window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PDRM terima 16 dron bernilai RM 48 juta untuk pantau sempadan negara

Faisal ยท Jul 25, 2021 10:00 AM

PDRM terima 16 dron bernilai RM 48 juta untuk pantau sempadan negara 01

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 16 buah dron berkuasa tinggi yang diluluskan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, dron ini diperoleh melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM 48 juta dalam Rolling Plan 1 RMK-12 menerusi proses tender yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dron yang membantu meningkatkan tahap keselamatan dan operasi pemantauan di kawasan sempadan seluruh negara ini akan dikawal oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU).

PDRM terima 16 dron bernilai RM 48 juta untuk pantau sempadan negara 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam wawancara itu, Ketua Polis Perlis dan Kedah sempat mengulas bahawa kawasan sempadan itu juga meliputi bahagian yang tidak berpagar yang mana ia sejauh 44.55 km. Kawasan ini sering dijadikan lorong tikus buat para penyeludup yang mana aktiviti jenayah mereka itu boleh disembunyikan dari mata pihak berkuasa.

PDRM terima 16 dron bernilai RM 48 juta untuk pantau sempadan negara 01

Kredit: Bernama.

Kata beliau, dron yang memantau nanti mampu terbang di udara lebih daripada empat jam.

Dalam masa yang terdekat juga, PDRM akan terima 175 buah kenderaan 4X4 bagi membantu meningkatkan tahap operasi pihaknya di seluruh negara.

PDRM terima 16 dron bernilai RM 48 juta untuk pantau sempadan negara 02

Kredit: Bernama.

Selain itu, 1,000 set vest kalis peluru yang bernilai RM 5 juta akan diberi kepada anggota-anggota risik yang bertugas di sempadan untuk keselamatan mereka supaya terus tingkatkan tahap operasi dalam mendapatkan maklumat yang penting bagi mengekang aktiviti jenayah di kawasan tersebut.

Sumber: BERNAMA

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda