window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT?

Haris · Jun 15, 2021 01:00 PM

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 01

Dalam julat harga RM 50k, memang tiada sedan segmen B yang boleh menandingi Proton Persona. Ini memberikan kelebihan bagi mereka yang mencari sedan dalam julat harga ini tetapi Proton Persona mampu pergi lebih jauh sekiranya Proton dapat menangani beberapa keluhan mengenai Persona.

Tukar transmisi CVT

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 02

Walaupun terdapat kemas kini pada tahun 2019 yang menyaksikan beberapa perubahan kalibrasi pada transmisi CVT dari Punch ini, ia masih jauh dari menjadi transmisi terbaik untuk model ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Karakter CVT ini bising, berkumandang pada rpm yang lebih tinggi dan turut tersentak-sentak dalam keadaan lalu lintas sesak.

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 01

Penyelesaiannya ialah transmisi automatik 4-kelajuan yang ada pada Proton Saga yang diperbaharui. Jangan letak harapan terlalu tinggi untuk perubahan transmisi ini walaupun gambar intipan atas jalan menandakan kemaskini mekanikal.

Kalau ada ADAS lebih baik

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 02

Hanya Proton X sahaja yang mempunyai ciri ADAS

Proton Persona masih dilengkapi dengan semua ciri keselamatan pasif yang diperlukan seperti 6 beg udara dan kawalan kestabilan, tetapi gelanggang kini telah beralih ke sistem keselamatan aktif seperti AEB dan lane keep assist.

Jika Perodua mampu mengeluarkan sedan segmen B, ia tentu akan hadir dengan ciri keselamatan ADAS justeru kenapa Proton tak mahu melakukan perkara yang sama?

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 03

Barisan model PIES masih tidak dilengkapi dengan sebarang sistem ADAS. Lebih menarik lagi, model-model ini akan dikemaskini kecil selagi boleh terlebih dahulu sebelum model generasi baharu tiba. Tiada alasan lagi untuk tidak melengkapi ADAS pada model generasi baharu kerana penilaian ASEAN NCAP terkini menambah aspek keselamatan penunggang motorsikal sebagai kriteria utama.

Lampu LED

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 04

Kesemua varian Proton Persona dilengkapi dengan lampu depan jenis halogen reflektor. Tiada kekurangan dengan lampu ini kerana ia direka dengan baik, berkesan dan agak murah untuk diganti.

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 05

Lampu DRL

Namun di Malaysia, ramai yang menggemari lampu LED. Sudah tiba masanya untuk menawarkan lampu LED pada Proton Persona agar ia nampak lebih segar.

Stereng dengan pelarasan teleskopik

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 06

Stereng pelarasan teleskopik membantu Proton Persona untuk menarik peminat yang mencari sedan ini disebabkan oleh dinamik pemanduan dan kompromi praktikaliti sedan. Ia mampu menjadi nilai tambah yang signifikan kerana Toyota Vios pun tidak dilengkapi dengan stereng pelarasan teleskopik.

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 07

Tiada yang dapat menafikan dinamik pemanduan Proton yang bagus justeru potensi sebenar sedan ini mampu ditingkatkan lagi dengan pelarasan stereng yang lebih baik. Adakah ini sesuatu yang terlalu mahal untuk dipinta?

Konklusi

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 08

Dengan mengenepikan aspek penampilan yang subjektif, Proton Persona adalah pembelian berbaloi apabila anda mempertimbangkan apa yang ditawarkan pada titik harga tersebut. Aspek pengendalian dan nilai adalah aspek terbaik jika dibandingkan dengan pesaing dalam segmen sama yang jauh lebih mahal.

Tak banyak keluhan, Proton Persona hanya perlu naik taraf CVT? 09

Tak banyak keluhan yang boleh dikatakan terhadap Proton Persona ini. Namun apa yang boleh kami katakan, mungkin Proton juga boleh pertingkatkan servis selepas jualan juga? Sekadar memberi pendapat.

Bacaan Lanjut:

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX?

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona?

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda