalah Honda Civic generasi FC dan ini merupakan sebuah model yang sangat laris.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh yang demikian, apakah yang memacu penjualan Honda Civic ni? Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan sedan segmen C ini sebagai panduan ringkas untuk anda.

Pro: Paling berkuasa dalam kelasnya

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 01

Honda Civic 1.5 TC-P adalah sedan yang paling berkuasa dalam segmennya, dengan 173 PS kuasa kuda dan 220 Nm tork dari enjin Turbo VTEC 1.5 liter. Ia mampu memacu Honda Civic dari 0-100 km/j dalam 8.6 saat.

Sebagai perbandingan, Mazda 3 2.0 Sedan melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 9.9 saat sementara itu Toyota Corolla Altis 1.8G mencatatkan masa selama 11.4 saat. Jauh beza?

Pro: Ruang dalaman yang luas dan praktikal

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 02

Honda Civic mempunyai bahagian dalam yang paling luas di kelasnya, dengan ukuran 3 bola tenis lebih boleh dimuatkan di bahagian lutut dan 1 bola tenis di atas ruang kepala. Ukuran ini adalah berdasarkan ukuran seorang dewasa dengan ketinggian 175 cm.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 03

Walaupun ruang poket pintu tidak cukup besar untuk memuatkan botol sebesar 1.5 liter, ruang simpanan tengah agak besar dan terdapat konsol bertingkat untuk menambah ruang cubby.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 04

Tambahan lagi, but belakang Honda Civic berkapasiti 519 liter adalah yang terbesar dalam kelasnya ditambah dengan fungsi tempat duduk boleh lipat dengan nisbah 60:40.

Pro: Fungsi keselamatan terbaik

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 05

Honda Civic 1.5 TC-P varian paling tinggi menerimua suite lengkap Honda Sensing ADAS, dengan semua jajan seperti FCW, CMBS, LDW, LKAS, RDM, ACC, LSF, dan AHB.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 06

Unik bagi Honda Civic (atau model Honda umumnya) adalah Honda LaneWatch yang menggantikan Blind Spot Monitor konvensional tetapi hanya terletak di sisi penumpang.

Con: Posisi tempat duduk rendah

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 07

Masuk dan keluar dari Honda Civic hampir mirip dengan posisi kereta sport kerana tempat duduknya dipasang agak rendah, sekurang-kurangnya untuk sebuah sedan. Mereka yang menggemari kedudukan memandu yang rendah akan menghargainya. 

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 08

Tetapi bagi kebanyakan orang yang kurang berjiwa kelajuan, ini adalah sesuatu yang baru. Mungkin, kurang selesa untuk citarasa sesetengah orang?

Con: Kendalian pemanduan yang kurang sedap

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 09

Selepas menguji Mazda 3 Sedan dan juga Toyota Corolla Altis, Honda Civic kurang memuaskan berbanding 2 pesaingnya. Ia memang sebuah sedan yang berkuasa tetapi terdapat sedikit lengah apabila kaki memijak pedal minyak.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 10

Walaupun didatangkan dengan tayar Michelin Pilot Sport 4 secara stok, ia kurang lancar di selekoh seperti Corolla Altis dan juga kurang menyeronokkan berbanding Mazda 3. Honda Civic mengambil selekoh dengan karakter yang agak keras.

Con: Makan minyak banyak

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 11

Setelah jarak 100km dengan pecahan 70% lebuh raya dan 30% pemanduan bandar, Honda Civic mencatatkan sebanyak 7.9 liter minyak untuk mengisi tangki. Bacaan penggunaan minyak ini bermakna Honda Civic menggunakan 7.9 liter / 100 km.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 12

Dalam ujian yang sama, Toyota Corolla Altis mencatatkan sebanyak 7.7 liter / 100 km dan Mazda 3 Sedan mencatat sebanyak 7.6 liter / 100 km. Ini bermaksud Honda Civic mencatatkan penggunaan minyak paling tinggi.

Konklusi

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 13

Secara holistik, Honda Civic 1.5 TC-P varian paling tinggi dengan harga RM 134,661 (atas jalan, tanpa insurans dan SST, sah sehingga 31 Disember 2020) menawarkan pemanduan dan gaya yang terbaik dalam kelasnya. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kos pemilikan keseluruhan yang lebih tinggi (minyak, servis dan lain lain) akibat penggunaan enjin Turbo.

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya? 14

Namun begitu, kelengkapan Honda Sensing dengan suite penuh menjadikan model ini sangat berbaloi. Tambahan pula, jangan lupakan nilai jualan semula yang tinggi. Mana lah tahu, kalau sesak sangat boleh digadai, kan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda