window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak!

Haris · Dec 12, 2021 04:00 PM

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 01

China ialah pasaran kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia. Secara purata, 1 dalam 10 kenderaan penumpang baharu yang dijual di China adalah kenderaan elektrik bateri (BEV). Dari Januari hingga Ogos, sekurang-kurangnya sebanyak 1.5 juta unit BEV telah terjual di Tanah Besar tersebut.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 02

Kereta elektrik (EV) terlaris di China

Lalu apabila pengecualian cukai dan beberapa manfaat lain diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk pengguna kereta elektrik bateri (EV), ramai peminat EV yang mula membuka laman Ali Baba dan Taobao untuk mencari-cari model EV termurah di sana.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2021, kereta elektrik EV terlaris di China, dengan perbezaan jumlah yang sangat besar, bukanlah Tesla atau Geely - tetapi Wuling Mini EV. Berapa banyak unit yang Wuling berjaya jual? 286,036 unit.

Berada di kedudukan kedua, dengan jurang yang agak besar, ialah Tesla Model 3 dengan 173,862 unit terjual - model yang berharga hampir 10 kali ganda daripada Wuling.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 01

Wuling Mini EV adalah sebuah kenderaan urban yang dibina untuk menghubungkan pengguna dengan pengangkutan awam. Ya, ia bukan sebuah kenderaan 'siap' atau setara dengan Perodua Axia di Malaysia. Ia ibarat skuter 4 roda atau kart golf yang digunakan untuk mengambil penumpang dari titik A ke B.

Malah, Wuling Mini EV hanya mendapat 1 beg udara pemandu dan brek ABS sahaja. Tiada kawalan cengkaman atau kawalan kestabilan atau langsung ciri ADAS, sangat asas untuk penggunaan yang lebih menyeluruh.

Baca: Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 02

Oleh yang demikian, kita akan lebih realistik dalam senarai ini justeru Wuling Mini EV tidak akan dimasukkan. Masih berminat untuk tahu kereta elektrik (EV) bawah RM 100k yang sesuai untuk Malaysia? Ikuti senarai kami di bawah.

Roewe Ei5 – Wagon pun ada

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 03

Pada hemat kami, kenderaan elektrik EV terlaris yang mampu milik dan serba lengkap di China ialah Roewe Ei5station wagon elektrik yang dijual di Thailand sebagai MG EP.

Baca: Adakah MG wagon ini bakal menjadi kereta EV keluarga termurah di Indonesia?

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 04

Dari Januari hingga September, SAIC Motor menjual sebanyak 111,875 unit Roewe Ei5, berjaya meletakkannya di antara Tesla Model 3 yang lebih mahal dan Tesla Model Y.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 05

Roewe Ei5 spesifikasi China ini dikuasakan oleh motor elektrik yang mampu menghasilkan 184 PS dan 280 Nm, dengan jarak ujian NEDC yang didakwa sejauh 501 km. Kesemua ini mampu dicapai menggunakan pek bateri 61.1 kWj, yang mengambil masa hanya 30 minit untuk pengecasan pantas (DC) untuk meningkatkan 30% hingga 80%.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 06

Ciri keselamatan pada varian atas termasuk 6 beg udara, kawalan kestabilan, brek kecemasan autonomi, amaran keluar lorong dan bantuan terus lorong. Terdapat juga kawalan pelayaran adaptif dan kamera 360 darjah untuk keselesaan pemanduan.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 07

Di China, Roewe Ei5 dijual pada harga antara CNY 128,800 (~RM 84k) hingga CNY 161,100 (~RM 105k). Julat harga yang sangat menarik dengan pengecualian cukai serta sebuah kenderaan yang lebih mirip kenderaan pembakaran dalaman (ICE) biasa dari segi jarak dan kuasa.

Ora Black Cat / Ora R1– Mungkin kenderaan tercomel dalam senarai ini

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 08

Berada lebih jauh di bawah carta jualan ialah Ora Black Cat (juga dipanggil Ora R1). Kereta mini comel ini mirip Perodua Kelisa dengan lampu bulat dan mungkin sekali perincian tersebut mampu mengubah nasib jualannya di Malaysia.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 09

Namun ia bukanlah suatu kisah yang sama dengan pasaran China. Jika dibandingkan dengan 111,875 unit terjual oleh Roewe, Great Wall Motor (GWM), syarikat induk Ora, hanya berjaya menjual sebanyak 48,087 unit Black Cat.

Baca: Spyshot: Intipan eksklusif Ora Black Cat di Malaysia!

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 10

GWM menawarkan sekurang-kurangnya enam varian Ora Black Cat di China, dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya antara 301 km hingga 405 km.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 11

Tidak seperti Roewe, Ora Black Cat kurang berkuasa. Bergantung pada varian, output kuasa hanya sekitar 48 PS hingga 61 PS, manakala tork hanyalah antara 125 Nm dan 130 Nm.

Ora Blac Cat juga jauh lebih murah daripada Roewe, dengan harga bermula dari hanya CNY 69,800 (~RM 46k), sebelum mendahului pada CNY 84,800 (~RM 56k).

Mocha U – SUV futuristik, mampu hadam ke?

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 12

Jualan Mocha U (bukan moklu) – oleh pakar EV Hozon Motors – telah mencecah 41,427 unit antara Januari dan September. Sebagai konteks, angka jualan tersebut meletakkan Mocha U lebih tinggi dalam carta jualan jika dibandingkan dengan pesaing BMW iX3 serta Geometry A dan Geometry C dari Geely.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 13

Mocha U, bagi mereka yang kurang berpengalaman dengan model ini, adalah sebuah SUV bersaiz segmen C, dengan jarak roda yang lebih panjang daripada Honda CR-V (2,770 mm vs 2,660 mm).

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 14

Hozon Motos menawarkan sehingga 12 varian Mocha U di China (sangat banyak!). Bergantung kepada varian, output kuasa berbeza-beza antara 163 PS dan 210 Nm, sehingga 203 PS dan 310 Nm.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 15

Lebih aneh lagi adalah syarikat tersebut tidak mendedahkan kapasiti bateri Mocha U (pelik, kami tahu), tetapi jarak pemanduan didakwa adalah di antara 400 km dan 600 km.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 16

Di China, Mocha U berharga antara CNY 99,800 (~RM 65k) hingga CNY 179,800 (~RM 118k).

Aion Y – MPV elektrik ada sambutan ke?

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 17

MPV pertama dalam senarai ini ialah Aion Y. Bagi yang tidak tahu, Aion adalah jenama baharu daripada GAC yang tertumpu kepada pembangunan kereta elektrik EV.

Antara April hingga September, GAC berjaya menjual sebanyak 16,673 unit Aion Y - suatu pencapaian juga memandangkan model itu hanya membuat penampilan sulung pada bulan April dan dijual dalam tempoh yang lebih singkat daripada pesaing lain yang disebut di sini.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 18

Menariknya, walaupun berusia kurang dari setahun, GAC tidak menunggu lama untuk mengemas kini Aion Y. Awal bulan ini, GAC mengumumkan bahawa Aion Y akan menerima banyak kemas kini, termasuk sistem kemasukan tanpa kunci secara Bluetooth baharu, warna badan baharu , serta kabin yang dikemas kini.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 19

Tujuh varian Aion Y ditawarkan, dengan harga antara CNY 109,600 (~RM 72k), sebelum mendahului pada CNY 157,600 (~RM 103k).

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 20

Varian peringkat asas dikuasakan oleh motor elektrik 95 PS, 225 Nm, yang mampu mencatatkan jarak ujian NEDC sejauh 410 km. Ia dijana oleh pek bateri 55.5 kWj.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 21

Varian atas Aion Y menggunakan motor elektrik 183 PS, 225 Nm. Terima kasih kepada pek bateri 63.98 kWj yang lebih besar, varian Aion Y yang lebih berkuasa boleh mencapai sehingga 500 km.

BYD e2 – Boleh digelar 'Myvi EV'

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 22

Kereta elektrik EV seterusnya dalam senarai ini ialah BYD e2 – hatchback subkompak yang berharga antara CNY 89,800 (~RM 59k) hingga CNY 144,800 (~RM 95k).

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 23

Reputasinya juga masih memberangsangkan. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, BYD menjual 23,266 unit e2, meletakkannya dalam senarai 20 teratas EV terlaris di China.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 24

BYD menawarkan lima varian e2. Semua varian dikuasakan oleh motor tunggal, namun seperti biasa, mempunyai tahap dan output pengeluaran yang berbeza-beza.

Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak! 25

Varian yang lebih rendah bagi BYD e2 menawarkan 95 PS dan 180 Nm, dikuasakan oleh pek bateri 33.2 kWj, mencatatkan jarak tempuh sehingga 301 km. Atas dari varian tersebut, saiz bateri meningkat kepada 43.2 kWj, memberikan jarak tempuh sehingga 401 km.

Daripada kelima-lima kereta ini, satu-satunya model yang tersedia dalam format pemanduan sebelah kanan ialah Roewe Ei5 / MG EP. Model itu kini ditawarkan di Thailand dan ia akan mula dijual di Indonesia tidak lama lagi.

Persoalan yang lebih utama, adakah persepsi terhadap kereta elektrik DAN jenama dari China cukup untuk menarik pembeli daripada model pembakaran dalaman (ICE) biasa?

Baca: Apa barang Alphard? Maxus Mifa 9 EV dilancarkan di China; MPV 6-tempat duduk elektrik, dari RM 178k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda