window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelumba 14 tahun, Hugo Millan maut kemalangan di ETC, Marc Marquez antara beri penghormatan!

Khairil ยท Jul 26, 2021 01:00 PM

Pelumba 14 tahun, Hugo Millan maut kemalangan di ETC, Marc Marquez antara beri penghormatan! 01

Satu kemalangan ngeri berlaku di perlumbaan European Talent Cup (ETC) di Litar MotorLand Aragon, semalam yang mengakibatkan pelumba berbakat Sepanyol berusia 14 tahun, Hugo Millan maut.

Selepas terjatuh di selekoh 5 pusingan kedua perlumbaan, Millan yang cuba bangkit begitupun dilanggar seorang lagi pelumba, Oleg Pawelec sekaligus mengalami kecederaan serius.

Pelumba 14 tahun, Hugo Millan maut kemalangan di ETC, Marc Marquez antara beri penghormatan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Millan yang bermula di petak kedua pada perlumbaan berkenaan langsung tidak bergerak selepas insiden berkenaan dengan Pawelec tidak mengalami kecederaan serius dan dapat keluar dari litar.

Pelumba 14 tahun, Hugo Millan maut kemalangan di ETC, Marc Marquez antara beri penghormatan! 01

Selepas mendapat rawatan perubatan selama beberapa minit oleh doktor bertugas di litar, Millan kemudian diterbangkan ke sebuah hospital di Zaragoza menggunakan helikopter. Begitupun, dia tidak dapat diselamatkan.

"Kami amat sedih untuk mengumumkan yang Hugo Mullan meninggal dunia berikutan kecederaan yang dihadapinya selepas kemalangan di perlumbaan HETC," kata penganjur perlumbaan, FIM CEV Repsol.

Pelumba 14 tahun, Hugo Millan maut kemalangan di ETC, Marc Marquez antara beri penghormatan! 02

Juara dunia MotoGP 6 kali, Marc Marquez antara pelumba ternama memberi penghormatan terhadap tragedi yang melanda Millan.

“RIP, Hugo Millan,” tulis Marquez di Twitter. “Ucapan takziah daripada saya keada keluarga, rakan dan pasukannya."

Perlumbaan di Aragon itu turut membabitkan dua pelumba negara, Hakim Danish Ramli dan Sharul Ezwan Sharil.

Di bawah adalah video kemalangan berkenaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda