Tidak lama lagi, Toyota klasik akan menjadi satu keemasan. Ia tidak terhad kepada Supra sahaja. Bahkan model lebih tua seperti Land Cruiser lama juga dijual dengan harga yang luar biasa.
Juga baca: Toyota Supra dari filem Fast & Furious pertama berjaya dilelong pada RM 2.28 juta, pecah rekod!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Bagi anda yang belum kenal, Land Cruiser generasi 80 (LC 80) sering dianggap sebagai Land Cruiser terbaik sepanjang zaman. Betapa hebatnya ia sampaikan Land Cruiser 300 baru yang bukan main moden sekalipun mengambilnya sebagai sumber inspirasi. LC 80 juga cukup digemari oleh rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Malah di sana, SUV ini mendapat gelaran ‘Ninja’ ataupun ‘Ninja Turtle’.
Juga baca: Toyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200
Baru-baru ini, seorang hamba Allah di Amerika telah membeli sebuah Toyota Land Cruiser 80 dengan harga 136,000 USD (~RM 564,000). Harga begini sebenarnya boleh mendapatkan anda sebuah sportscar GR Supra.
Juga baca: Rebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan?
Tetapi kenapa harga SUV tersebut luar biasa mahal? Kalau anda nak tahu, SUV tahun 1994 ini telah dipandu sejauh 1,005 batu (1,617 km) sahaja. Kalau diterjemahkan, ia hanya bergerak sejauh 60 km sahaja setiap tahun.
Menurut senarai jualan kereta, Ninja Turtle yang ‘rare’ ini dilengkapkan sekali dengan triple locking differential. Untuk pengetahuan anda, agak jarang untuk pembeli menambah pilihan ini.
Dari segi trenkuasa, ia datang dengan enjin petrol 1FZ-FE 4.5L 6 silinder sebaris (212 PS, 373 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan dan 2 kelajuan nisbah rendah.
Walaupun Land Cruiser sinonim dengan kereta yang boleh menjelajahi segala pelosok dunia, unit yang anda lihat ini pasti sayang untuk diperlasakkan. Malah, ia mungkin tidak akan digunakan dengan kerap bagi mengekalkan perbatuan yang rendah.
Juga baca: Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV
Menariknya, LC 80 ini sudah mempunyai dua pemilik sebelum ini. Kali terakhir ia dibeli adalah pada tahun 2020.
Kredit gambar: Bring a Trailer
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });