window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa!

Khairil · Jun 3, 2021 07:00 PM

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa! 01

Sengaja mencabar kewibawaan dan kesabaran pihak berkuasa. Mungkin itu yang cuba dilakukan beberapa mat rempit yang video mengenai aksi mereka berlumba haram di Kuantan, Pahang, tular.

Juga baca: Mat rempit umur 33 tahun dicekup Ops Samseng Jalanan, jadi bahan jenaka warganet!

Sudahlah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), tindakan mat rempit berkenaan turut menjengkelkan apabila mereka seperti tidak membenarkan kenderaan lain memotong mereka sekalipun amaran hon sudah dibunyikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa! 01

Ia jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain serta menyusahkan.

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa! 02

Video berdurasi 1 minit 47 saat berkenaan dirakam menerusi kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya pada 30 Mei 2021 lalu kira-kira pada jam 7 malam.

Ia kemudian dikongsikan Malaysian Crime Watch (MyWatch) dengan kapsyen: “Segelintir mat rempit ambil kesempatan jalan lengang untuk berlumba. Lokasi di Kuantan, Pahang."

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa! 03

Rata-rata pengikut laman media sosial berkenaan mahu mat rempit yang terbabit dihukum pihak berkuasa dan mengecam tindakan tidak bermoral berkenaan.

"Tunggu diorang jatuh, biar takde ambulance dtg," tulis seorang pengguna.

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa! 04

Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa! 05

"Geng mcmni kalau kna langgar memang org yang langgar la salah....tak serik2..." dan ada pengguna turut memperlekehkan tindakan mat rempit berkenaan dengan menulis: "Ini bukn mat rempit ini mat semput."

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda