window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225!

Khairil ยท Apr 10, 2021 10:00 AM

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 01

Motosikal yang dicipta untuk penggemar aktiviti kembara, Benelli TRK502 yang mendapat kemaskini bagi versi 2021 dilancarkan di pasaran Thailand dan dijual pada tanda harga bermula 229,900 baht (RM 30,225).

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 02

Perubahan yang diberikan bagi model 'facelift' berkenaan adalah dari sudut pilihan warna dan corak grafik baharu yang garang, dail speedometer yang lebih menarik serta pelindung enjin yang baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 01

Empat warna yang tersedia adalah warna terhad iaitu merah manakala bagi warna standard, ia datang dengan warna putih, kelabu dan biru.

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 02

Dari sudut spesifikasi teknikal, Benelli TRK502 2021 masih menggunakan enjin 499.6 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, DOHC, 8 Injap, Penyejuk Udara, Sistem suntikan bahan api elektronik ECU-TLI dan patuh piawaian emisi Euro 4.

Dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan, ia berupaya menghasilkan kuasa setinggi 48 Hp pada 8,500 rpm dan tork 46 Nm pada 6,000 rpm.

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 03

Dari sudut keselamatan, Benelli TRK502 2021 datang dengan brek cakera berkembang bersaiz 320 mm, 4 Piston di bahagian depan dan brek cakera tunggal dengan 2 Piston bersaiz 260 mm di bahagian belakang. Ia turut datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 04

Untuk keselesaan, motosikal yang mempunyai kapasiti minyak 20 liter ini menggunakan fork jenis terbalik (USD) berdiameter 50 mm di bahagian depan yang memberikan lebih keyakinan ketika menunggang.

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 05

Set roda pula menggunakan rim jenis aloi bersaiz 17 inci depan dan belakang beserta tayar bersaiz 120/70 di bahagian depan dan 160/60 (belakang) manakala tayar yang dibekalkan standard kilang adalah dari jenama Pirelli Angel GT.

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 06

Kepada yang berminat dengan aksesori tambahan seperti tiga kotak bagasi aluminium yang menarik, harganya meningkat sedikit iaitu 249,900 baht (RM 32,864).

Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225! 07

Selain itu, ia juga datang dengan jaminan selama tiga tahun, tanpa had perbatuan, Benelli Assist 24 Jam serta servis selama setahun.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda