Pemandu Honda City maut langgar konkrit penghadang Plaza Tol Setia Alam

Mersita · Jun 9, 2021 02:00 PM

Pemandu Honda City maut langgar konkrit penghadang Plaza Tol Setia Alam 01

Seorang pemandu kereta maut setelah Honda City yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh konkrit penghadang di Plaza Tol Setia Alam semalam (8 Jun) pada kira-kira 3 pm.

Pemandu Honda City maut langgar konkrit penghadang Plaza Tol Setia Alam 02

Sumber: K! Online

Mangsa dikenalpasti sebagai Chew Teck Chan, lelaki berusia 34 tahun. Mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Honda City maut langgar konkrit penghadang Plaza Tol Setia Alam 03

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa sedang dalam perjalanan ke Shah Alam dari Setia Alam. Mangsa dipercayai hilang kawalan kenderaan dan merempuh konkrit pembahagi tol lorong Smart Tag di sebelah kiri.

Pemandu Honda City maut langgar konkrit penghadang Plaza Tol Setia Alam 01

Mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk autopsi. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu Honda City maut langgar konkrit penghadang Plaza Tol Setia Alam 02

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 0148066744,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru