window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis tembak tayar kereta wanita Brunei, rempuh sempadan untuk ‘bersiar-siar’

Mersita · Feb 25, 2021 01:00 PM

Polis tembak tayar kereta wanita Brunei, rempuh sempadan untuk ‘bersiar-siar’ 01

Seorang wanita warganegara Brunei yang merempuh sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap, Lawas di Sarawak dan memandu secara melulu berjaya dihentikan oleh anggota polis setelah tembakan dilepaskan pada tayar kereta sedan Kia Cerato dipandu wanita itu. Kejadian berlaku pada 23 Febuari lalu, dikala warga Brunei Darussalam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-37.

Polis tembak tayar kereta wanita Brunei, rempuh sempadan untuk ‘bersiar-siar’ 02

Suspek berusia 28 tahun itu dikatakan memandu seorang diri dari Brunei dan bolos di sempadan Brunei – Lawas, Sarawak atas tujuan ‘mencari hiburan’. Suspek sempat menuju ke sempadan ICQS Merapok (Lawas, Sarawak – Sipitang, Sabah) melalui pekan kecil Lawas itu sebelum suspek mula dikejar polis dalam aksi kejar-mengejar berkelajuan tinggi selama kira-kira setengah jam. Kereta dipandu suspek berjaya dihentikan setelah polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata tindakan itu dilakukan kerana wanita itu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan awam. Pihak polis telah cuba menghentikan kereta tersebut tetapi pemandunya telah merempuh kereta peronda polis (MPV) yang mengejar, tambah beliau.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman dalam satu kenyataan media berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi dan suspek terbabit ternyata membahayakan pihak berkuasa yang bertugas di sempadan berkenaan namun tiada kemalangan dilaporkan.

Polis tembak tayar kereta wanita Brunei, rempuh sempadan untuk ‘bersiar-siar’ 01

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki kad pengenalan negara Brunei namun tidak memiliki passport. Suspek juga didapati mempunyai sejarah masalah mental dan meninggalkan rawatan tersebut sejak tiga tahun lalu.

Sumber berita: Sarawak Voice

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda