window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penyesalan terbesar beli Ferrari F430 di usia muda. Rumah lagi penting! – Zizan

Mersita · Jul 21, 2021 08:00 PM

Penyesalan terbesar beli Ferrari F430 di usia muda. Rumah lagi penting! – Zizan 01

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak baru-baru ini berkongsi satu penyesalan paling besar dalam hidupnya iaitu membeli kereta mewah pada usia mudanya.

Zizan, atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, berkongsi kata-kata hikmat ini ketika berbual dengan Joe Flizzow, Fakkah Fuzz, dan Pak Din dalam satu Instagram Live pada malam 19 Jun lalu. Seorang penonton IG Live tersebut bertanyakan ‘top 5 regrets’ (5 penyesalan terbesar) kepada mereka, dimana Zizan menjawab “beli kereta mewah awal-awal dulu”.

Penyesalan terbesar beli Ferrari F430 di usia muda. Rumah lagi penting! – Zizan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Zizan yang juga pemandu perlumbaan Toyota Gazoo Racing berkata ada yang datang kepadanya meminta pendapat samada nak beli GT-R atau Mustang, namun Zizan menjawab, "tak payah beli". Baginya, walaupun kereta mewah mungkin satu impian seseorang dan mengikut kemampuannya, ia tidak bagus untuk masa depan.

“Beli rumah, that’s the best thing ever (itu benda paling bagus),” kata Zizan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

Zizan berpendapat yang memiliki rumah sendiri itu lebih penting dan kita tak perlu tergesa-gesa membeli kereta mewah. Rumah ialah pilihan pelaburan lebih bijak untuk di kemudian hari sedangkan kereta selalu bertukar-tukar.

“Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.

Penyesalan terbesar beli Ferrari F430 di usia muda. Rumah lagi penting! – Zizan 01

Pada awal tahun 2015, satu gambar dimuatnaik oleh rakan pelawak, Tauke (Jambu), di Instagramnya menunjukkan kereta Ferrari F430 berwarna kuning berharga RM 1.5 juta milik Zizan.

Namun, gambar tersebut terpaksa dipadam kerana Tauke rasa bersalah atas sebab mengeruhkan lagi keadaan antara Zizan dan kekasihnya pada masa itu, Emma Maembong – yang juga didakwa tidak setuju dengan pembelian kereta mewah tersebut.

Penyesalan terbesar beli Ferrari F430 di usia muda. Rumah lagi penting! – Zizan 02

Zizan juga dikatakan pernah membeli sebuah Nissan GTR berwarna hitam pada usia awal kariernya sebagai artis. Namun, tidak dinafikan yang Zizan merupakan antara artis Malaysia yang mempunyai minat mendalam dan bakat dalam dunia sukan permotoran Malaysia – terbukti dengan pencapaiannya dalam Toyota Gazoo Racing Festival Season 4.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda