window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini?

Mersita · May 25, 2021 08:45 PM

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 01

Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman, bercakap pada sidang media khas hari ini bagi menjelaskan kes kemalangan LRT RapidKL yang membabitkan dua buah tren bertembung di laluan Kelana Jaya. Sebelum anda mula menonton sidang media tersebut, perlu diingatkan yang kualiti perhubungan awamnya cukup menyedihkan.

Bagi yang sudah menonton, kami harap anda sedar bahawa ini bukanlah pendekatan terbaik untuk diambil apabila menjelaskan kes kemalangan paling serius sejak 25 tahun berada di dalam industri. Dan yang paling penting, kes ini membabitkan nyawa dan kesihatan mangsa nahas terlibat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai permulaan, penjelasan beliau berkenaan ketiadaannya di lokasi tragedi semalam dikecam habis-habisan di media sosial.

"Saya baru habis tugasan dengan syarikat di Subang petang (semalam), saya pun dapat tahu lambat. Saya pun dah sedia untuk vaksinasi hari ini. Saya patut terima dos kedua hari ini, you know?" katanya apabila ditanya oleh media yang didakwanya cuba membesar-besarkan keadaan.

Tajuddin menjelaskan beliau tidak dimaklumkan dengan cukup pantas, oleh itu beliau membuat keputusan untuk datang ‘first thing in the morning’. Intonasi dan cara beliau menjawab persoalan ini menunjukkan tahap empati yang cukup rendah sehinggakan ramai warganet memberi komen supaya Tajuddin meletak jawatan sebagai pengerusi di syarikat GLC berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa perkara paling penting bagi Prasarana adalah untuk terus menjaga kebajikan dan keselamatan penumpang.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga memberitahu bantuan khas RM 1,000 akan diberi kepada setiap mangsa yang terlibat, selain daripada bantuan dari segi kos perubatan dan rawatan. Mangsa yang hilang punca pendapatan akibat kemalangan ini juga akan diberi bantuan khas.

Menurut laporan terbaru, Pengarah Hopital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan dua penumpang telah selesai menjalani pembedahan otak manakala seorang lagi memerlukan rawatan ‘cerebral resuscitation’. Beberapa orang mangsa lagi mengalami patah tulang dan antaranya berada di unit rawatan pembedahan.

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 01

Adakah ini pampasan setimpal atau satu penghinaan?

Baca juga: LRT bertembung: Prasarana beri bantuan khas RM 1,000 untuk 213 mangsa. Setimpal?

Seramai 213 individu cedera, dan enam daripadanya berada dalam keadaan kritikal manakala tiga lagi memerlukan bantuan pernafasan. Semua mangsa nahas LRT ini dikejarkan ke HKL setelah panggilan kecemasan diterima pada 8.45 pm hari kejadian (Isnin, 24 Mei).

Banyak lagi respon-respon yang kurang enak didengar, dan malangnya ia datang daripada pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas insiden ini. Gesaan untuk beliau meletak jawatan tidak diendahkan, sebaliknya beliau membidas semula dengan dakwaan provokasi yang diterimanya.

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 02

Gambar: Bernama

Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM), Ajit Johl, hari ini menggesa perletakan jawatan Tajudin atas insiden ini. Ajit menyatakan bahawa kelewatan pengeluaran kenyataan oleh Pengerusi Prasarana itu dianggap tidak menghormati penumpang yang terlibat di dalam nahas berkenaan.

Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau juga menidakkan soalan berkaitan gambar penumpang LRT yang dilihat bersesak di dalam LRT RapidKL tanpa penjarakan sosial.

Tajudin membidas dengan berkata gambar tersebut mungkin diambil sebelum pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan baru-baru ini (had 50% kapasiti penumpang pengangkutan awam).

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 03

Sumber: Twitter @nizamiks

Beliau memberi amaran supaya wartawan tidak membuat tuduhan sambil lewa dan cuba membuat cerita sensasi.

Berikut adalah beberapa petikan dari komen-komen warganet di media sosial yang turut menyuarakan ketidakpuashatian mereka setelah menonton sidang media tersebut:

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 04

YouTube

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 05

LRT bertembung: Pengerusi Prasarana kurang empati, sidang media paling teruk abad ini? 06

Facebook

 

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda