window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai?

Haris · Sep 24, 2021 10:00 AM

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 01

Negara jiran Indonesia tampil menjadi peneraju pengeluar kenderaan di rantau ini apabila jumlah eksport bagi kenderaan buatan Indonesia semakin meningkat. Permintaan tinggi terhadap kenderaan yang dibuat di Indonesia untuk pasaran eksport diumumkan oleh data Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo).

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 02

Menurut data yang diberikan, pengeluar automotif yang berpusat di Indonesia telah mengeksport sebanyak 185,012 unit kenderaan antara Januari hingga Ogos 2021 ini sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai konteks, angka terkini menunjukkan peningkatan 37.7% berbanding tahun lepas yang mencatatkan hanya 134,341 unit eksport dalam 8 bulan pertama tahun 2020.

Baca: Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara!

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 01

Mazda Bongo, rebadge Daihatsu Gran Max dengan ADAS yang dipasang di Indonesia

Pengeluar yang menduduki tempat pertama adalah PT Astra Daihatsu Motor yang menyumbang sebahagian besar angka tersebut dengan 74,968 unit eksport ke luar negara.

Antara model-model yang dibuat oleh Daihatsu Indonesia termasuklah Toyota Wigo/Agya, Toyota Avanza, Daihatsu Gran Max bersama kembarnya, Mazda Bongo, dan Toyota Liteace.

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 02

Seterusnya, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) menduduki tangga kedua dengan jumlah eksport sebanyak 40,914 unit dalam 8 bulan pertama tahun ini. Beberapa model yang dieksport adalah Toyota Innova, Toyota Fortuner, Toyota Sienta, Toyota Vios, dan Toyota Yaris.

Baca: Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 03

Mitsubishi Motors pula menduduki tempat ketiga dengan 33,915 unit. Model yang dipasang di Indonesia adalah model MPV Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross.

Suzuki pula berada di tangga keempat dengan 26,899 unit. Antara model yang dibuat di Indonesia adalah Suzuki Ertiga, Suzuki XL7, Suzuki Carry dan Suzuki APV.

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 04

Honda berada di tangga kelima dengan 4,590 unit Hinda Brio dieksport ke Filipina dan Vietnam.

Menjelang tahun 2022, Honda BR-V generasi kedua yang baru dilancarkan akan ditambahkan ke senarai ini di mana crossover 7 penumpant buatan Indonesia tersebut dijangka akan dieksport ke pasaran lain di luar Asia Tenggara termasuk pasaran Amerika Latin dan Afrika.

Baca: Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k!

Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai? 05

Selain daripada jenama tersebut, jenama berikut juga menyumbang kepada angka eksport yang disebutkan dalam data GAIKINDO.

Hino mengeksport kendaraan komersial sebanyak 2,450 unit. Hyundai mengeksport Hyundai H-1 (Grand Starex) sebanyak 630 unit. DFSK pula menghantar 592 unit ke luar negara. Akhir sekali, Wuling mengeksport 54 unit mobil Wuling Cortez dan Chevrolet Captiva buatan Indonesia ke Brunei.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda