window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang!

Haris Β· Apr 14, 2021 02:00 PM

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 01

Hyundai Motor Company telah mengumumkan pelancaran Hyundai Staria 2021 secara rasmi. MPV baharu ini tampil dengan rekaan futuristik dan minimalis tetapi masih boleh dimanfaatkan menjadi 7 penumpang, 9 penumpang, 11 penumpang, kenderaan pembawa kargo dan macam-macam lagi.

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kesemua konfigurasi tersebut adalah hasil daripada saiz Hyundai Staria yang besar - lebih besar dalam semua dimensi berbanding Toyota Alphard.

Perbandingan dimensi
  Hyundai Staria Toyota Alphard
Panjang 5,253 mm 4,945 mm
Lebar 1,997 mm 1,850 mm
Tinggi 1,990 mm 1,895 mm
Jarak Roda 3,273 mm 3,000 mm

Oleh yang demikian, Hyundai Staria mampu dikonfigurasikan menjadi 2 penumpang (kenderaan pembaca kargo / komersial) ataupun memuatkan 11 penumpang penuh, siap dengan tali pinggang keledar 3 titik.

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 01

Bukan itu sahaja, ia juga boleh ditambah dengan bumbung suria panorama, lampu ambien, rekaan tingkap yang lebih besar untuk darjah penglihatan yang lebih baik, kerusi pusing 360 darjah jenis captain seat pada baris kedua dan sistem infotainment yang baik. Kesemua ini adalah untuk memberikan pengalaman mewah kepada pengguna.

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 02

Ditawarkan dalam 2 varian iaitu Staria dan Staria Premium, Hyundai Staria akan ditawarkan mengikut kesesuaian setempat. Ia juga akan ditawarkan dengan pilihan enjin 2.2 liter NA VGT diesel (177 PS/431 Nm) atau enjin 3.5 liter NA G6DIII MPI petrol (272 PS/331 Nm).

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 03

Meningkatkan lagi tahap fleksibel Hyundai Staria ini adalah pilihan enjin hibrid atau elektrik sepenuhnya yang telah dirancang untuk masa hadapan.

Ia juga akan hadir dengan transmisi manual 6 kelajuan untuk enjin diesel. Transmisi automatik 8 kelajuan pula akan hadir untuk kedua-dua jenis enjin diesel dan petrol.

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 04

Ciri keselamatan moden pada Hyundai Staria meliputi:

  • Bantuan Penghindaran Perlanggaran ke Depan (FCA)
  • Bantuan Perlindungan-Perlanggaran Titik Buta (BCA).
  • Peringatan Tali Pinggang Modul Tanpa Wayar (WM-SBR)
  • Bantuan Keluar Selamat (SEA)
  • Makluman Penghuni Belakang (ROA)

Hyundai Staria 2021 debut - lebih besar daripada Alphard, MPV futuristik ini boleh muat 11 orang! 05

Hyundai Staria bakal dijual pada harga bermula 27 million won (RM 99,547) hingga 41 million won (RM 151,165) untuk pilihan varian. Adakah kita akan melihat drama-drama Korea mula menggunakan Hyundai Staria sebagai mod pengangkutan kelak?

Bacaan Lain:

Spyshot: Hyundai Staria sudah diuji di Thailand, bakal dilancarkan tahun 2022?

Spyshot: Hyundai Staria spec bawah ‘bocor’ setelah diacah semalam?

Hyundai Staria diacah - MPV hybrid 7 penumpang baharu, bakal ditawarkan di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda