window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k!

Khairil · Jul 28, 2021 09:00 AM

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 01

GPX Thailand menambah model terbaharu dalam segmen skuter popularnya Drone dengan melancarkan GPX Drone 4V yang memperoleh kemas kini dari sudut mekanikal selain pilihan warna baharu menarik.

Seperti namanya GPX Drone 4V, model berkenaan menggunakan teknologi 4 injap berbanding 2 injap pada model Drone sedia ada.

Juga baca: GPX Motor sedang persiapkan 'abang' Drone 150, lebih bertenaga!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 01

GPX Thailand membangunkan Drone hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar skuter popular Taiwan, SYM dan model berkenaan baru saja dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 02

Di Malaysia, skuter ini dijual sebagai SYM Jet X 150 dan diedarkan oleh syarikat MForce Bike (MForce).

Menerusi penggunaan enjin 4 injap, GPX Thailand mendakwa perubahan itu meningkatkan kuasa dan tork skuter berkenaan sekalipun tiada angka yang dikongsikan.

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 03

Selain itu, ia juga 28 peratus lebih mudah untuk dihidupkan sekaligus memberikan tunggangan lebih lancar. Sebagai tambahan, ia juga memberikan peningkatan dari sudut penjimatan petrol sebanyak 16 peratus yang diuji oleh WMTC (World Motorcycle Test Cycle).

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 04

Dari sudut trenkuasa, ia masih menggunakan bersesaran 149.6 cc, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair dan Suntikan Bahan Api bersama transmisi automatik.

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 05

Terdapat tiga varian GPX Drone 4V ditawarkan iaitu Standard, Keyless dan Keyless Special yang datang dengan pilihan warna berbeza seperti berikut.

  • Standard: Jet Black (hitam merah)
  • Keyless: Urban White (putih), Energetic Red (merah) dan Vibe Orange (Oren)
  • Keyless Special: Midnight Blue (biru)

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 06

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 07

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 08

Dan untuk penawaran harga pula adalah seperti di bawah:

  • Standard: 68,900 baht (RM 8,844)
  • Keyless: 72,800 baht (RM 9,345)
  • Keyless Special: 73,800 baht (RM9,473)

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 09

Setiap pembelian datang dengan jaminan selama 3 tahun atau jarak perbatuan 30,000 km (mana satu tiba dulu).

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 10

Sebagai perbezaan, varian Standard menggunakan kunci konvensional manakala versi Keyless dilengkapi sistem kunci kawalan jauh dengan Keyless Special memperoleh tambahan sistem penggera.

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 11

Tiada perubahan dari sudut reka bentuk dan spesifikasi menarik lain. Ia masih menggunakan lampu LED penuh bersama lampu siang (DRL), panel meter digital LCD, fork teleskopik, absorber berkembar boleh laras.

GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k! 12

Seperti model GPX Drone, Drone 4V belum dipadankan dengan Sistem Brek Antik-Kunci (ABS). Ia masih menggunakan brek cakera tunggal 260 mm di depan dan 220 mm (belakang), dengan brek belakang dilengkapi sistem brek CBS (Combined Braking System).

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda