window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya?

Khairil · Oct 26, 2021 06:00 PM

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 01

'Super moped' terbaharu Honda yang berkemungkinan besar dikenali sebagai Honda RS-X 150 sedang rancak diiklankan rangkaian pengedar jenama Jepun itu di Malaysia ketika ini.

Malah sekalipun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Boon Siew Honda, sudah ada pengedar yang 'berani' mengeluarkan video model berkenaan dan menyatakan ia sudah berada di premis mereka sebagai cara untuk 'menghangatkan' suasana.

Juga baca: Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 01

Dan lebih menarik, bukan saja di kedai-kedai pengedar biasa, malah tempahan untuk Honda RS-X atau dikenali Honda Winner X di Vietnam ini sudah pun dibuka oleh cawangan Honda Impian X.

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 02

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 03

Sebagai info, Honda Impian X adalah cawangan pengedar sah Boon Siew Honda yang mempunyai bilik pameran secara konsep yang lengkap dan ditubuhkan sejak 2018.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 04

Sejak dilancarkan pada pertengahan 2019 lalu di Vietnam sebagai Honda Winner X, model berkenaan tampaknya ekslusif di negara itu selama bertahun-tahun dengan pasaran gergasi seperti Indonesia, Thailand dan Filipina masih belum menikmatinya.

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 05

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 06

Justeru, model yang berjaya mencantas populariti Yamaha Y15ZR itu menjadi 'dambaan' bagi peminat Honda di rantau ini termasuk Malaysia.

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 07

Imej Honda Winner X sedang ditunggang uji yang tular sejak Mac tahun ini

Berdasarkan maklumat yang diperoleh terutama laporan media automotif tempatan, Honda RS-X dijangka bakal dilancarkan pada bulan November ini dengan persoalan utama yang turut dibangkitkan adalah berapakan harga jualannya?

Juga baca: Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat?

 

Model sedia ada, Honda RS150R V2 ketika dilancarkan pada Januari 2020 dijual pada harga RM 8.2k (asas).

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 08

Dan berdasarkan harga semasa Honda RS150R V2 ketika ini, ia mengalami sedikit penurunan dan boleh dibeli pada harga sekitar RM 8.2k (atas jalan).

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 09

Justeru, harga jualan yang dijangkakan untuk RS-X yang hadir dengan rekaan jauh lebih futuristik dan menarik berserta brek lebih maju dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) berkemungkinan tidak melebihi angka RM 10k.

Juga baca: Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?

Honda RS-X makin galak diiklan, berapakah harga jualannya? 10

Dengan pesaingnya Yamaha Y16ZR 2021 datang dengan harga RM 10,888 (asas), adakah harga berkenaan dapat memikat peminat 'Super moped' untuk mendapatkan Honda RS-X? Sama-sama kita lihat perkembangannya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda