window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini!

Khairil ยท May 11, 2021 09:00 AM

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 01

Ketika model skuter terbaharu SYM Jet x 150 2021 dipertontonkan kepada media bulan lalu, ia sememangnya mencetus keterujaan terutama buat peminat motosikal dalam segmen berkenaan.

Juga baca: SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini!

Selain tampil dengan rekaan moden, elegan dan ekslusif, ia juga dipadankan dengan teknologi yang boleh dianggap setaraf dengan pencabarnya yang lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 01

Sekalipun spesifikasi terperinci mengenai motosikal berkenaan sudah didedahkan, ada beberapa informasi penting yang masih dirahsiakan iaitu tarikh pelancarannya secara rasmi, berapakah harga motosikal berkenaan, pilihan warna dan bilakah ia akan mula tiba di pengedar.

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 02

Dan selepas sekian lama menunggu, pengedarnya MForce Bike Holdings (MForce) akhirnya mendedahkan tarikh pelancarannya iaitu pada 18 Mei ini.

Selaras dengan situasi semasa susulan pandemik Covid-19, majlis pelancaran SYM Jet X 150 2021 aka dibuat secara maya di laman Facebook dan YouTube MForce pada jam 8.00 malam.

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 03

Ketika majlis pratonton media, pihak MForce menyatakan harga skuter berkenaan akan berada di sekitar RM 8,000 ke RM 10,000.

Juga baca: SYM Jet X 150 ditunggang uji di jalan raya Malaysia. Pelancaran makin dekat?

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 04

Jika melihat kepada harganya di Thailand yang dikenali sebagai GPX Drone 150 harga yang ditawarkan adalah THB 69,800 iaitu sekitar RM 9,427.

Juga baca: Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang

Justeru andai ia tiba dengan penawaran harga lebih rendah di pasaran tempatan iaitu kurang daripada RM 9k, ia pastinya berpeluang untuk 'memikat' hati bakal pembeli di sini.

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 05

Secara ringkas, dari sudut spesifikasi teknikal, SYM Jet X 150 202 dikuasakan enjin bersesaran 149.6 cc, 4 Lejang, 2 Injap, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).

Berapa harga rasmi SYM Jet X 150 2021? Tunggu pengumuman MForce Bike pada 18 Mei ini! 06

Kuasa yang dihasilkan ialah 12.3 Hp pada 8,000 rpm dan tork 12 Nm pada 6,000 rpm. Sistem transmisi adalah dari jenis CVT. Anda teruja? Ya, kami juga sama.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda