window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang!

Zamil Syaheer · Mar 16, 2021 11:59 AM

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang! 01

Dengan trend SUV yang kian hangat, agak syok sebenarnya untuk melihat imej intipan sedan baru seperti Geely ini.

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang! 02

Terjemahan kasar: Geely SS11 dikatakan mempunyai jarak roda seperti segmen C, tetapi harganya seperti sedan segmen B. Model ini dijangka mula dijual pada Mei 2021 dengan anggaran pengeluaran tahunan sebanyak 220k unit.
Segmen pasaran berbeza di China.

Pada Disember 2020, kami melaporkan bahawa Geely telah memulakan kerja pengembangan pada sedan serba baru yang diberi nama Geely SS11. Sedan bini dikatakan mempunyai jarak roda seperti sedan segmen C tetapi dengan harga segmen B.

Juga baca: Sekilas pandang Geely SS11, sedan dengan platform yang sama dengan Proton X50!

Beberapa bulan kemudian, imej intipan sedan ini akhirnya tertiris.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang! 01

Seperti reka bentuk sedan Geely terkini, SS11 baru mempunyai garis badan yang ringkas dan tidak keterlaluan. Malah, rupa bahagian belakang tampak sama dengan sedan dalam barisan Geely iaitu Dihao GL dan Vision. Lihat saja reka bentuk lampu dan garisan krom yang bersambung.

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang! 02

Tambahan pula, kod SS11 juga mengisyaratkan bahawa sedan baru ini menggunakan platform BMA, seperti SX11 (Proton X50).

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang! 03

Info tentang trenkuasa masih lagi samar-samar, tetapi sumber dari China mengatakan bahawa Geely SS11 mungkin akan menggunakan enjin 1.0 liter bercas turbo (136 PS, 180 Nm) atau unit 1.5 liter aspirasi natural (108 PS, 145 Nm).

Apabila Geely SS11 mula dijual pada bulan Mei, ia akan bersaing dengan pesaing segmen seperti Toyota Vios dan Honda City.

Adakah Geely SS11 akan ditawarkan di Malaysia?

Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang! 04

Platform BMA, dikembangkan oleh Geely-Volvo's CEVT, digunakan oleh Proton X50

Pada saat ini, Geely SS11 nampak seperti calon yang sesuai untuk menggantikan Proton Persona kerana ia bakal menjadi sedan aras-mula dengan ciri dan kelengkapan yang sesuai.

Sesi wawancara baru-baru ini dengan ketua perancang Proton Azlan Othman dan naib presiden Geely Design Shanghai Guy Burgoyne juga menunjukkan bahawa Proton akan berubah arah dari sekadar rebadge sederhana (Proton X50, Proton X70) ke perubahan sepenuhnya.

Oleh itu, Persona generasi seterusnya berdasarkan Geely SS11 dengan reka bentuk unik Proton boleh wujud di masa hadapan.

Juga baca: Rekaan Proton tapi berasaskan model Geely menjelang tahun 2026!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda