window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama!

Zamil Syaheer · Apr 21, 2021 08:00 PM

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 01

Sebuah kereta dicuri setiap satu jam 15 minit di Malaysia, menurut Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC). Ini bermakna, sejumlah 20 kenderaan telah dicuri setiap hari pada tahun 2020.

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 02

Lebih mengejutkan, model kereta yang kerap kali dicuri bukanlah kereta mewah, tetapi Proton Wira yang telah tamat pengeluarannya pada tahun 2009. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1993, ini bermakna produksi Proton Wira telah berlangsung selama 16 tahun!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 01

Mengikut logik, semestinya alat ganti untuk model kereta ini bersepah dan mudah untuk dicari, betul tidak? Jawapannya akan mengejutkan anda. Nak tahu sebabnya? Jom kami rungkaikan.

1. Proton telah menghentikan pengeluaran alat ganti Wira

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 02

Menurut pengeluar alat ganti Proton, pihak mereka beranggapan bahawa pengeluaran alat ganti bagi model lama sudah tidak lagi berbaloi, jadi mereka hanya ingin memberi fokus yang lebih untuk penghasilan alat ganti model Proton yang baru.

Tambahan pula, terdapat banyak alat ganti kenderaan dari model Mitsubishi yang boleh digunakan pada Proton Wira, jadi kenapa perlu mereka hasilkan lagi?



Jawapannya agak ironik sebenarnya. Oleh sebab kerana Proton Wira menggunakan asas daripada Mitsubishi Lancer, maka banyaklah peminat kereta yang ingin mengubahsuai model ini.

Ambil contoh, enjin - daripada enjin aspirasi natural 1.3 liter 4G13, 1.8 liter MIVEC 4G93, sehinggalah enjin 2.0 liter 4G63 dari Lancer Evolution, memang tiada batas tentang apa yang anda boleh lakukan dengan Wira ini.

Juga baca: Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton!

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 03

Untuk rekod, Proton Wira merupakan antara model kereta paling laris yang pernah dihasilkan oleh Proton. Sebanyak 952,215 model Wira terjual sepanjang 16 tahun pengeluarannya dari tahun 1993 hingga 2009.

2. Harga alat ganti Wira mahal, walaupun terpakai

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 04

Sebagai contoh, enjin kosong 1.5 liter 4G15P boleh dijual pada harga RM 1,500 sehinggalah RM 2,000. Kotak gear? RM 1,000 untuk manual manakala unit automatiknya pula berharga RM 1,300.

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 05

Ada nilai ooo...

Cermin belakangnya pula boleh dijual pada harga RM 350 dan panel meter, terutamanya varian manual dengan RPM dan speedometer bermula pada harga RM 300. Ini belum lagi meter dari varian spesel seperti 1.8 EXi, Thomas Cup Edition, Special Edition (SE) dan sebagainya yang boleh mencecah RM 800.

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 06

Jam tengah ini dijual antara RM 80 sehingga RM 120!

Ini tidak termasuk komponen-komponen lain - pemegang pintunya sahaja pun masih boleh dijual pada harga RM20 seunit. Jadi tidak hairanlah Proton Wira menjadi sasaran utama memandangkan segala apa yang ada padanya boleh dijadikan alat ganti.

3. Mudah untuk dipecah masuk

Kebanyakkan kereta dari zaman 90an menggunakan kunci jenis turun naik dengan ‘knob’ pin pintu di atas. Apa yang pencuri kena buat adalah, cabut getah ‘lining’ di luar tingkap kereta tersebut, kemudian ambil besi atau dawai yang boleh diselit diantara tingkap itu dan jolok sambil tarik batang mekanisma kunci tersebut sehinggalah ‘knob’ itu naik ke atas. Mudah saja bukan?

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 07

Jangan salah faham pula! Kami bukan nak ajar anda bagaimana untuk mencuri Wira, tetapi teknik ini sudah diketahui ramai orang.

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 08

Imej dari Dyno Audio.

Bagaimana pula jika ada sistem penggera (alarm)? Mudah saja – anda boleh matikan bunyi itu melalui kotak fius di bawah kolum stereng ataupun di bahagian enjin.

Maklumlah ‘wiring’ pada zaman itu pun ringkas sahaja, bukan macam kereta zaman sekarang yang penuh dengan sistem elektronik.

4. Elak daripada senang di cam ketika melakukan jenayah

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 09

Bersepah dekat Encik Google...

Selain daripada alat ganti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah mengatakan bahawa model Proton Wira ini juga antara pilihan utama penjenayah. Sebab nya mudah sahaja – kerana terlalu banyak model ini di jalan raya kita, maka ianya agak sukar untuk di cam.

Juga baca: Pemandu Proton Wira cuba lari 'roadblock' PKP ternaik 'divider', nyaris langgar anggota polis!

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 10

Serba boleh! Imej dari Ahmad Humaizi.

Kalau tak percaya, carian “Proton Wira jenayah” di laman sesawang Google mengeluarkan pelbagai jenis berita yang melibatkan model sedan ini seperti kes dadah, rompakan, samun dan sebagainya. Paling kelakar sekali, ada perompak yang guna Wira untuk sumbat empat ekor lembu!

Anda pemilik Proton Wira? Jaga-jaga!

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 11

Antara berita yang pernah kami muat naik dahulu. Tak dapat kereta, bonet depan pun jadilah!

Saya sendiri pun menggunakan Proton Wira sebagai kenderaan harian saya, dan apa yang dikatakan dalam senarai ini memang benar-benar belaka.

Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama! 12

Tunggu masa saja ni nak kena kebas...

Kadang-kadang saya rasa pelik juga kenapa harga barang Proton Wira ini jauh lebih mahal berbanding beberapa alat ganti kereta daripada jenama lain yang saya sangkakan sudah mahal. Apa-apa pun, jagalah Wira anda sebaik mungkin!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda