window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022!

Haris ยท Jul 12, 2021 02:00 PM

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 01

Lotus Emira baru sahaja dilancarkan minggu lepas namun Malaysia tidak ketinggalan untuk menerima tawaran baru dari syarikat yang berpusat di Hethel tersebut. Lotus Emira bakal menjadi model terakhir dari Lotus dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) sebelum era enjin hibrid dan elektrifikasi bermula.

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model terbaru Lotus ini mempunyai tugas besar untuk digalas; ia dirancang sebagai pengganti Lotus Evora. Sementara itu, Lotus Exige dan Lotus Elise pula bakal dihentikan pengeluaran justeru memberi bayangan Lotus Emira sebagai pengganti.

Bagi tujuan perbandingan, Lotus Emira bakal bersaing dengan Alpine A110 dan Porsche 718 Cayman.

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 01

Lotus Emira dikuasakan oleh 2 pilihan enjin iaitu:

  • Enjin 4-silinder sebaris 2.0 liter bercaj turbo yang dibekal oleh Mercedes-AMG, dengan padanan transmisi automatik DCT
  • Enjin 6-silinder V6 3.5 liter supercharge yang dibekal oleh Toyota, dengan padanan transmisi automatik atau manual 6-kelajuan

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 02

Spesifikasi puncak kuasa belum diumumkan secara spesifik namun maklumat awal menganggarkan sekitar 360 PS hingga 400 PS kuasa kuda sementara tork maksimum pada 430 Nm.

Prestasi ini mampu diterjemahkan dengan pecutan 0-100 km/j selama 4.5 saat sementara itu kelajuan maksimum mencecah 290 km/j.

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 03

Terkenal sebagai pembuat kenderaan ringan, Lotus Emira adalah seberat 1,405 kg berdasarkan spesifikasi EU DIN. Ia menggunakan sistem suspensi jenis double wishbone dan tugas pengemudian menggunakan stereng kuasa hidraulik.

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 04

Bahagian dalaman juga menyaksikan anjakan teknologi, dilengkapi dengan suite ADAS, skrin digital untuk kluster meter 12.3-inci dan sistem infotainment 10.25-inci dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto. Beberapa perincian kabin lain seperti stereng rata bawah, kerusi kulit jahitan kontra dan konsol tengah 2 tingkat juga diperlihatkan.

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 05

Sebarang spesifikasi untuk model Malaysia masih belum dimuktamadkan dan hanya akan diumumkan apabila dekat dengan tarikh pelancaran rasmi iaitu sekitar Februari 2022.

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022! 06

Di UK, harga Lotus Emira bermula dari £60,000 (sekitar RM 345k). Sebagai perbandingan, Lotus Evora 400 berharga £72,000 ketika dilancarkan. Di Malaysia pula, Lotus Evora 400 berharga sekitar RM 600k pada tahun 2016. Ini mungkin menjadi anggaran awal untuk harga Lotus Emira apabila ia tiba di Malaysia. 

Mereka yang berminat boleh menghubungi Lotus Karz Sdn Bhd di talian +6012 317 6606.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda