window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sabah kekal PKPB - ziarah Aidilfitri sehingga raya ketiga, rentas daerah dilarang

Mersita ยท May 12, 2021 03:00 PM

Sabah kekal PKPB - ziarah Aidilfitri sehingga raya ketiga, rentas daerah dilarang 01

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Ini melibatkan larangan ziarah Aidilfitri yang pada mulanya dibenarkan dengan garis panduan (SOP) ketat.

Namun, negeri seperti Sabah dan Sarawak mempunyai sedikit kelonggaran mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (Negeri Sabah) serta Majlis Islam Sarawak (MIS) dari segi SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Baca juga: PKP 3.0 di seluruh negara, ziarah Aidilfitri dilarang kecuali di Sarawak

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antaranya, solat sunat Hari Raya di masjid/surau dibenarkan dengan syarat iaitu mengikut kapasiti masjid/surau dengan penjarakan fizikal 1 meter.

Ziarah Hari Raya pula dibenarkan dengan syarat โ€“ hanya pada 1 hingga 3 Syawal di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja, tidak melebihi 10 orang pada satu-satu masa. Ziarah hanya bagi yang tinggal di dalam daerah yang sama dan tertakluk pada saiz kapasiti rumah.

Sesi ziarah Hari Raya juga dihadkan dari 9 pagi hingga 9 malam dan tuan rumah wajib menyediakan kod imbas QR MySejahtera di rumah. Penganjuran sebarang majlis Hari Raya dan rumah terbuka adalah tidak dibenarkan.

Sabah kekal PKPB - ziarah Aidilfitri sehingga raya ketiga, rentas daerah dilarang 01

Foto: media sosial

Ziarah kubur dibenarkan untuk 6 orang sahaja bagi 1 keluarga untuk 1 lot kubur dengan had masa 45 minit sahaja.

Selain dari itu, aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan mulai 10 โ€“ 16 Mei 2021 kecuali atas urusan kecemasan, perubatan, pekerjaan, temujanji vaksinasi, pasangan jarak jauh dan essential services.

Memandangkan pelaksanaan di Negeri Di Bawah Bayu itu masih lagi PKP Bersyarat (PKPB), had kapasiti kenderaan serta perjalanan 10 km adalah menurut SOP PKPB seperti biasa. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook MKN Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan hal ini. Beliau juga merupakan jurucakap COVID-19 bagi negeri Sabah.

"Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi (10 Mei), saya telah memohon kepada Perdana Menteri agar Sabah meneruskan pengurusan COVID-19 seperti kaedah yang kita amalkan sekarang kerana ia terbukti berkesan.

"Permohonan saya telah dipersetujui oleh PM dan MKN. Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatuskan PKPB atau walaupun berstatus PKP tetapi prosedur operasi standard (SOP) hampir sama dengan SOP yang diguna pakai sekarang," kata beliau kepada Astro Awani pada 10 Mei (Isnin).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda