window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa yang bakal dilancarkan HLYM esok. Adakah Yamaha NVX 155 V2 Connected atau model lain?

Khairil ยท Apr 27, 2021 11:00 AM

Apa yang bakal dilancarkan HLYM esok. Adakah Yamaha NVX 155 V2 Connected atau model lain? 01

Selepas pelancaran motosikal paling ditunggu-tunggu iaitu Y16ZR bulan lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus 'galak' dan esok, mereka dijadual melancarkan sesuatu yang istimewa berkemungkinan sebuah model baharu.

Perkembangan menarik itu dikongsikan HLYM menerusi laman Facebook rasmi jenama berkenaan, semalam.

Ia dijadual berlangsung pada 28 April pada jam 8.00 malam dan dibuat secara penstriman langsung di laman Facebook Yamaha Motor Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya?

Tidak dapat dipastikan model apakah yang akan dilancarkan oleh syarikat berkenaan namun menurut kapsyen daripada 'posting' berkenaan iaitu 'Encouraging Innovation for daily fun' (Menggalakkan inovasi untuk keseronokan harian), ia berkemungkinan sebuah model skuter.

Apa yang bakal dilancarkan HLYM esok. Adakah Yamaha NVX 155 V2 Connected atau model lain? 01

Dan pastinya, ia akan dilengkapi oleh teknologi moden dan canggih seperti sambungan Y-Connect.

Ramai menjangkakan ia adalah skuter 'Maha' popular dari Yamaha, NVX 155 V2 yang mengalami perubahan ketara dari sudut reka bentuk lebih sporty dan turut dilengkapi dengan sistem berkenaan.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Apa yang bakal dilancarkan HLYM esok. Adakah Yamaha NVX 155 V2 Connected atau model lain? 02

Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana imej motosikal berkenaan sedang menjalani ujian jalan raya juga sudah tular sejak penghujung tahun lalu.

Apa yang bakal dilancarkan HLYM esok. Adakah Yamaha NVX 155 V2 Connected atau model lain? 03

Ketika ini, Yamaha NVX 155 V2 atau dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected di beberapa negara sudah pun dilancarkan di pasaran Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina.

Apa yang bakal dilancarkan HLYM esok. Adakah Yamaha NVX 155 V2 Connected atau model lain? 04

Tetapi, ada yang turut menjangkakan ia adalah sebuah lagi model skuter iaitu NMax 155 Connected yang dilengkapi dengan Y-Connect dan Kawalan Traksi, varian yang tidak diperoleh oleh pengguna di Malaysia ketika ini.

Juga baca: Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Apapun, kita tunggu sajalah di depan komputer atau telefon bimbit untuk mengetahui apa yang bakal dilancarkan HYLM nanti.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda