window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik?

Haris · Dec 7, 2020 08:00 PM

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 01

Perodua Kelisa telah diperkenalkan pada tahun 2001 sebagai pengganti Perodua Kancil. Disebabkan populariti dan sambutan Perodua Kancil yang masih memberansangkan, akhirnya kedua-dua model ini dijual bersampingan.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 02

Sudah tentu, jualan Perodua Kelisa menerima sedikit kesan tetapi ia menjadikan model ini lebih jarang ditemui berbanding Perodua Kancil.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 01

Rebiu pemilik Perodua Kelisa

Bagi mereka yang sedang mencari-cari kereta dengan kos pemilikan yang rendah, Perodua Kelisa pasti menjadi pilihan. Harganya pula, masih stabil di atas RM 10k sedangkan harga model baru pada tahun 2002 varian paling atas EZi adalah sekitar RM 41k. Selepas 18 tahun berkhidmat, Perodua Kelisa masih memegang 25% dari nilai asalnya. Hebat!

Generasi Perodua Kelisa

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 02

Umum mengetahui bahawa Perodua Kelisa dibangunkan berasaskan model Daihatsu Mira (L700). Generasi pertama hadir pada tahun 2001 dengan 3 varian iaitu EX, GX dan EZ.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 03

Facelift untuk Perodua Kelisa hadir pada tahun 2003 dengan rekaan baharu. Ia juga menerima penambahbaikan pada bahagian tayar dengan penggunaan rim 14” inci. Model generasi pertama menggunakan rim 13” inci.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 04

Model Perodua Kelisa yang dihasilkan sehingga tahun 2004 tidak mempunyai tali pinggang keledar pada bahagian belakang. Perodua telah menawarkan pemasangan tali pinggang keledar belakang pada ketika itu. 

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 05

Perodua Kelisa Imago

Akhir sekali, Perodua Kelisa menerima facelift terakhir pada tahun 2006 dengan nama komersial Kelisa Imago. Model ini mungkin antara model yang paling ikonik selain Perodua Kelisa berwarna kuning.

Masalah Perodua Kelisa

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 06

Umur Perodua Kelisa pada ketika ini adalah sekitar 13 - 18 tahun. Untuk sebuah kenderaan yang berumur di atas 10 tahun, tiba masanya untuk menukar komponen yang haus, selalunya berkaitan dengan getah.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 07

Ditambah dengan penggunaan enjin 3 silinder, masalah utama bagi Perodua Kelisa adalah engine mounting jadi pastikan anda menukar engine mounting jika pemilik lama belum menukar komponen tersebut. Bila nak tukar? Ini jawapannya.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 08

Air bertakung di sebelah penumpang dan pemandu

Antara getah haus yang perlu diberikan perhatian adalah pada bingkai pintu dan getah bumbung yang tercabut. Jika getah ini tidak ditukar, air boleh menyelinap masuk ke dalam kabin dan menyebabkan air bertakung dalam kereta. Masalah ini boleh membawa kepada masalah lain seperti karat.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 09

Getah yang haus di bingkai pintu

Oleh itu, pastikan juga untuk memeriksa panel badan atau bahagian dalaman kereta untuk sebarang isu karat. Periksa juga getah lain seperti getah yang terdapat pada bahagian fender untuk wayar lampu mahupun pada bahagian cermin hadapan. Pembaca Amirul Asyraf juga menyarankan agar gasket cover dan valve cover diperiksa bagi mengelakkan kebocoran.

Tips: Cuba siram kereta pada beberapa bahagian untuk melihat jika terdapat sebarang tanda-tanda kebocoran. Itu pun kalau dibenarkan!

Kos baik pulih Perodua Kelisa

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 10

Untuk sebuah kereta yang sudah berumur lebih 10 tahun, mungkin senarai kos penyelenggaraan berikut boleh dimasukkan sekali sebagai panduan.

Perodua Kelisa
Komponen Harga
Overhaul enjin RM 2k - RM 3k
Tukar enjin 1.3 RM 2k ke atas
Engine mounting RM 150 - RM 500 (ori)
Getah pintu RM 25 - RM 35
Gasket & Valve Cover RM 300 - RM 400

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 11

Sudah tentu menukar enjin ada risikonya. Pastikan anda mendaftar semula Perodua Kelisa tersebut dengan JPJ di samping risiko nasib. Kalau tak bernasib baik, anda mungkin memasang enjin yang bermasalah lalu meningkatkan lagi kos pemilikan anda.

Kesimpulan

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 12

Ada beberapa situasi di mana anda mungkin memerlukan sekadar sebuah kereta. Justeru itu, anda mencari sebuah kereta pada harga dalam lingkungan kemampuan anda tetapi paling berbaloi.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 13

Adakah Perodua Kelisa sebuah kenderaan yang berbaloi untuk tujuan tersebut? Ya. Adakah harganya boleh dikira murah? Tidak. Harga Perodua Kelisa terpakai tidaklah begitu rendah untuk menjadikannya antara kereta termurah dalam pasaran.

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik? 14

Namun, ia masih dikira berbaloi untuk dibeli. Cuma harganya yang tidak jatuh di bawah RM 10k menjadikannya sebagai sebuah kereta ‘premium’ dalam kalangan kereta terpakai. Perlu diingatkan, anda juga akan menerima teknologi 15 tahun lepas dengan saiz yang kompak.

Apa pula pendapat anda? Nyatakan di ruangan komen dan Facebook Wapcar - BM!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda