window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi!

Mersita · Apr 23, 2021 03:00 PM

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 01

Jika anda pernah terlihat sebuah Perodua Kancil buruk yang masih dipandu di jalan raya dengan kondisinya yang terlalu uzur, anda mungkin boleh dianggap bertuah kerana anda sebenarnya diberi peluang untuk melihat satu rantaian ‘lejen’ yang seringkali diburu pihak berkuasa.

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 02

Sumber: TikTok @yazidismaill, @ciknawrah

Kisah Kancil lejen ini meningkat popularitinya apabila ia dilihat berada di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2019. Hatchback kompak Perodua ini dipercayai berjaya dipandu beratus kilometer jauhnya, tak padan dengan apa yang kita nampak pada luarannya!

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 03

Perodua Kancil memang dah lejen, dia lejenkan lagi

Ketika itu, Kancil lejen yang dicat warna hijau-kuning ala Lotus Racing berkenaan sudahpun ditunda oleh pihak berkuasa atas sebab keadaannya yang uzur tidak sesuai dipandu di jalan raya dan mendatangkan risiko kepada pemandu serta pengguna jalan raya lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 01

Kancil buruk lejen kembali!

Namun kali ini, pemandu berkenaan muncul semula dengan Kancil badan ori berwarna silver dengan bampar plastik kelabu. Kali ini, ia dicat kuning di sekitar badannya dan seperti biasa, pemilik kereta ini tidak kisah langsung tentang kekemasan cat atau apa-apa sekalipun.

Ia tampak seperti satu item seni yang penuh perasaan dan mesej yang mendalam bagi sesiapa yang menyaksikannya di jalan raya.

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 02

Mungkin guna lebihan cat kereta lama. Sumber: FB Lim Lip Eng

Sejak seawal sebulan lalu, ia dilihat merangkak perlahan di sekitar ibu kota – ada yang terserempak dengannya di Kepong, Gombak, Bukit Bintang dan macam-macam lokasi lagi.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng terpanggil untuk membantu pemandu Kancil lejen ini. Pemandunya dikatakan berusia dalam lingkungan 40-an dan fasih berbahasa Inggeris. Pakaiannya compang-camping dan tampak seperti dalam kesusahan.

Beliau berkata pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedar akan kewujudan kereta ini, tetapi mereka pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Akhirnya, Lim menjelaskan semalam (22 April) yang pihak pejabatnya sudahpun melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dalam masa terdekat ini, kereta ini akan ditunda. Lokasi kereta ini pun sudah dikenal pasti.

Beliau menjelaskan yang keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta. “Kalau dibiarkan di jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu. Trafik di Kepong pula sentiasa sibuk,” katanya.

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 03

Terdahulu, Kancil lejen berwarna hijau-kuning itu disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak sesuai berada di atas jalan. Pemandu misteri berkenaan didakwa berasal dari Pulau Pinang dan kini tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi! 04

Dikatakan Kancil buruk lejen ini ada tiga buah, dua di atas 'lejen' pertama dan kedua - satu sudah dilupuskan, satu lagi dibawah simpanan pihak berkuasa setelah disita.

Menurut sumber Sin Chew Daily yang mengenali keluarga pemandu Kancil lejen ini, pemandu berkenaan dahulu menuntut di Singapura dan adalah seorang yang berpendidikan tinggi. Keluarganya dikatakan memiliki ladang di Raub. Namun, disebabkan mengalami masalah mental, pemandu berkenaan terus memandu Kancil buruk tersebut ke sana ke mari.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda