window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021?

Faisal · Apr 26, 2021 06:00 PM

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021? 01

Sekiranya anda berminat untuk beli Proton X70 sekarang, mungkin anda perlu cepat. Untuk maklumat anda, terdapat satu laporan dari laman Automachi yang menyatakan bahawa Proton akan perkenalkan model minor change (MC) untuk X70 pada bulan Ogos yang akan datang.

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021? 02

Berkenaan kemaskini yang disebutkan, sumber mengatakan bahawa Proton akan menggantikan enjin 1.8L turbo yang sedia ada dengan enjin 1.5L turbo TGDI 3 silinder yang sama seperti yang terdapat pada Proton X50 Flagship. Bagi anda yang belum tahu, varian Proton X50 yang lebih bawah menggunakan enjin 1.5L turbo MPI (150 PS/226 Nm tork).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021? 01

Sebagai perbandingan, enjin 1.8L yang ada pada Proton X70 sekarang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm tork, 7 PS dan 45 Nm tork lebih daripada enjin 1.5L yang ada pada Proton X50 Flagship.

Perbandingan output enjin
Enjin Kuasa (PS) Tork (Nm)
1.5T 3 silinder 177 255
1.8T 3 silinder 184 300

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021? 02

Untuk maklumat anda, kombinasi trenkuasa (1.5L turbo + transmisi DCT 7 kelajuan) yang disebutkan ini adalah serupa dengan apa yang ditawarkan pada model eksport seperti di Pakistan dan juga Bangladesh. Malah, Proton X70 yang bakal dieksport ke Thailand juga akan menggunakan trenkuasa ini.

Juga bacaSpyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus?

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021? 03

Apapun, keputusan Proton untuk meletakkan enjin 1.5L pada Proton X70 adalah wajar. Umumnya, ia dapat menyelarikan produksi Proton di kilang Tanjung Malim.

Juga bacaProton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70!

Proton X70 MC 2021 bakal hadir dengan enjin 1.5L TGDi, pelancaran seawal Ogos 2021? 04

Geely Boyue Pro - tidak ditawarkan di Malaysia, penjelasan di sini.

Selain perincian mengenai trenkuasa, Automachi turut melaporkan bahawa Proton X70 MC bakal hadir dengan pembaharuan visual. Namun begitu, butiran lanjut masih belum dapat dipastikan.

Jadi, ikuti kami untuk berita yang terpantas mengenai Proton X70 facelift.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda