window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas, tiada kemalangan dilaporkan

Haris · Jun 28, 2021 05:30 PM

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas, tiada kemalangan dilaporkan 01

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan bahawa sebuah helikopter jenis AS 555 SN Fennec milik TLDM terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di sebuah jalan sekitar Lumut, Perak. Pendaratan kecemasan itu berlaku ketika sedang membuat penerbangan operasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas, tiada kemalangan dilaporkan 02

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari tadi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas, tiada kemalangan dilaporkan 01

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan kejadian terkawal,” ujar kenyataan tersebut.

Insiden ini adalah kali pertama kejadian seperti itu melibatkan pesawat Angkatan Tentera Laut berlaku sejak KD Rajawali Air Squadron menjadikan Lumut sebagai markas mereka 30 tahun yang lalu.

Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas, tiada kemalangan dilaporkan 02

Tentera Laut kini mempunyai sebanyak 6 helikopter Fennec dan juga 6 helikopter tempur Super Lynx. Fennec adalah helikopter tentera utiliti ringan yang diperkenalkan oleh Eurocopter pada tahun 1990. Selain bertugas bersama-sama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia, Fennec juga digunakan oleh Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Indonesia untuk tujuan ketenteraan.

Berita Sosial Lain:

Sangap 'corner baring', 15 penunggang 'superbike' ditahan dan dikompaun di Kuala Klawang!

Warga emas hilang 3 hari ditemui mati dalam kereta Perodua Axia miliknya

Cinta didustai, suami lulus rentas negeri untuk “tangkap bini bercinta” semasa PKP

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda