window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi

Mersita Ā· Jul 23, 2020 11:50 AM

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 01

Penyerap hentakan (shock absorbers) ialah satu komponen penting dalam kereta anda dan ia adalah antara komponen yang agak pendek jangka hayatnya (bergantung pada gaya pemanduan, kondisi jalan raya yang sering dilalui, dll.) dan perlu ditukar. Antara soalan yang sering ditanya: Apa tanda absorber rosak? Apa tanda absorber belakang rosak? Berapa kos ganti absorber baru?

Tak ramai yang betul-betul beri perhatian pada komponen kereta ini. Dalam entri kali ini, kami ingin kupas satu-persatu tanda-tanda absorber kereta rosak dan bila absorber perlu diganti.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 02

Kereta 'belasahan’. Nampak tak belakang badan dia turun sedikit? Sumber gambar

Apabila anda membeli kereta terpakai atau ‘recon’, memang biasa untuk anda dapat kereta yang mempunyai penyerap hentakan yang samada teruk, memang tak boleh diselamatkan atau bocor. Jika anda ada kereta yang khas untuk kegunaan kasar, penyerap hentakan yang tak elok selalunya dibiarkan memandangkan kereta tersebut bukanlah selalu dipandu jauh. Walaubagaimanapun, bagi pemanduan harian yang selamat, kami sangat tak sarankan penggunaan penyerap hentakan yang tak elok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 01

Penyerap hentakan

Penyerap hentakan, padan dengan namanya, kerjanya menyerap hentakan. Ia tidak memberi kesan kepada ketinggian kereta. Tanpa penyerap hentakan (hanya ‘spring’), kereta anda akan melantun-lantun sepanjang hari.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 02

Omputeh selalu menggelarkan komponen ini “shocks” atau “struts”. Tapi, kena ingat yang kedua-dua terma ini merujuk kepada perkara yang berbeza. ‘Strut’ ialah sebuah kumpulan komponen yang terdiri daripada penyerap hentakan di tengah dan dikelilingi oleh ‘spring’. Manakala penyerap hentakan adalah penyerap semata-mata. Jenis yang selalu ditemui pada kereta-kereta zaman sekarang ialah MacPherson Strut.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 03

Penyerap hentakan juga boleh ditemui di dalam tetapan ‘leaf spring’. Tugasnya hanyalah untuk menyerap hentakan.

Selain menjadi satu komponen penting untuk pengendalian (‘handling’) kenderaan, penyerap hentakan juga memainkan peranan penting dalam pemberhentian atau brek kereta. Ia juga teramatlah penting untuk keselamatan.

Oleh itu, anda mestilah kerap periksa penyerap hentakan kereta anda dan betulkan cepat-cepat jika ada masalah.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 04

Jom kita lihat beberapa petanda yang menyatakan penyerap hentakan kereta anda dah arwah dan perlu diganti dengan yang baru.

1. Selaman Hadapan (‘Nose Diving’) yang Berlebihan & Cangkungan

Membrek dan memecut mengalihkan berat kereta. Apabila anda membrek, berat kereta teralih ke hadapan. Apabila anda memecut, berat kereta beralih ke belakang. Penyerap hentakan yang dah teruk akan menyebabkan ‘selam’ / ‘diving’ yang berlebihan atau cangkungan / ‘squatting’ apabila anda membrek atau memecut.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 05

Ilustrasi dilebih-lebihkan untuk memberi gambaran jelas lagi terang

Selaman hadapan yang berlebihan bermaksud bahagian belakang kereta anda menjadi ringan, membuatkan brek belakang dan cengkaman tayar tak berguna apabila anda membuat brek kecemasan.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 06

Penyerap hentakan yang tak elok juga memanjangkan jarak brek anda dan menaikkan risiko perlanggaran. Bahaya!

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 07

Selain daripada selaman hadapan yang berlebihan, cangkungan berlebihan juga salah satu tanda penyerap yang rosak. Dengan berat kereta yang dialih ke belakang, penyerap yang rosak tak mampu untuk melembutkan peralihan berat dengan baik.

2. Buaian (body roll) berlebihan

Sama seperti selaman hadapan dan cangkungan, buaian juga sebahagian daripada dinamik kenderaan. Cuba lihat gambar di bawah untuk pemahaman lebih jelas tentang maksud buaian atau ‘body roll’. Badannya membuai, anda di dalam pun terbuai-buai.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 08

Buaian yang berlebihan boleh menyebabkan anda hilang kawalan. Apatah lagi dalam Moose Test (kitaorang panggil 'ujian elak langgar kerbau'), confirm terbalik. Lagi satu cara untuk menguji buaian kereta selain daripada Moose Test ialah ujian air dalam cawan Fujiwara (yang layan cerita animasi Initial D mesti tahu punya).

3. “Shock absorber bocor”

Perkongsian ringkas: Penulis baru-baru ini singgah ke kedai tayar, terkena ayat di atas setepek. Masih belum ada masa nak tukar yang baru pada Perodua Myvi, katanya yang bocor ialah penyerap pada tayar belakang sebelah kiri. Mekanik tawar shock absorber second-hand, RM150 sepasang katanya. Penulis nak yang baru. Satu benda paling ketara apabila memandu ialah bila nak brek. Terasa jauh, tak cengkam. Musim hujan pula, terpaksa slow. Sekian.

Penyerap hentakan ialah satu komponen hidraulik. Ini bermaksud ia mengandungi cecair. Lama-kelamaan, penutupnya boleh haus dan menyebabkan kebocoran cecair hidraulik. Kalau nampak sekadar semburan sikit-sikit pada batang penyerap itu, masih boleh pakai lagi, tapi masih kena rajin periksa. Gambar dari CARiD ini adalah panduan yang bagus untuk menggambarkan tahap kesihatan penyerap hentakan anda dan bila anda patut menggantikannya.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 09

Gambar: CARiD

4. Lantunan berlebihan

Menekan-nekan kereta atau tayar bukanlah cara yang tepat untuk menguji tahap kesihatan penyerap hentakan kereta anda. Melainkan ia betul-betul dah teruk, sangat susah untuk kita uji hanya dengan menekan-nekan kereta. Cara yang lebih baik ialah dengan memandu kereta tersebut melalui bonggol dan rasakan berapa lama kereta anda melantun.

Penyerap hentakan yang bagus tidak akan membuatkan kereta melantun secara berlebihan. Penyerap hentakan yang dah rosak akan melantun-lantunkan kereta anda macam bola keranjang.

5. Stereng bergegar

Cuba pandu melalui jalan yang berbonggol dan tak rata, kemudian rasakan jika stereng anda bergegar. Stereng yang bergegar ketika memandu di jalan rosak adalah tanda penyerap hentakan yang tak elok.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 10

6. Tayar ada hakisan ‘cupping

Penyerap hentakan yang tak elok akan menyebabkan hakisan tidak sekata pada tayar anda. Secara spesifik, ia akan menyebabkan “cupping” seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Jika anda ternampak hakisan sebegini, ia bermaksud tayar dan penyerap hentakan anda perlu diganti.

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi 11

Gambar: utires

Inilah dia – 6 tanda ‘shock absorber’ / penyerap hentakan / ‘strut’ kereta anda perlu diganti. Walaupun ia sering diabaikan, penyerap hentakan memainkan peranan penting dalam pemanduan selamat bagi anda dan semua pengguna jalanraya. Rajin-rajinlah periksa kereta anda dan pandu selamat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda