window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik!

Khairil ยท Dec 14, 2021 05:00 PM

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik! 01

Penjualan minuman kopi jenama BlackBixon di negara ini diperluaskan dan bertambah unik menerusi pelancaran model perniagaan BB2GO EV Coffee Bike iaitu perkhidmatan 'barista' menggunakan skuter elektrik.

BB2GO EV Coffee Bike secara asasnya adalah sebuah bar yang menggunakan skuter elektrik dan bateri daripada skuter berkenaan secara teknikalnya dikonfigurasi bagi menghasilkan sehingga 400 cawan kopi dan boleh dicaj semula.

Juga baca: Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik! 01

Pengarah Urusan BlackBixon2Go Sdn Bhd, Khoo Chee Kong berkata, dengan BB2GO EV Coffee Bike, anda boleh menjadi barista seperti di sebuah kafe moden yang menghidangkan kopi espresso atau cappuccino disediakan di depan mata pelanggan.

Sebagai info, BlackBixon2Go adalah anak syarikat Ni Hsin Group Bhd yang merupakan pengeluar produk besi keluli tahan karat tradisional terkemuka.

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik! 02

Mengulas lanjut Chee Kong, pelancaran BB2GO EV Coffee Bike memperluas konsep kafe@dimanajua Ni Hsin di bawah perniagaan makanan dan minumannya.

Chee Kong berkata, revolusi EV menerusi BB2GO EV Coffee Bike sesuai dilaksanakan di Malaysia susulan permintaan tinggi terhadap minuman kopi selain mengekalkan persekitaran hijau dan sihat.

Juga baca: Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden!

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik! 03

"Konsep perniagaan ini adalah tepat dan sesuai bagi industri makanan jalanan, dan sangat sesuai bagi katering, rumah terbuka dan majlis keraian," katanya memetik laporan Bernama.

Dalam pada itu, BlackBixon2Go turut memeterai perjanjian dengan Acasia Communications Sdn Bhd untuk mendigitalkan konsep perniagaan baharu menerusi sambungan dan perkhidmatan awan, menyokong app BB2GO.

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik! 04

Setiap BB2GO EV Coffee Bike akan dilengkapi dengan GPS bagi memudahkan menjejak tempahan dan lokasi oleh penggemar kopi menerusi aplikasi BB2GO.

BB2GO EV Coffee Bike dilancar, perkhidmatan 'barista' kopi BlackBixon guna skuter elektrik! 05

Selain itu, BlackBixon2Go merancang untuk mengembangkan konsep BB2GO EV Coffee Bike ke seluruh ASEAN dan juga merancang untuk mengilang dan memasang motosikal elektrik secara berkolaborasi dengan pengeluar EV terkemuka dari China untuk pasaran komersial dan konsumer di Malaysia dan ASEAN.

Juga baca: Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda