window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut

Mersita · Mar 22, 2021 12:13 PM

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut 01

Struktur kren projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) tumbang berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur pada kira-kira 8.30 pagi ini (22 Mac) sehingga menyebabkan tiga pekerja pembinaan warga negara China maut manakala seorang pengguna jalan raya warga tempatan cedera.

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut 02

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu Astro Awani pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.45 pagi dan seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut 01

Didapati satu struktur besi ‘crane launcher’ pembinaan lebuh raya tersebut telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah Perodua Bezza yang lalu di kawasan tersebut. Pemandu kereta Bezza dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat terhempap besi kren berkenaan.

Pemandu dan penumpang di dalam Bezza berkenaan dilaporkan terperangkap dan usaha menyelamat sedang dijalankan, lapor Oriental Daily.

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut 02

Manakala, tiga lagi mangsa melibatkan pekerja pembinaan tersebut dilaporkan maut – dua mangsa jatuh dari ketinggian 120 kaki manakala seorang lagi mangsa dihempap besi kren di landasan pembinaan lebuh raya tersebut.

Pemaju Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan kejadian kemalangan tersebut dan pasukan Emergency Response Team SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut 03

Ini kemalangan kedua tahun ini melibatkan projek SUKE dimana sebelum ini sebuah treler melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki sehingga menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan Lebuhraya MRR2 telah menghempap sebuah van yang bergerak dari Ampang menghala ke TBS.

Treler berkenaan tidak terlibat di dalam pembinaan lebuhraya tersebut.

Kren SUKE menimpa Perodua Bezza, tiga pekerja warga China maut 04

Namun, kemalangan pada September 2020 melibatkan sebuah Proton Saga dihempap konkrit empat segi berukuran 1x1 meter iaitu sebahagian daripada struktur lebuh raya SUKE di MRR2 Bandar Tasik Selatan.

Sumber berita: Astro Awani dan Oriental Daily

Baca juga: 

Konkrit SUKE hempap Saga – KKR arah siasatan dan audit dibuat

Kes Proton Saga dihempap konkrit; pihak bertanggungjawab didenda RM180 ribu

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda