Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru?

Faisal · Mar 12, 2021 04:00 PM

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 01

Selain ketibaan Hyundai Palisade, Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) turut mengesahkan pelancaran Hyundai Kona facelift di Malaysia.

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 02

Pada peringkat awal, ia akan ditawarkan dengan trenkuasa baru, iaitu enjin Smartstream 2.0G Atkinson cycle (149 PS, 180 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 01

Untuk maklumat anda, enjin turbo yang datang pada model sebelum facelift mungkin akan ditawarkan kemudian.

Juga bacaRebiu: Hyundai Kona 2020, alternatif kepada Proton X50 dan Honda HR-V

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 02

Kabin Hyundai Kona facelift yang datang dengan sentuhan baru.

Selain trenkuasa baru, HSDM turut mengesahkan bahawa Kona facelift akan tampil dengan roda 17 dan 18 inci yang baru. Secara tidak langsung, ini memberi petunjuk bahawa SUV segmen B yang cun ini akan didatangkan sekurang-kurangnya dengan dua varian.

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 03

Mengimbau kembali, Hyundai Kona facelift telah membuat debut global pada September tahun lepas. Selain eksterior, ia juga tampil dengan sentuhan interior yang baru dan sistem bantuan keselamatan pemandu ADAS yang dinaik taraf.

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 04

Dengan kelibat yang dijumpai di tanah air pada tempoh hari, nampaknya pelancaran Hyundai Kona facelift akan berlangsung tidak lama lagi.

Juga bacaSpyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba?

Untuk pengetahuan anda, model pra-facelift berharga dari RM 123,888 (2.0 Standard) hingga RM 151,888 (1.6 T-GDI High).

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru? 05

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada harga Kona facelift akan kekal atau berubah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 2.0 Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru