window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penduduk kampung ‘borong’ beli kereta lepas dapat wang pampasan tanah, banyak Toyota!

Mersita · Feb 19, 2021 03:00 PM

Penduduk kampung ‘borong’ beli kereta lepas dapat wang pampasan tanah, banyak Toyota! 01

Setelah menerima wang pampasan dari pembelian tanah oleh sebuah syarikat minyak, penduduk Desa Sumurgeneng, Tuban, Jawa Timur tangkas membelanjakan wang pampasan itu bagi pelbagai tujuan – antaranya kereta baru.

Menurut laporan Kompas.com, setakat hari Selasa (16 Febuari), 190 unit kereta baru sudah dihantar kepada pemiliknya di kampung tersebut yang dikatakan menjadi ‘jutawan segera’ setelah tanah mereka dibeli dengan harga yang agak lumayan. Menurut Ketua Kampung Sumurgeneng, Gihanto, sekitar 225 orang pemilik bersetuju menjual tanah mereka kepada sebuah syarikat pemprosesan petroleum.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tanah penduduk kampung itu dibeli untuk membina kilang Grass Root Refinery (GRR), kilang minyak yang melibatkan Pertamina-Rosneft. Pertamina dikatakan membeli tanah mereka dengan kadar Rp 600,000 – 800,000 semeter, dan nilai ini dikatakan lebih tinggi daripada harga pasaran.

Rata-rata penduduk yang bersetuju menjual tanah mereka menerima Rp 8 bilion sebagai pampasan.

Antara kereta-kereta baharu yang menjadi pilihan penduduk kampung itu termasuklah Toyota Innova, Toyota Rush, Toyota Fortuner, Honda Jazz, dan macam-macam model lain lagi. Kini, banyak isi rumah yang dikatakan memiliki sekitar 2 ke 3 buah kereta setiap satu.

Namun, ramai juga yang mengutarakan komen kurang senang setelah melihat keadaan jalan raya di kawasan kampung tersebut. Satu rakaman oleh SURYA Online memperlihatkan keadaan jalan kampung yang tidak berturap dan sempit. Perakam video itu juga dilihat mengalami kesukaran untuk melepasi beberapa batang jalan kerana perlu mengalihkan motosikal yang diparkir di sisi jalan.

Apa pendapat anda? Kalau dapat wang pampasan tanah, kereta apa yang anda nak beli dulu? Jom komen di FB WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda